Khamis, 30 September 2010

Kempen Mengumpul Pakaian & Jualan Lelong Bagi Tabung Bencana Pakistan

Bencana Banjir yang melanda Pakistan, yang terburuk sejak 100 tahun lalu benar-benar merintih perhatian dan bantuan masyarakat sejagat. Mangsa terkorban, hanyut dan mati sudah semakin meningkat mencecah ribuan orang. Meskipun mangsa telah dipindahkan ke tempat penempatan sementara yang lebih selamat namun, keadaan masih tidak boleh terjamin selamat memandangkan keadaan kian teruk dengan ketiadaan bekalan air bersih, tempat tinggal, makanan dan semua ini akhirnya akan membawa wabak penyakit. Keadaan banjir ini dijangka akan menjadi lebih teruk menjelang musim sejuk tidak lama lagi….Dikhabarkan, sudah banyak NGO menghulurkan dana dan bantuan termasuk dari Negara kita, namun tidak semua kawasan yang dilanda banjir dalam dikunjungi.

Sudah tiba masanya, Puteri UMNO Sabah meluaskan langkah ke Negara luar mengutip pengalaman membantu saudara yang memerlukan di sana... Sempena Kempen Mengumpul Pakaian dan Jualan Lelong bagi mengisi Tabung Bencana Paksitan, Puteri UMNO Sabah akan mengadakan kempen dan pengisian di semua peringkat Parlimen dan Bahagian di seluruh Sabah. Acara ini bermula serentak pada 10 Oktober ini dan melibatkan semua Puteri UMNO di 25 Parlimen.

Kepada mereka yang ingin membantu, menderma atau memberi pakaian kepada mangsa yang memerlukan ini bolehlah menemui Puteri UMNO di Bahagian anda pada tarikh berkenaan atau berhubung terus kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian masing-masing.

Sebarang pertanyaan dan maklumat, bolehlah menghubungi Puan Efaridun Datuk Haji Ismail. Semoga usaha murni ini mendapat meringankan beban mangsa banjir di Pakistan dan menyucikan hati sesiapa yang menderma… terima kasih

Ahad, 19 September 2010

Puteri Umno Sabah Lancar Bilik Gerakan

PELANCARAN Bilik Gerakan Pilihanraya Puteri Umno Sabah telah disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Pejabat Puteri UMNO Negeri Sabah pada 29 Ogos lepas. Majlis itu turut disaksikan oleh Naib Ketua PUteri UMNO Negeri Sabah, Zakiah Kalipunya, Penolong Setiausaha, Aziah Atoh, Penolong BEndahari, Effaridun Ismail, Ketua Penerangan, NAzliah Ali serta Ketua-ketua Puteri UMNO Bahagian.

Ahad, 12 September 2010

Program Sinar Ramadan Puteri UMNO Sabah

BERTEMPAT di Beverly Hotel, Kota Kinabalu pada 30 Ogos yang lepas, Puteri UMNO Sabah dengan kerjasama Puteri UMNO Malaysia telah mengadakan Program Sinar Ramadan bersama golongan yang memerlukan. Turut hadir dalam program berkenaan, Exco Puteri UMNO Malaysia, Siti Zawyah Zainuddiin yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Khidmat Sosial Puteri UMNO Malaysia, Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya, Exco Puteri UMNO Malaysia, Dayang Maimunah Sidek, Penolong Sertiausaha Pusat Zakat Sabah, Dahlan Marali, Penolong Setiausaha Puteri, Aziah Atoh, Penolong Bendahari Puteri, Effaridun Datuk Ismail, Ketua Penerangan Puteri, Nazliah Ali, ketua-ketua Puteri UMNO bahagian serta 20 ibu-ibu tunggal dan pertubuhan bukan kerajaan. Dalam majlis 20 ibu tunggal menerima satu kampit beras sumbangan bernas dan wang tunai sempena bulan Ramadan. Ibu-ibu tunggal itu daripada kawasan Papar hingga bandar raya Kota Kinabalu. Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sebagai ibu tunggal bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk membesar anak-anak dan menerusk kehidupan. Beliau berkata golongan ini perlu mempunyai semangat yang tinggi dan jangan berputus asa untuk mencari rezeki yang halal. Golongan ibu tunggal dinasihatkan supaya merenut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan sama ada dalam sektor pekerjaan, perkhidmatan dan melalui aktiviti-aktiviti sosioekonomi. "Kerjaan melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai program dan geran peruntukan bagi memulakan perniagaan. "Latihan untuk ibu tunggal bagi memperkasakan tahap kewangan dan ekonomi ada disediakan. Saya minta golongan ini dapat merujuk kepada agensi-agensi kerajaan untuk mendapat khidmat panduan dan nasihat," ujarnya. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menyarankan Puteri UMNO Sabah dapat membantu menyalurkan kepada saluran tertentu untuk membantu ibu-ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Beliau berharap usaha ini akan diteruskan dan menjadi aktiviti rutin Puteri UMNO Sabah untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Sehubungan itu, Rosnah berharap Program Jelajah Ramadan yang bakal dianjurkan setiap negeri-negeri dapat diberi sambutan dan diteruskan di setiap bahagian-bahagian mahupun dicawangan dengan memperluaskan golongan yang memerlukan bantuan. "Lebih banyak program untuk mendekati dan membantu rakyat lebih banyak usaha dapat kita salurkan dan ini memberi satu platform kepada ahli-ahli Puteri UMNO untuk melaksanakan lebih bermanfaat," tegas Rosnah. Teks beliau dibacakan oleh Exco Puteri UMNO Malaysia, Siti Zawyah Zainuddin.