Rabu, 16 Februari 2011

PELAJAR DISERU LEBIH GIGIH MENIMBA ILMU




kerajaan komited dan memberi keutamaan terhadap agenda pembangunan pendidikan bagi memastikan setiap rakyat dilengkapi ilmu, sekali gus mampu membina tamadun yang disegani dunia.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tamadun yang kekal bukan berasaskan kepada kekuatan kuasa ketenteraan sebaliknya kuasa minda dan akhlak terpuji dimiliki rakyatnya. Beliau berkata golongan pelajar digesa supaya lebih terus berusaha dengan gigih untuk mengejar kejayaan dan tanpa usaha gigih dengan cara pembelajaran yang sisitematik serta pengurusan masa yang betul,agak sukar bagi seseorang itu merealsasikan cita-citanya. Katanya kecemerlangan yang diharapkan murid-murid juga hendaklah sentiasa mencintai dan membudayakan ilmu kerana dalam era sains dan teknologi ini manusia pelu memperlatakan ilmu untuk hidup,ujar beliau.

“Kejayaan negara-negara maju dalam bidang ekonomi dan sosial termasuk bidang pendidikan agama adalah kerana kecintaan warganegara mereka terhadap budaya ilmu,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 anjuran PIBG Sekolah Ugama Islam Sabah dan Tadika Jheains Kampung Pengalat Besar, Papar. Turut hadir sama Pengerusi PIBG SUIS Pengalat Besar, Yusof Asik, guru-guru dan para pelajar.

Beliau yang juga Ali Parlimen Papar menyeru para guru-guru yang menjadi pembimbing dan pendidik di sekolah ini wajarlah sentiasa memperbaharui semangat dan iltizam dalam melaksanakan tanggunjawab yang diamanahkan.tambahynya. Tambah beliau para guru perlu berfikiran terbuka dan bertekad melahirkan insan yang cemerlang di dunia dann juga akhirat.

“Ibubapa harus bersedia untuk bersama-sama mengembeling tenaga dengan sekolah didalam mendidik anak-anak. “Kerajaan banyak menyediakan pelbagai peluang menerusi rancangan pembangunannya akan terus memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif meliputi usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,ujar beliau. Tegas Rosnah selain itu langkah akan diambil untuk membentyuk individu muslim berintelek dalam bidang sains dan teknologi,menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif.
Jelasnya dalam konteks Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri nilai ketujuh yang diterapkan ialah pendidikan. pendidikan dan pengetahuan adalah pra syarat penting untyuk mana-mana negara mencapai kejayaan.

Menurut beliau selaku pemimpin di kawasan ini beliau dan Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan akan memastikan bidang pendidikan,khususnya bidang agama akan terus diberi keutamaan dan diperkasakan bagi membina modal insan yang cemerlang dan berdaya saing dalam semua bidang kehidupan,ujar beliau,. Sebagai contoh katanya, Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah akan berpindah ke lokasi baru di Kinarut dalam masa terdekat ini bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah usang di Sembulan. Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan peralatan pendidikan yang serba canggih dan moden bagi keselesaan pelajar ujarnya. Menurut beliau warga di kawasan Kampung Pengalat dan sekitarnya juga akan menikmati kemudahan-kemudahan pembelajaran yang canggih apabila siapnya sebuah lagi Sekolah Menengah yang sedang dalam pembinaan..

Rosnah juga menyeru kepada semua golongan ibubapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka supaya tidak mudah terpengaruh dan terjebak dengan pelbagai gejala negatif seperti menagih dadah, melakukan jenayah, merosakkan harta benda awam dan sebagainya yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri masa depan mereka.

Selasa, 15 Februari 2011

PUTERI UMNO KOTA KINABALU MENYERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL NEGERI SABAH














Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu tahun ini, menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul dengan tema 1 Malaysia 1 Ummah, bersama UMNO Bahagian Kota Kinabalu. Bertemakan pakaian untuk kontigen kali ini Jubah Hitam bertudung Putih dipadankan peserta lelaki pula Baju Melayu Putih. Mereka bersama berarak dari Padang merdeka ke Wisma MUIS sejauh 2 Kilometer .


Turut serta dalam kontigen UMNO Kota Kinabalu, Hjh Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu.













