Isnin, 25 April 2011

PROGRAM PENYERAHAN TAJAAN FOKUS A



















25hb April 2011. Pergerakan Puteri UMNO Sabah bersama Pergerakan puteri UMNO Malaysia yang diwakili Wan salwati Exco Pergerakan Puteri UMNO bersama Ketua Puteri UMNO Sabah Puan Hjh Musliati telah menyerahkan tajaan Program FOKUS A kepada Sekolah menengah Tun Ahmad Shah Inanam



Ahad, 24 April 2011

PERUTUSAN PUAN HAJAH MUSLIATI MUSLIMIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI SABAH UNTUK PERSIDANGAN PUTERI BAHAGIAN SABAH 2011





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....dan Salam 1 Malaysia

Syukur Alhamdulillah kita rafakkan ke hadrat ilahi atas limpah rahmat dan kurnianya kita semua berada dalam keadaan baik dan tenang. Selawat dan salam kita panjatkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya.

Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kerana telah selesai menjalankan persidangan Cawangan bagi tahun 2011 dan Mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Bahagian bagi tahun 2011 bagi memenuhi tuntutan Perlembagaan Parti dan saya doakan agar mesyurat tersebut akan berjalan dengan lancar. Gunakanlah kesempatan bermesyuarat ini untuk membincangkan halatuju wanita muda di Sabah agar peranan kita akan lebih terarah dan usaha memperkasa bangsa akan dapat dirasai semua pihak.

Pada penggal kali ini diharapkan semua Puteri UMNO bahagian seluruh Sabah dapat berusaha lebih gigih agar jumlah keahlian Puteri UMNO sabah dan juga Bahagian dapat ditingkatkan. Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan mengimplimentasikan Petunjuk Prestasi (KPI) untuk setiap bahagian dengan sasaran penambahan keahlian di bahagian masing-masing sekurang-kurangnya 500 ahli baru. Bukan sahaja menjadi ahli Puteri UMNO tetapi juga mampu mendaftar mereka sebagai Daftar Pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ini penting agar keahlian generasi wanita muda dalam gerakan Parti keramat UMNO dapat memberi impak dan manfaat untuk menentukan kedudukan parti keramat ini agar ianya terus kukuh dan releven.

Keahlian baru ini amat penting bukan kerana parti UMNO memerlukan sokongan daripada golongan muda sahaja tetapi mereka adalah generasi pelapis yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan dan tampuk kerajaan serta mereka juga merupakan pewaris kepada kesinambungan kecermelangan yang dicapai hasil perjuangan UMNO hari ini.

Sesungguhnya Pergerakan Puteri UMNO Sabah tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dorongan rakan ahli di peringkat akar umbi. Oleh yang demikian setiap bahagian dan cawangan perlu merancang dan melaksanakan program turun padang bagi mendekatkan diri dengan golongan muda.

Sebagai contoh apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sentiasa mengadakan kunjungan mesra rakyat menemui orang ramai di segenap pelusuk negara meskipun berdepan dengan kekangan masa. Seharusnya , kita di peringkat bahagian dan cawangan perlu melakukan usaha yang sama .


Aktiviti ‘walk about’ sebagaimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri perlu juga kita laksanakan dengan cara dan tindakan yang bersesuaian supaya kita dapat mendekati rakyat peringkat akar umbi sekali gus dapat memahami masalah dan keperluan mereka dengan lebih realistik.

Kita sebagai sebuah gerakan politik dan sayap kepada parti yang memerintah kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan eksklusif sebaliknya kita perlu menjadi sebuah parti rakyat seperti mana resmi padi semakin berisi semakin tunduk.

Suatu yang perlu kita sedar dan insaf ialah bukan mudah untuk menarik sokongan daripada seluruh lapisan rakyat. Apa lagi dengan geografi rakyat di negara ini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum ,berbeza agama, budaya dan bahasa.

Cabaran cukup tinggi dan rintangannya bukan sedikit. Apatah lagi usaha kita ini sentiasa diganggu-gugat oleh parti-parti pembangkang yang sentiasa berusaha menanam kebencian rakyat kepada kerajaan.

Sebab itu, dalam arus perjuangan kita ini, sesuatu elemen yang maha penting kepada UMNO ialah dalam aspek perpaduan. Perpaduan dan toleransi semua ahli amatlah didamba. Pepatah bersatu teguh bercerai roboh tetap releven sampai bila-bila untuk kita jadikan sebagai pedoman hidup.