Isnin, 14 Februari 2011

2,688 kes denggi dilaporkan setakat 10 Feb tahun ini







Papar : 15 Feb 2011 .Sebanyak 2010 sejumlah 2,688 kes setakat 10 Februari tahun ini telah dilaporkan diseluruh Negara dengan enam (6) kematian berbanding sebanyak 5,848 kes dengan 20 kematian dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas (2010) kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Beliau memberitahu pada tahun lepas (2010) sejumlah 46,171 kes denggi telah dilaporkan dengan 134 kematian. Tambahnya walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah kes dan angka kematian ini tidak bermakna kita boleh merasa selesa

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Gotong Royong Perdana dengan tema 'Jom Ganyang Aedes’ di Kampung Pengalat Besar dan Kampung Sekayang. Papar dekat sini. Lebih seribu orang menyertai gotong royong tersebut termasuk wira dan wirawati dari PLKN Kem Wawasan Ovai dekat sini. Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yang juga Adun Kawang, Pegawai Daerah Papar,.Iman Ali, parti-parti komponen Barisan Nasional dan pemimpin setempat.

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata aktiviti gotong royong perlu dipergiatkan dan program seperti ini amat kita galakan supaya usaha memerangi aedes tidak akan sia-sia. “Program gotong royong pada hari ini mempunyai dua objektif yang cukup murni. Pertama selain daripada menjalankan aktiviti ini sebagai landasan mengeratkan tali silatulrahim di antara semua yang terlibat.

“Kedua aktiviti ini mampu menjadi pencetrus kepada usaha membudayakan aktiviti gootong royong dan pengenalan pembersihan sebagai amalan kehidupan masyarakat kita”, tambah beliau. Tegas Rosnah kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan insiden jangkitan demam denggi dengan meningkatkan pengetahuan serta menterjemahkan kesedaran tentang bahaya demam denggi kepada pelaksanaan aktiviti pencegahan seperti gotong royong secara berterusan. Beliau seterusnya penglibatan masyarakat amat penting dalam Program COMBI- iaitu program komunikasi untuk perubahan tingkah laku, hampir 1,000 combi telah ditubuhkan diseluruh negara.

“Usaha termasuk aktiviti melepaskan nyamuk jantan aedes 'ajepti' untuk mengurangkan insiden nyamuk aedes dan pada ketika ini sudah dilepaskan di Bentong, Pahang. Rosnah berkata Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melaksanakan aktriviti 'fogging' dan mengenakan kompoun-kompoun terhadap premis-premis yang gagal mematuhi garis panduan kebersihan yang telah ditetapkan. Jelasnya pada tahun lepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempelbagaikan usaha untuk membenteras nyamuk aedes dan mengurangkan insiden demam denggi. Katanya selain membelanjakan jumlah kewangan yang tinggi ke atas pengiklanan dan publisiti di dalam usaha membenteras denggi, usaha ini termasuklah melantik personaliti terkenal, Aznil Nawawi dan menteri juga telah menjadikan usaha membenteras denggi sebagai salah satu KPI beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, agensi-agensi kerajaam terutama penduduk Kampung Besar dan Kampung Sekayan yang datang sejak awal pagi lagi menyertai gotong royong tersebut dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan Pasukan COMBI dapat di wujudkan di kampung tersebut.

KPM DIGESA SELESAI MASALAH BANGUNAN SEKOLAH TIDAK SELAMAT :GHAPUR


By Liza Din
Kota Kinabalu : 15 Feb 2011.Kementerian Pelajaran Malaysia digesa untuk bertindak lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah sekolah di kawasan Parlimen Kalabakan yang tidak selamat, daif dan memerlukan pembaikan segera.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh (gambar) meminta pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran negeri mengambil tindakan segera kerana dikhuatiri soal keselamatan para pelajar dan bangunan yang tidak selamat serta daif akan membawa mala petaka kepada pelajar tersebut.

“Insiden beberapa kali berlaku kemalangan di sekolah-sekolah tersebut jangan dipandang remeh oleh pihak yang dipertanggungjawabkan...jangan sampai ada pihak akan mengambil kesempatan dan menunding jari kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin terhadap masalah bangunan dan pelajar yang bersekolah di situ, dan ini akan memalukan kerajaan BN sendiri” tegas Ghapur.

Jelas Ghapur kebajikan rakyat adalah menjadi keutamaan kepada kerajaan BN, kerana ini akan menunjukkan KPI wakil-wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan itu dapat membantu menangani masalah rakyat termasuklah prasarana untuk rakyat dengan memberi kemudahan seperti sekolah, jalan raya, lektrik, air dan pembangunan modal insan (pendidikan).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluar di sini ketika mengulas kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yusin yang mengesahkan telah menerima perakuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa beberapa bangunan di tiga buah sekolah rendah berkenaan tidak selamat.

Dr Muhiddin berkata pada masa ini pihaknya terpaksa menggunakan bangunan sekolah yang dianggap tidak selamat setakat yang boleh bagi membolehkan pelajar sekolah meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Ghapur yang juga Ketua UMNO bahagian Kalabakan berkata, pada tahun lepas (2010) semasa majlis berbuka puasa Zon 6 di Silam, beliau sendiri telah menyerahkan lapuran penuh kepada Timbalan Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran mengenai tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bahagia, Sekolah Kebangsaan Kukusan dan Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih yang membabitkan keselamatan kira-kira 1,000 pelajar sekolah berkenaan.

“Kos anggaran pembaikan untuk tiga buah sekolah tersebut dijangka dalam RM1.5 juta, tetapi sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda positif daripada pihak kementerian atau jabatan sendiri menyatakan untuk pembaikan walau lapuran sudah diberikan pada tahun lepas.

“Isu sekolah tidak selamat sudah lama berlaku...kenapa mengambil masa lama untuk pembaikkan...lapuran sudah disampaikan dan saya sendiri juga telah menyatakan kepada Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) dan Dr. Puad (Timbalan Menteri Pelajaran),” jelas Ghapur.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda Umno Malays, Mohd Gasing Saling ia meminta Kementerian Pelajaran memberi perhatian serius terhadap masalah beberapa bangunan di tiga buah sekolah rendah di sini yang dilaporkan tidak selamat digunakan.

Beliau berkata masalah yang dihadapi Sekolah Kebangsaan Bahagia, Sekolah Kebangsaan Kukusan dan Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih perlu diatasi demi keselamatan kira-kira 1,000 pelajar sekolah berkenaan.

"Kita mahu tahu sama ada sekolah-sekolah ini mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) atau tidak. Jika ada, jabatan-jabatan terlibat yang meluluskannya perlu bertanggungjawab," katanya.

Mohd Gasing juga mencadangkan supaya bangunan sekolah yang dikenal pasti mempunyai peratusan tidak selamat diduduki yang tinggi supaya dikosongkan demi keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah.

SALAM MAULIDUR-RASUL


Kami Pergerakan Puteri UMNO Sabah Mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Kesucian mengembangkan syiar Islam kepada seluruh umat Manusia. Salam 1 Malaysia 1 Ummah dari kami

GENERASI MUDA PERLU ADA IKON TENTU HALA TUJU DIRI : HAMISA




By liza din :
Ramai golongan belia dan generasi muda di negeri ini yang masih tidak tahu hala tuju mereka sehingga terbabit dalam gejala sosial seperti kegiatan mat rempit, vandalisma, penyalahan gunaan dadah kata Datuk Hamisa Samat

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, berkata kemungkinan perkara ini berlaku kerana mereka kurang pendedahan dan dorongan cara bagaimana menghadapi dunia serba canggih. “Saya lebih risau dengan golongan belia yang ketinggalan ini. Kalau belia yang tahu mengenai perkembangan semasa melalui internet dan akhbar, mereka sedikit sebanyak lebih berjaya.

“Saya percaya mereka yang tidak tahu perkembangan semasa ini adalah kelompok yang mendatangkan masalah kepada masyarakat pada masa akan datang. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran “Pilot Project”Program Cegah Jenayah Anjuran Bersama Wealthy Empire Management Sdn Bhd, Polis Diraja Malaysia dan SK Pasir Putih, Tawau di sini kelmarin. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Imran Abd. Rahman, guru-guru dan para pelajar.

Hamisa menambah belia masa kini belia kini, dilihat lebih berkeyakinan dan terdedah kepada banyak maklumat, malah mereka tahu banyak mengenai perkembangan semasa. Jelasnya golongan ini tidak takut bertanya dan memperbaiki kesilapan yang telah mereka lakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang sudah dilakukan. “Adakala mereka akan tersilap langkah apabila pergaulan secara bebas dan rakan-rakan sebaya membawa mereka kepada keruntuhan moral,” ujar beliau. Tegas Hamisa golongan belia perlu melihat sekeliling mereka untuk menentukan hala tuju dan apa yang mereka boleh buat dalam hidup masing-masing. Katanya, mereka juga perlu mengenal pasti kemahiran masing-masing bukan setakat minat saja. Belia perlu buat pengkhususan kemahiran dalam bidang tertentu bukan semata-mata terikut-ikut ‘trend’ semasa.