Ingatlah Kota Melaka tidak akan roboh jika bala tenteranya tidak berpecah belah semasa berhadapan dengan musuh. Begitu juga dengan UMNO, tidak mungkin akan mampu digoyahkan oleh parti-parti pembangkang jika kita kekal bersatu dalam apa juga keadaan sekali pun.

Sebarang kemelut dan kepincangan dalam kepimpinan baik di peringkat bawahan mahupun diperingkat atasan tidak harus dijadikan bahan jenaka. Kita harus berusaha untuk memupuk keserasian agar hubungan setiakawan dapat dipererat dan diperkukukan.

Rasa hormat,ikhlas,setia,bertanggungjawab dan komitmen tidak hanya ucapan semata-mata tetepi hanya ucapan harus menjadi intipati dalam setiap tindakan kita . Insya-Allah jika ini menjadi pegangan setiap ahli maka konsep. “1 Malaysia Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan” akan dapat kita terjemahkan.

Konsep yang digagaskan oleh Perdana Menteri itu kini semakin sebati dan diterima baik olah rakyat. Sehubungan itu, kita perlu merealisasikan gagasan itu di peringkat yang lebih luas sehingga ke seluruh pelusuk kampung dikawasan masing-masing.

Akhirnya , untuk sesiapa yang berlaku sebelum , semasa dan selepas ini saya merayu rakan ahli-ahli Puteri untuk terus berpimpin tangan, bersatu hati, abaikan sengketa dan terus mara kehadapan .

Mudah-mudahan apa jua cita-cita dan agenda kita demi untuk memperjuangkan parti keramat ini akan mendapat restu daripada Allah S.W.T

Sekian , Salam Perjuangan .....Selamat Bersidang

Jumaat, 22 April 2011

PERUTUSAN YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA PERSIDANGAN PUTERI UMNO 2011




Bismillah Hir Rahman Nir Rahim...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan rahmatnya kitadapat berhimpun dalam melaksanakan tugas dan amanah kita sebagai ahli dari sayap yang paling bongsu di dalam parti. Tahniah dan syabas kepada kepada Pergerakan Puteri UMNO di peringkat bahagian-bahagian yang telah dapat mengadakan Persidangan Perwakilan di peringkat
bahagian masing-masing.

Tahun ini Puteri akan melakar satu sejarah di mana Pergerakan Puteri UMNO telah genap usianya 10 tahun. Dari merangkak, kita bertatih,berjalan sehinggalah kita dapat berlari selari dengan kakak dan abang kita di dalam Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO. Pelbagai ranjau dan peristiwa yang kita lalui di sepanjang pengalaman yang mematangkan Pergerakan Puteri UMNO dari peringkat cawangan,bahagian dan seterusnya di peringkat pusat.

Oleh yang demikian sebagai sayap bongsu di dalam Parti keramat UMNO ini, kita seharusnya sentiasa berada di tahap yang boleh dibanggakan yang menjadi contoh teladan kepada generasi muda khususnya remaja wanita. Pergerakan Puteri juga adalah satu sayap yang memikul tanggungjawab dan amanah yang besar bagi memastikan UMNO tetap utuh dan tidak berpecah belah kerana Pergerakan Puteri adalah adalah satu Pergerakan yang dibimbing di peringkat awalan. Puteri juga perlu peka dan memainkan peranan yang penting sama seperti sayap-sayap lain. Berani merebut apa sahaja peluang dan menangkap segala isu yang ada bagi memastikan keupayaan itu selari dengan keadaan semasa. Memandangkan perubahan pada masa kini memerlukan pengorbanan yang besar, maka Pergerakan Puteri UMNO perlu mengambil langkah-langkah pendekatan yang strategik bagi mendekatkan ahli-ahli di peringkat akar umbi agar sentiasa memastikan Puteri UMNO ini terus maju dengan cemerlang dan saksama. Justeru, setiap pemimpin Puteri perlu bertindak proaktif dan sentiasa bekerja keras kearah memperkasakan parti dengan penambahbaikan terutama membabitkan pengurusan jentera parti di semua peringkat memandangkan kita bakal menempuh PRU-13 yang dijangkakan
tidak lama lagi.

Untuk itu, saya amat berharap agar adik-adik di peringkat akar umbi iaitu di cawangan-cawangan dan di bahagian-bahagian dapat mempergiatkan lagi program-program yang telah dilancarkan di peringkat pusat. Kita mesti bersiap sedia dengan memperkemaskan barisan jentera puteri terutamanya dalam bidang teknologi cyber dalam menangkis dakyah
pembangkang di dunia alam maya. Puteri mesti celik IT dan tidak leka dalam menambah dan mencari keahlian Puteri supaya kita tidak ketandusan dalam menyediakan platform kepada pelapis pemimpin muda masa hadapan. Saya amat berharap agar persidangan adik-adik kali ini akan menjadi satu forum untuk kita sama-sama bertukar-tukar fikiran ,berbincang
serta merapatkan lagi hubungan yang sedia akrab untuk kita mencari persamaan dan kesefahaman. Persidangan kali ini juga diharapkan agar kita lebih bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar pada bila-bila masa sahaja. Terima kasih kepada juga tak terhingga kepada adik-adik Puteri yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah selama sama-sama
berjuang dalam Puteri. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.