Sehubungan itu Hamisa yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga kawasan Kalabakan turut menyarankan agar usaha sebegini tidak terhenti setakat ini sahaja dan agenda perjuangan negara bagi membenteras jenayah perlulah disemai dari peringkat awal kanak-kanak lagi.

“Usaha yang berterusan dan lebih meluas oleh pihak agensi swasta seperti Wealthy Empire Management Sdn. Bhd. haruslah dicontohi. Idea sebegini merupakan satu ilham yang begitu dinamik dengan rasa keprihatinan yang begitu tinggi untuk melihat anak bangsa sedar begitu pentingnya pendidikan dalam kehidupan,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Imran Abd. Rahman berkata, statistik jenayah di Tawau secara keseluruhannya adalah terkawal. “Manakala statistik jenayah di sekolah adalah meningkat dari tahun ketahun-tahun. Peningkatan tersebut perlu diambil berat oleh semua pihak kerana golongan remaja adalah golongan yang paling mudah terjebak dalam jenayah. Menurut beliau penurunan kadar peratusan jenayah merupakan salah satu bidang NKRA negara dan menyeru agar Program Cegah Jenayah secara “reverse psychology” ini dapat diteruskan secara meluas ke sekolah-sekolah menengah.

Bagi menyahut seruan kerajaan dalam mencegah jenayah sejak di peringkat kanak-kanak lagi, pihak Wealthy Empire Manegement Sdn Bhd merancang untuk meneruskan usaha ini dengan memperkenalkan program ini ke beberapa buah sekolah di daerah Tawau mengikut saranan Jabatan Pendidikan. Para pelajar juga turut menjawab soalan kaji selidik yang disediakan oleh pihak syarikat bagi melihat maklumbalas keberkesanan program tersebut.

Pelancaran “Pilot Project” Program Cegah Jenayah menggunakan kaedah “reverse psychology” telah diadakan dan yang julung kali diadakan di Malaysia merupakan ilham dari syarikat anak watan Tawau iaitu Wealthy Empire Management Sdn. Bhd. sebagai tanggungjawab sosial bagi membantu memberi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak di samping melahirkan generasi yang bencikan jenayah. SK Pasir Putih telah dipilih sebagai peserta projek yang pertama bagi melihat keberkesan program tersebut. SukaTidak suka

Jumaat, 11 Februari 2011

PEMIMPIN MASYARAKAT DIGESA PROAKTIF RANGKA PROGRAM : HAMISA




By liza Din



TAWAU : 12 Feb 2011 Semua pemimpin masyarakat di negeri ini perlu bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan di kawasan masing-masing. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, ini kerana kejayaan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu bergantung kepada peranan serta keupayaan pemimpin masyarakat.

"Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kampung adalah nadi penggerak kerajaan di peringkat akar umbi. "Kegagalan pemimpin masyarakat memainkan peranan sebagai agen kerajaan akan menyebabkan kawasan mereka akan ketinggalan daripada arus pembangunan," katanya ketika majlis Khenduri Sekampung di Kampung Kuala Merotai, Tawau di sini semalam. Hamisa berkata, pelbagai program pembangunan perlu dilaksanakan secara lebih proaktif bagi memenuhi keperluan semasa yang terus meningkat ekoran pertambahan jumlah penduduk.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab utama pemimpin masyarakat setempat untuk mengenal pasti keperluan penduduk di kawasan mereka bagi memastikan penyelarasan projek-projek pembangunan di situ. Tambahnya, pemimpin masyarakat juga merupakan orang tengah yang berfungsi menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar pembangunan negara khususnya dalam pelbagai pembangunan yang dirancangkan dalam RMK-10. Jelasnya, dalam situasi ini mereka harus memberi perkhidmatan yang cekap dan peka dengan keperluan rakyat.

Sehubungan itu, Hamisa memberitahu wakil rakyat bergantung kepada maklumat ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). "Ketua kampung dan JKKK perlu sentiasa mengemaskan kini maklumat tersebut termasuk mengenal pasti mereka yang menerima bantuan daripada pelbagai pihak sehingga memperoleh pendapatan yang terkeluar daripada kadar kemiskinan tegar dan mampu hidup mewah," katanya. Tambahnya menerusi maklumat terkini. bantuan akan sentiasa dapat diagihkan kepada penduduk miskin tegar yang benar-benar layak.

“Semua pemimpin masyarakat peringkat kampung, taman perumahan dan tanah rancangan di Dun Tanjung Batu perlu mengemaskini senarai penduduk yang tergolong dalam miskin tegar di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Khamis, 10 Februari 2011

MAJLIS SUKAN SEKOLAH ZON PEDAWAN




by Liza Din




Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menyeru semua golongan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka supaya tidak mudah terpengaruh dan terjebak dengan berbagai-bagai gejala negatif.Beliau berkata gegala sosial seperti menagih dadah,melakukan jenayah merosakkan harta benda awam dan sebagainya yang boleh merosakkan aklhlak dan jati diri masa depan mereka.

“Ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa di rumah bersama anak-anak dengan mengambil berat tentang permasalahan yang mereka hadapi dan berusaha mengatasinya. “Anak-anak amat memerlukan kasih sayang dan perhatian kita,maka adalah tanggungjawab kita menyayangi dan mengasihi mereka sebelum mereka menagih kasih sayang atau beralih kepada rakan-rakan dan pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab yang boleh menghancurkan hidup masa depan mereka,” ujar beliau.

Rosnah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Padawan (MSSSZP) Papar kali ke-39 tahun di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Limputong dekat sini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khas Parlimen, Abdul Rahman Parhang.

Kejohanan MSSSZP kali ini adalah berlandaskan 2 teras yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras Ke-2: Membangun Modal Insan dan Teras Ke-3 Memperkasa Sekolah Kebangsaan,tambahnya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan kerana melalui kegiatan bersukan seorang atlet itu perlu menjalani latihan intensif, bukan sahaja dari segi latihan fizikal malah lebih penting lagi ialah melalui latihan persiapan mental dan spirituaL.

Jelasnya melalui latihan persiapan mental dan spiritual,seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yuang tinggi.Mental yang kuat perlu didorong oleh latihan fizikal yang teratur di samping pemakanan yang teratur dan seimbang.“Latihan fizikal dan pemakanan yang teratur menjadikan perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas. “Otak yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang. Pengetahuan yang sentiasa berkembang akan meningkat daya fikir.

Rosnah turut menyeru sekolah-sekolah di daerah Papar untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan pelajar yang memiliki minda kelas pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan sukan dan akan menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Tambahnya melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.

Menurutnya, sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Rabu, 9 Februari 2011

MENYAMBUT KETIBAAN PELAJAR SABAH DARI MESIR

JALINKAN PERPADUAN KAUM DALAM KONSEP 1MALAYSIA : ROSNAH



by liza din

Papar : 9 Feb 2011.Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menyeru kaum Tionghua di daerah Papar agar sentiasa memelihara dan menjalin hubungan muhibbah dan harmoni antara satu sama lain secara berterusan.

Beliau berkata perpaduan adalah kunci utama ke arah kestabilan politi dan memang wajar ia diteruskan dan dipupuk dengan subur. Katanya melalui perpaduan dapat membantu dalam melaksana dan menjayakan rancangan-rancangan kerajaan dari semasa ke semasa. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis 1 Malaysia Tahun Baru Cina 2011 anjuran MCA Bahagian Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, Papar disini malam tadi. Program tersebut dihadiri lebih kurang 1,000 orang dari pelbagai kaum.

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata dalam konteks gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita dan yakin semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum akan terus terjalin dan mantap. Tambahnya bagi mencapai kemajuan dalam semua aspek pembangunan fizikal, modal insan dan kerohanian rakyat keseluruhannya.

“Faktor ini penting memandangkan kemakmuran dan kemajuan sesebuah Negara tidak hanya bergantung kepada kemakmuran hasil bumi yang di miliki semata-mata. “Ia juga melibatkan semangat perpaduan yang tinggi dikalangan rakyat untuk bersama-sama berganding bahu mengurus hasil ekonomi dan permuafakatan politik yang padu supaya dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang antara pembangunan ekonomi politi9k dan sosial.