Akhir kata....
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas di bawa belayar,
Hutang budi di bawa mati...

LDP JANGAN TERIKUT-IKUT DENGAN PARTI PEMBANGKANG

OLEH: LIZA DIN




Kota Kinabalu : 23 April 2011

Pergerakan Puteri UMNO Sabah meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak cepat melatah dan terikut-ikut dengan rentak parti pembangkang dalam membincangkan mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Ketuanya, Musliati Moslimin (gambar) berkata, keputusan pilihanraya Sarawak tidak sewajarnya dijadikan bahan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak dengan mengunjuk jari kepada pihak-pihak tertentu.

Menurut beliau, sebarang keputusan yang berlaku adalah merupakan pilihan rakyat dan semua pihak yang terlibat perlu memikul tanggungjawab secara bersama.

"Kita tidak mahu mana-mana parti komponen BN melatah dengan keputusan pilihan raya Sarawak kerana dalam sistem demokrasi pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Kita perlu menerima dengan hati terbuka.

"Sebarang komen, ulasan dan kritikan tidak seharusnya dilakukan secara terbuka sehingga mengguris perasaan parti komponen lain sekali gus memperlihatkan suasana yang tidak baik kepada rakyat dan penyokong BN," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demoktratik (LDP) Datuk Chin SuPhin yang mendakwa pada Pilihanraya Negeri Sarawak banyak kerusi di kawasan bandar tewas kerana kegagalan kepimpinan BN negeri menangani keperluan rakyat khususnya masyarakat Cina.

Musliati berkata, tindakan Chin Su membuat kenyataan terbuka adalah tidak wajar kerana beliau sepatutnya faham mengenai semangat BN yang terjalin dengan baik sejak sekian lama.

"Semangat dan cara kerja BN juga terbukti berkesan kerana parti-parti Pakatan Rakyat sekarang ini jelas meniru konsep, amalan dan gerak kerja yang kita lakukan.

"Malangnya kita pula yang seolah-olah terjerat dengan terikut-ikut rentak parti pembangkang yang sememangnya suka melihat parti-parti komponen BN berpecah-belah," ujar beliau.

Beliau berkata, seharusnya keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak dijadikan panduan kepada semua parti komponen BN sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti dan bukan sebagai isu untuk mencari kesalahan.

"Kita penuh percaya kepimpinan BN Sarawak akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dan melakukan perubahan terhadap apa yang perlu. Begitu juga dengan kepimpinan BN di peringkat Pusat.

"Jadi jangan kita menjadikan kehilangan beberapa kerusi kepada parti pembangkang bagi menambah kekusutan kepada keharmonian semangat setiakawan dalam BN," katanya.

Tambah Musliati, LDP sebagai salah sebuah parti komponen BN juga sepatutnya sedar bahawa calon-calon parti itu pada pilihan raya lalu turut memerlukan sokongan daripada parti komponen untuk meraih kemenangan semasa menentang parti pembangkang.

Katanya, UMNO sendiri banyak berkorban membantu memastikan kemenangan calon-calon LDP dan sepatutnya kerjasama baik itu tidak menjadikan LDP sebuah parti yang tidak merendah-rendahkan kemampuan parti komponen lain.

"Sepatutnya dalam isu ini, kita bersikap lebih positif kerana BN berjaya mengekalkan kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dan rakyat jelas menolak manifesto, janji dan segala tuduhan parti pembangkang.

"Kemenangan itu wajar dijadikan penyuntik semangat kepada kita semua untuk bekerja lebih keras termasuk mengatasi sebarang kelemahan yang wujud," katanya.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Muslati Moslimin

Isnin, 4 April 2011

SELAMAT HARI JADI KETUA-KETUA PUTERI BAHAGIAN YANG LAHIR JAN-APRIL 2011


Unit IT merakamkan selamat menyambut ulang tahun kepada ketua-ketua pergerakan Puteri UMNO bahagian yang menyambutnya bermula bulan januari hingga april tahun 2011 ini. Semoga semangat juang semakin mantap