Menurut Rosnah apa yang penting akhirnya kebaikannya akan jatuh kepada rakyat yang akan mendapat manfaat dari semangat toleransi yang tinggi yang ditunjukkan di kalangan setiap lapisan masyarakat. Tegas beliau kita telah menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai status negara maju dan pada ada tahun 1997 kita menghadapi krisis ekonomi di sebabkan spekulasi mata wang

Tambahnya ini kerana disebabkan kita mempunyai pemimpin dan rakyat yang mengamalkan konsep perpaduan yang jitu, akhirnya kita berjaya keluar daripada belenggu krisis tersebut disebabkan kerajaan dapat melaksanakan perancangan dan dasar yang disokong oleh rakyat tanpa ada sebarang protes dan tunjuk perasaan seperti mana yang berlaku di Negara-negara jiran yang lain. rosnah berkata pada hari ini pula kita telah dikejutkan oleh krisis yang berlaku di negara Mesir dan impaknya bukan hanya dirasai oleh rakyat Mesir tetapi turut melibatkan ekonomi dunia dan inilah yang perlu kita elakklan agar kerajaan BN yang menaungi seluruh kaum yang terdapat di negara ini akan terus kukuh dan mantap.

Rosnah menambah semua bangsa di Malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk membangunkan kemakmuran ekonomi Negara. “Misalnya bangsa Melayu dengan bahagian pentadbiran ititu perjawatan awam yang terbesar, bangsa Cina dengan pembangunan ekonomi Negara iaitu perniagaan manakala bangsa India dengan pembangunan pertanian iaitu dalam bidang perladangan,ujarnya.

Dalam majlis itu Rosnah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa penganjur majlis yang dipengerusikan oleh Chee Kui Fook atas penghormatan yang diberikan dan menjemput beliau dan menyampaikan ucapan sempena Majlis sambutan Tahun Baru Cina 2011 pada malam ini yang bertemakan "1 MaLAYSIA" anjuran MCA Bahagian Papar.

Katanya,secara perbadi dan mewakili masyarakat dan rakyat kawasan Parlimen Papar beliau mengucapkan Gong Xi F Chai kepada seluruh masyarakat kaum Tionghua yang merayakan perayaan ini dan berharap keluarga masing-masing menyambut suasana tahun baru ini dengan rasa seronok dan penuh kegembiraan,ujar beliau.

Rosnah berkata beliau difahamkan mengikut kepercayaan masyarakat kaum Tionghua tahun 2011 jatuh pada tahun Arnab merupakan tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun ini adalah tahun yang baik untuk perniagaan dan pengeluaran.

“Kita berdoa dan berharap ekonomi negri serta negara kita Malaysia akan terus berkembang maju dann kehidupan rakyatnya akann terus aman,damai,sejahtera dann harmoni keseluruhannya,” katanya. Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kerjaan Tempatan dan Perumahaan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yang Wakil Rakyat kawasan Kawang, Pegawai Daerah Papar,.Iman Ali, Ketua MCA Papar, Kalvin Lim, Kapitan Cina Papar, .Peter Lee, Kapitan Cina Kinarut,.Richard Kah, Pengerusi Lembaga Papar Middle School, Vincent Chee Man Foh, Pengarah Hospital Daerah Papar, Dr. Abd Kahar Abd Asisi dan wakil Ketua Polis Daerah merangkap Ketua Polis Balai Papar, SM Dahlan

13 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN


by liza din
Tawau : 9 Feb 2011.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul....13 keluarga mangsa kebakaran di kawasan Bukit Kukusan, Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau telah berlaku satu kabakaran dan membabitkan 9 buah rumah musnah dijilat api.

Kebakaran ini telah berlaku pada 2 Februari lalu sekitar jam 8 malam dan di atas kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung, Datuk Hamisa Samat telah menyampaikan sumbangan kepada 13 buah keluarga tersebut bagi meringankan beban pada mangsa yang terlibat.

Sabtu, 5 Februari 2011

TERIMA KASIH


Kerajaan negeri telah mengumumkan menubuhkan seketeriat membawa kembali Pelajar Sabah di mesir dipengerusikan SKN Sabah. Ini adalah usaha bersungguh-sungguh dan keprihatinan kepimpinan negeri Sabah di bawah pengurusan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman yang sangat bertegas terhadap keselamatan anak-anak Sabah yang terperangkat di Mesir. Beliau sangat membimbangi ancaman keselamatan yang dihadapi oleh mereka.

Alhamdulillah. Pihak UNIT IT Puteri Sabah terima maklumat bahawa 40 pelajar Sabah pertama yang dibawa kembali dari Mesir dengan tajaan kerajaan negeri Sabah akan tiba di KLIA pada 8.40 pagi 6hb Februari dan akan diterbang terus pulang ke Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang.

Terima kasih YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman atas usaha kuat membawa pulang pelajar-pelajar sabah ini. Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan kongsikan lagi maklumat seterusnya dengan penerbangan seterusnya.

Rabu, 2 Februari 2011

MANGSA BANJIR DAPAT PERHATIAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN KUDAT




Kepimpinan UMNO Bahagian Kudat memberi perhatian mereka kepada mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan sementara banjir di dewan SK Pekan 2 Kudat. Rombongan yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Bolkiah Hj Ismail bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat Normala Rasick serta jawatankuasa UMNO Bahagian Kudat dan Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Kudat.









Lawatan tersebut, kepimpinan UMNO Bahagian menghulurkan sumbangan makanan asas kepada mangsa banjir seperti beras dan keperluan lain, walaupun tidak memenuhi keseluruhan , tetapi sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban yang ditanggung oleh sebahagian besar mangsa banjir

MISI PRIHATIN 2 VOUGE




Bersama-sama Ketua UMNO Bahagian Datuk Shamsudin Yahya. Misi Prihatin VOUGE Puteri menyusur ke kawasan Taman Fajar di bawah Parlimen Batu Sapi bersama-sama dengan Ketua pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.










Kepimpinan Puteri UMNO Malaysia bersama Puteri UMNO Negeri Sabah sempat meninjau keadaan kawasan tersebut selepas dilanda banjir baru-baru ini, dan menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir. Turut serta dalam misi ini Ketua-ketua pergerakan Puteri UMNO Bahagian zon 5 serta jawatankuasa Pergerakan puteri kawasan tersebut.

MISI PRIHATIN Puteri UMNO di Sandakan




Misi Prihatin Puteri Sabah di bawah Biro kesukarelawan dan bencana Alam VOUGE masih lagi berlangsung, dengan sokongan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin merangkap Timbalan Menteri di kementerian Kesihatan Malaysia telah kembali mengunjungi mangsa banjir di kawasan daerah Sandakan bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian-bahagian zon 5, dan Aziah Atoh Pen Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Sabah merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepanggar serta pegawai-pegawai dari Kementerian kesihatan Malaysia.

Selasa, 1 Februari 2011

LAWATAN MUHIBBAH KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA




Walaupun dalam kesibukan memenuhi jadual dan tanggungjawab, Timbalan Menteri di kementerian kesihatan Malaysia merangkap ketua pergerakan puteri UMNO Malaysia. YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bersama-sama rombongannya termasuk ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat, Normala Rasick menjalinkan hubungan muhibbah bersama kakitangan Hospital Pitas dan melawat pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan.










Lawatan muhibbah itu juga diteruskan dengan melawat dan beramah mesra dengan mangsa banjir kawasan Kudat yang ditempatkan di dewan SK Pekan 2 Kudat.

MISI BANTUAN BANJIR VOUGE PUTERI UMNO SABAH











Pasukan VOUGE Puteri Sabah melaksanakan Misi penghantaran makanan kepada mangsa banjir Puteri diteruskan lagi, kali ini, penyerahan makanan disampaikan kepada mangsa yang ditempatkan di Dewan Belia Kg Sim-Sim, Sandakanpada 5:30 petang 01hb Februari 2011. Mangsa banjir seramai 280 orang iaitu melibatkan 54 buah keluarga kawasan ini telah dipindahkan di penempatan mangsa banjir ini sejak 29hb Januari hingga ke hari ini.






Pengagihan makanan berupa mentah makanan seperti beras, minyak, gula serta keperluan asas lain ini disempurnakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan diketuai ketua Pergerakannya Siti Haibah Majid , dan Rohhenizie Lamri , Pengerusi Biro Sukarelawan & Skuad Bencana Alam, VOUGE Puteri UMNO negeri Sabah merangkap Ketua pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kinabatangan. Turut serta dalam misi pengagihan bantuan makanan ini , Julie Sabran (Ketua Puteri UMNO Bahagian Beluran), Hameeda Sirip (Naib Ketua Puteri Batu Sapi), Rahimah (Pen Bendahari Puteri Batu Sapi, dan jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan.