Isnin, 27 Jun 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN DIMINTA KUMPUL DATA

Saridah Kputeri Bahagian Beaufort memberi penerangan data
Bilik Gerakan Puteri UMNO Beaufort
Beaufort : 28 Jun 2011. Ahli-ahli Puteri UMNO perlu melakukan satu program turun ke bawah dan diberi perhatian serius dalam melaksanakan program-program yang dapat menyentuh hati dan perasaan rakyat. Ketua Puterinya, Musliati Moslimin berkata program seperti itu tidak melibatkan kos yang tinggi dan masa yang banyak. Katanya sejak dahulu lagi UMNO dan BN telah memberi perhatian kepada kebajikan dan masalah rakyat.

“Namun mungkin usaha itu tidak cukup, kita perlu bekerja lebih kuat lagi supaya UMNO dan BN dekat dengan rakyat. "Adalah penting bagi kita bersemuka mendengar secara langsung masalah rakyat. Daripada situ rakyat akan melihat kesungguhan kita dan perbezaan kita dengan parti pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi langsung tidak bekerja untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat Bilik Gerakan Zon 3 di Sipitang, Beaufor, Kimanis dan Papar. Turut hadir sama Timbalan Pengerusi Unit Khas Pilihan raya (UKP), Rredonah Bahanda yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Ketua Puteri UMNo Sipitang, Dayang Maimunah Sidek dan Ketua Puteri UMNO Beaufort, Saridah Mohd Dun, Ketua Puteri UMNO Kimanis, Saudah Sarzaman dan Ketua Puteri UMNO Papar, Yanti Adam

Menurut Musliati, aspek yang juga perlu diberi penekanan oleh Puteri Sabah ialah melakukan pendaftaran pemilih dengan lebih agresif supaya tidak ada mana-mana rakyat Sabah yang mencapai usia 21 tahun tersisih daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Selain itu, katanya, usaha menambah keahlian Pergerakan Puteri juga perlu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada golongan muda menyertai aktiviti semasa pergerakan itu sekali gus melatih mereka sebagai pemimpin masa depan. "Dalam menambah keahlian Puteri ini, harus diingat, kita bukan mengejar kuantiti semata-mata tetapi kita juga mengejar kualiti bagi memastikan kesinambungan perjuangan membela agama, bangsa dan negara akan diteruskan oleh generasi muda akan datang.

"Kita juga mahu supaya setiap ahli Puteri mampu menghayati wadah penubuhan dan perjuangan Puteri serta parti UMNO kerana tanpa perjuangan orang-orang terdahulu, siapalah kita pada hari ini dan yang penting kita mampu bersedia menghadapi cabaran akan datang," katanya. Menyentuh mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Musliti menggesa jentera pergerakan itu supaya mula menubuhkan bilik gerakan masing-masing serta mengemas kini data pengundi bagi mengelak timbul sebarang masalah pada saat-saat akhir kelak. Tegas Musliati, ahli Pergerakan Puteri juga perlu bersedia menjelaskan isu-isu semasa yang diperkatakan rakyat termasuk isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti pembangkang.

Begitu juga dengan isu negara kebajikan yang diuar-uarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sekali gus menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang cukup mengelirukan ahli-ahli parti itu, katanya. Tambah beliau, penjelasan mengenai gagasan 1Malaysia juga perlu diperluaskan kepada rakyat kerana gagasan itu semakin diterima baik oleh seluruh lapisan rakyat bagi memupuk perpaduan dan mengekalkan permaukafatan antara satu sama lain.

"Kalau gagasan ini tidak berjaya, tidak mungkin kerajaan pakatan pembangkang di Selangor seperti takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga mengarahkan pihak berkuasa tempatan menurunkan semua papan tanda 1Malaysia. "Begitu juga dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin menunjukkan bahawa mereka sebuah kerajaan yang rasis apabila menekan dan menindas peniaga Melayu di Pulau Pinang sedangkan kerajaan BN sentiasa menjaga dan meningkatkan keselesaan peniaga semua kaum di negara ini," katanya.

Ahad, 26 Jun 2011

Industri Desa Punya Potensi Besar, Kata ADUN Tanjung Batu, Sabah

KOTA KINABALU, 25 Jun (Bernama) -- Industri desa merupakan antara industri yang berperanan menjana pertumbuhan ekonomi negara dan mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat.Beliau berkata selain menjadi wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau kerja tangan oleh masyarakat kampung yang masih menggunakan teknik tradisi tempatan, industri ini juga boleh menjana ekonomi penduduk setempat.

Malah di negara jiran iaitu Indonesia, sisa-sisa buangan digunakan dalam industri kraf dan lain-lain untuk menjadi mata pencarian mereka, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Hamisa, yang juga pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Kalabakan, berkata perkara ini terbukti ketika beliau mengetuai lawatan Kembara Ilmu dengan 28 anggota majlis tersebut ke Jakarta dan Bandung dari 16 hingga 21 Jun.

"Hasil daripada industri ini telah dipamerkan di Pesta Jakarta 2011 anjuran Kementerian Usaha Kecil dan Menengah Republik Indonesia. Semasa di Jakarta, kami turut melawat pameran Satu Industri Satu Produk. "Ini menunjukkan satu petanda yang baik kepada industri-industri berkenaan untuk melangkah lebih maju ke hadapan khususnya dalam meneroka peluang perniagaan import dan eksport," katanya.

Sehubungan itu, Hamisa berkata industri desa sudah tidak boleh dipinggirkan lagi kerana mempunyai potensi yang begitu besar dan penghasilannya juga dapat membantu menjayakan peningkatan ekonomi penduduk dan negara ini. Katanya usaha memajukan industri tempatan sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan kerana terdapat banyak kepentingan kepada individu, pengusaha, masyarakat, dan negara. "Kejayaan industri desa itu sudah tentu dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak kampung itu sendiri, malah dapat membantu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara kita, sekali gus mereka mahu menyaksikan lebih dekat hasil industri yang popular di kampung-kampung berkenaan," katanya.

Antara kegiatan ekonomi desa kecil-kecilan adalah yang berasaskan makanan laut dan kuih muih, selain aktiviti penternakan, pemprosesan makanan dan aktiviti pengeluaran produk kraf tangan tempatan.

PUTERI SABAH LANCAR SEJUTA TANDA TANGAN BANTAH BERSIH

Jawatankuasa Puteri UMNO Kota Merudu memulakan tandatangan sejuta belia
sebagai sokongan bantahan berlangsung himpunan BERSIH
Kota Marudu : 25 Jun 2011. Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan melancarkan kutipan sejuta tanda tangan bagi membantah penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan (Bersih) yang dirancan diadakan pada 9 Julai ini.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, kutipan tanda tangan itu adalah bagi membuktikan majority rakyat tidak menyokong perhimpunan haram yang mempunyai tujuan bagi menimbulkan ketidaktenteraman kepada situasi politik negara. Menurut beliau, jika sebelum ini, majoriti rakyat lebih bersikap berkecuali dan mendiamkan diri dengan tindak-tanduk kumpulan tertentu yang didalangi parti politik pembangkang, namun tiba masanya mereka melahirkan protes kepada perhimpunan tersebut.


Penerangan Bilik Gerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat. Musliati mendengar
taklimat yang disampaikan sendiri oleh Normala Ketua Puteri UMNO bahagian
Beliau berkata demikian semasa melancarkan sejuta tanda tangan bagi membantah Perhimpunan Bersih di Kota Marudu hari ini. Musliati juga turut melawat Bilik Gerakan Zon 1 di Kudat dan Kota Marudu. Turut hadir sama Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Aziah Atoh yang juga Pengerusi Unit Khas Pilihanraya (UKP), Ketua Puteri UMNO Kudat, Normala Rasick, Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda yang juga Timbalan Pengerusi UKP serta Setiausaha Kerja, Rateni Abdullah serta ahli jawatankuasa Puteri UMMO Kudat dan Kota Marudu.

Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu berkata, kutipan sejuta tanda tangan itu diharap dapat menyedarkan penganjur Bersih bahawa mereka sebenarnya kumpulan kecil yang terpesong daripada aspirasi rakyat yang mahukan suasana aman dan tenteram selain kestabilan politik dan ekonomi. "Jika mereka mahu menuntut sesuatu lakukan secara berhemah dan bukannya secara perhimpunan haram yang akan menyusahkan banyak pihak, khususnya orang ramai dan para peniaga," katanya.

Beliau juga meminta ahli-ahli Puteri UMNO Sabah diminta agar lebih kreatif dan menggunakan pendekatan baru dalam melaksanakan gerak kerja turun padang bagi mendengar dan mengenal pasti masalah rakyat di peringkat akar umbi. Tegasnya, setiap ahli pergerakan itu juga perlu sentiasa kreatif mencari pendekatan terbaru untuk memenangi hati rakyat kerana keperluan dan pemikiran masyarakat hari ini sudah banyak berubah.

"Saya amat berharap seluruh pergerakan Puteri UMNO bekerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat dan langkah yang paling berkesan ialah dengan melaksanakan program turun padang menemui rakyat di peringkat akar umbi. "Seperkara yang kita jangan lupa ialah dalam melaksanakan gerak kerja itu, pendekatan yang diambil perlu sesuai dengan keperluan dan pemikiran rakyat kerana gerak kerja lima atau 10 tahun lalu mungkin tidak sesuai diguna pakai pada hari ini. "Kita tidak mahu dianggap sebagai gagal memenangi hati rakyat sedangkan kita merupakan golongan muda yang sepatutnya lebih memahami keperluan rakyat semasa," katanya.

Jelas Musliati, berdasarkan situasi politik pada pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengatur strategi baru supaya tsunami politik yang melanda ketika itu tidak berulang kembali

PUTERI SABAH MAHU SISTEM BIOMETRIK PENGUNDI DILAKSANAKAN SEGERA

Musliati dan Rombongan Puteri Sabah yang turut serta lawatan
mendengar taklimat Bilik Gerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Belud
Kota Kinabalu : 26 Jun 2011. Pergerakan Puteri UMNO Sabah menyokong penuh cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan penggunaan sistem biometrik sebagai salah satu proses pendaftaran pada hari pengundian.Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, pergerakan itu yakin, langkah tersebut mampu meningkatkan lagi kredibiliti perjalanan pilihan raya negara yang sebelum ini banyak dikritik oleh pemimpin parti- parti pembangkang khususnya di kawasan-kawasan yang gagal dimenangi oleh calon mereka.

Menurut beliau, pendekatan baru itu juga diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan lagi kelancaran pada hari pengundian sekali gus memantapkan lagi perjalanan proses demokrasi yang diamalkan selama ini."Puteri Sabah amat mengalu-alukan langkah SPR untuk turut melaksanakan sistem biometrik semasa hari pengundian sama seperti yang dilaksanakan bagi merekod identiti warga asing di negara ini.
Masnatu memberi penerangan Carta di Bilik Gerakan Puteri
UMNO bahagian Kota Belud

"Apa yang penting dalam pelaksanaan itu ialah SPR dapat menutup mulut pemimpin pembangkang yang sering mempertikaikan proses perjalanan pilihan raya itu sendiri, meskipun telah terbukti calon mereka juga banyak yang menang sehingga mampu memerintah di empat negeri sekarang ini," katanya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai SPR bercadang melaksanakan sistem biometrik dalam merakam identiti pengundi selain penggunaan MyKad bagi memastikan proses pengundian dan perjalanan pilihan raya dilaksanakan secara lebih telus pada lawatan kerja Bilik Gerakan di Kota Belud dan Sepanggar di sini semalam.

Turut hadir sama Turut hadir sama Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Aziah Atoh (Sepanggar) yang juga Pengerusi Unit Khas Pilihanraya (UKP), Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda yang juga Timbalan Pengerusi UKP, Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong serta Setiausaha Kerja, Rateni Abdullah serta ahli jawatankuasa Puteri UMMO Kota Belud dan Sepanggar. Musliati berkata, pergerakan itu juga yakin penggunaan teknologi baru itu dapat menghapuskan dakwaan parti pembangkang mengenai kewujudan pengundi hantu di sesuatu kawasan meskipun mereka selama ini gagal membuktikan mengenai dakwaan itu.

"Apa yang kita bimbang ialah selepas pelaksanaan sistem biometrik itu, parti pembangkang akan mencari helah lain pula bagi memburukkan kerajaan dan sistem perjalanan pilihan raya hanya kerana mereka tewas kepada Barisan Nasional di sesuatu kawasan."Inilah penyakit dan masalah yang melanda kita sekarang ini kerana mempunyai parti pembangkang yang tidak pernah rasional dengan segala tindakan kerajaan meskipun sesuatu program yang dilaksanakan itu baik dan memberi manfaat kepada semua pihak," ujar beliau.

Beliau berkata, SPR yang diserang habis-habisan oleh parti pembangkang baik sebelum atau selepas pilihan raya juga jelas mempunyai motif untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan serta pihak berkuasa yang lain.Sedangkan pada masa yang sama, katanya, parti-parti pembangkang yang mewujudkan pakatan memerintah kerajaan negeri gagal melaksanakan pentadbiran yang telus, adil dan saksama sehingga menyebabkan sebahagian rakyat tertindas dan tertekan seperti yang berlaku kepada peniaga Melayu di Pulau Pinang selain masalah kecurian pasir yang berleluasa di Selangor.

Khamis, 23 Jun 2011

PERHIMPUNAN GERAKAN BERSIH PENGKHIANAT NEGARA

KOTA KINABALU : 23 Jun 2011. Pergerakan Puteri UMNO Sabah menyifatkan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) sebagai pengkhianat negara kerana mempunyai niat merosakkan ketenteraman awam dan menjejaskan ekonomi rakyat dan negara.

Ketua Puterinya, Musliati Moslimin berkata, pertubuhan itu juga hanya sekadar bertopengkan tuntutan mengenai perjalanan pilihan raya tetapi mempunyai niat dan tujuan yang jauh lebih buruk daripada
itu. Menurut beliau banyak perkara yang tidak logik dengan tujuan perhimpunan haram tersebut selain mengajak rakyat membenci kerajaan secara membabi-buta serta mahu merosakkan imej baik kerajaan Malaysia di mata dunia.

"Kita amat berharap rakyat memahami bahawa jika pilihan raya Malaysia benar-benar tidak bersih mengapa empat negeri tumbang kepada Pakatan Pembangkang pada pilihanraya 2008 yang lalu selain mengekalkan kemenangan di Kelantan. Begitu juga mereka menambah kerusi di Sarawak baru-baru ini.

"Pembangkang tidak akan menang satu kerusi pun di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat jika pilihan raya itu tidak bersih. Ini adalah bukti paling nyata dan paling mudah untuk difikirkan secara rasional oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Puteri UMNO Sabah hari ini telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kota Kinabalu bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Turut hadir sama Exco Puteri UMNO Malaysia Dayang Maimunah Sidek (Sipitang) Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Aziah Atoh (Sepanggar), Ketua Penerangan, Nazliah Ali serta Ketua-ketua Puteri UMNO bahagian daripada Kota Belud, Ranau, Papar, Kudat, Kota Marudu dan Silam serta Kota Kinabalu.

Beliau mengulas rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini di ibu negara serta di Sabah dan Sarawak kononnya bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan secara adil dan telus.Musliati berkata, jika tidak berpuas hati sekali pun dengan pilihan raya di negara ini, pihak berkenaan masih mempunyai banyak saluran untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya sama ada melalui mahkamah atau meja perbincangan dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Malah mereka ini mempunyai saluran yang cukup luas hasil tolak ansur dan sikap berlemah lembut kerajaan melalui akhbar rasmi parti mereka yang bebas bersuara selain ceramah-ceramah politik di sana-sini tanpa mengira waktu. "Sebab itu kita amat yakin, keadaan rakyat yang tidak lagi percaya dengan propaganda Pakatan Rakyat menyebabkan ada usaha untuk menimbulkan suasana tidak tenteram oleh penganjur Bersih secara bersiri di negara ini," ujar beliau.

Bergambar selepas membuat laporan di IPD Kota Kinabalu
Tambah Musliati, banyak isu yang timbul akhir-akhir ini juga menyebabkan ada usaha untuk mengalihkan tumpuan rakyat seperti kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selain isu video seks yang turut dikaitkan dengannya.

Begitu juga dengan kecelaruan para penyokong Pas baru-baru ini apabila Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam sebaliknya menukar kepada negara kebajikan semata-mata tunduk kepada desakan parti sekutu iaitu DAP, katanya.
Musliati berkata, Puteri juga yakin, perhimpunan itu bertujuan sebagai provokasi kepada pihak berkuasa supaya pemimpin dan penyokong mereka ditangkap oleh polis kerana menyertai perhimpunan haram sekali gus diharap mampu meraih simpati para penyokong Pakatan Rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh lapisan rakyat agar menentang penganjuran seperti itu yang langsung tidak mendatangkan faedah sebaliknya lebih menyusahkan rakyat lain kerana berlaku kesesakan jalan raya sehingga banyak urusan tidak dapat dilaksanakan serta menyebabkan para peniaga kerugian.

"Pergerakan Puteri Sabah menentang keras usaha itu dan merayu rakyat agar tidak membabitkan
diri dengan kegiatan haram itu," katanya.

Isnin, 13 Jun 2011

PUTERI DIMINTA LEBIH AGRESIF DAFTAR PENGUNDI : MUSLIATI


Musliati bersama Naib ketua Puteri Bahagian Putatan berbincang
Putatan : 9 Jun 2011
Pergerakan Puteri UMNO Sabah diminta bekerja dengan lebih agresif mendaftarkan ahli-ahli UMNO
sebagai pengundi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh mandat lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin berkata, angka 66,100 ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi di seluruh negara suatu yang serius dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

"Isu itu perlu ditangani oleh semua lapisan ahli Pergerakan Puteri baik di peringkat negeri, bahagian atau cawangan. Gerakan mendaftar keahlian perlu dilaksanakan dengan lebih agresif agar mereka yang layak mengundi berpeluang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kita memerlukan mandat yang lebih besar daripada para pengundi pada pilihan raya umum akan datang khususnya daripada golongan muda kerana merekalah yang lebih layak untuk menentukan masa depan generasi akan datang," katanya semasa lawatan kerja ke Bilik Gerakan Puteri UMNO Bahagian Putatan di sini semalam.

Turut hadir sama Pengerusi Unit Khas Pilihanraya (UKP) Puteri UMNO Sabah, Aziah Atoh yang juga Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Ketua Puteri UMNO Kota Marudu yang juga Timbalan Pengerusi UKP, Redonah Bahanda, Setiausaha Kerja Puteri UMNO Sabah, Rateni Abdullah, Naib Ketua Puteri UMNO Putatan, Wan Maliza Wan Mohamad, Peolong Setiausaha Puteri UMNO Putatan, Darmawati Mohd Arsyad serta ahli jawatankuasa Puteri UMNO Putatan Dg Azlinawati Ag Damit dan Suzieyana Mohd Sha.

Musliati berkata, gerak kerja secara proaktif perlu dilakukan kerana Pergerakan Puteri tidak boleh sekadar menunggu golongan muda untuk tampil mendaftarkan diri sebaliknya perlu dilaksanakan program seperti kunjungan dari rumah ke rumah atau kempen secara bersepadu di kawasan tumpuan ramai.

Katanya, setiap daftar maklumat mengenai pengundi juga perlu dikemaskini supaya tidak ada pengundi yang tercicir daripada daftar pemilih atau bertukar ke kawasan lain sehingga mengelirukan mereka pada hari mengundi kelak.

"Gunakanlah kemudahan dan kecanggihan teknologi maklumat yang ada bagi merekodkan data atau maklumat pengundi supaya kita dapat mengetahui kedudukan atau status mereka. "Maklumat ini penting kerana tanpa maklumat kita seolah-olah bekerja tanpa pedoman sedangkan kita mempunyai hala tuju dan matlamat yang sangat besar dalam memaju dan membangunkan negara," katanya.

Beliau berkata, adalah merugikan jika golongan muda tidak berpeluang menyertai usaha kerajaan dalam proses membangunkan negara kerana kerajaan memerlukan idea, tenaga dan kerjasama daripada golongan muda bagi memastikan setiap perancangan yang dilaksanakan sampai kepada golongan sasar.

Sehubungan itu juga, beliau meminta golongan muda agar tidak berasa selesa dengan pencapaian negara hari ini kerana masih banyak cabaran yang perlu ditempuh pada masa akan datang khususnya berkaitan ekonomi dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

"Mereka perlu tahu bahawa kestabilan ekonomi negara adalah kerana kestabilan politik serta bertitik tolak daripada perpaduan antara kaum di negara ini. Sebab itu, pimpinan kerajaan BN hari ini sentiasa memberi keutamaan kepada isu-isu perpaduan khususnya dalam usaha menyebar luar gagasan 1Malaysia," ujar beliau.

Sabtu, 11 Jun 2011

WANITA DIGESA JADI USAHAWAN KECIL : JAINAB

Kota Kinabalu : 12 Jun 2011 Golongan wanita digesa terutama surirumah dan ibu tunggal serta belia beliawanis menjadikan bidang keusahawanan bagi mengisi masa lapang mereka. Pembantu Menteri Pembangunan Sumber ...dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, golongan surirumah mempunyai banyak masa yang boleh dimanfaatkan dengan menimba ilmu perniagaan selain membantu suami menambah pendapatan keluarga. Beliau berkata, pelbagai jenis perniagaan kecil-kecilan boleh diceburi golongan itu boleh menceburi termasuk bidang jahitan, masakan, sulaman, pastri dan kek. Katanya, selain produk yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri, mereka juga boleh menjadi pengusaha dan usahawan yang berjaya apabila menghasilkan barangan yang berkualiti tinggi. ''Apabila dihasilkan sendiri untuk kegunaan keluarga, banyak perbelanjaan harian dapat dijimatkan dan ilmu yang diperolehi pula boleh diperluaskan.

YB Dtk Jainb, Aziah bersama pegawai MARA mencuba masakan yang
disediakan oleh peserta
 "Ini merupakan satu usaha untuk golongan wanita mengatasi kenaikan harga barangan pada masa kini," katanya semasa mengadakan Program Kursus Memasak Bersama Pusat Giat Mara dengan masyarakat setempat Kampung Tebobon, Menggatal. Turut hadir Ketua Puteri UMNO Sepanggar, Aziah Atoh, pemimpin masyarakat kampung dan pegawai daripada Pusat Giat Mara Sepanggar. Menurut Jainab yang juga Adun Karambunai berkata, golongan wanita yang mempunyai asas pengetahuan mudah untuk menjalankan perniagaan kecil kecilan seperti membuat katering kecil kecilan sekiranya ada majlis keramaian atau kenduri kahwin di kampung.

“Memang mudah untuk kita menjalankan perniagaan tersebut kerana kita sentiasa berada dirumah untuk mengerjakan kerja-kerja seperti memasak dan menjahit. Ini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan menambah ekonomi keluarga. Jelas Jainab wanita terutama surirumah digesa menjadi usahawan kecil bagi mengisi masa lapang mereka. “Golongan surirumah mempunyai banyak masa yang boleh dimanfaatkan dengan menimba ilmu perniagaan selain membantu suami menambah pendapatan keluarga. Apabila dihasilkan sendiri untuk kegunaan keluarga, banyak perbelanjaan harian dapat dijimatkan dan ilmu yang diperolehi pula boleh diperluaskan.

"Ini merupakan satu usaha untuk golongan wanita mengatasi kenaikan harga barangan pada masa kini," katanya.

Isnin, 6 Jun 2011

PERSIDANGAN PUTERI BELURAN


pada 29hb Mei 2011. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Beluran telah melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO bahagian yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Beluran sendiri. Mesyuarat tersebut dihariti oleh Latifah Tahir mewakili Puteri UMNO Sabah.

RUJUK KEMBALI SEJARAH UNTUK MEMAHAMI MAKNA PERJUANGAN-

Penyampaian Cenderakenangan kepada Ketua UMNO Bahagian Lukisan Mawar
putih
“Jika menilai usia Puteri UMNO baru 10 tahun. Pandangan melihatnya sebagai usia yang sangat muda . tetapi usia 10 tahun ini telah memberi banyak pelajaran sepanjang tempoh kewujudannya sebagai sebahagian parti keramat UMNO. Dalam tempoh 10 tahun ini, 2 PRU telah dilalui oleh Puteri UMNO , PRK telah dilalui sejak 2001-2011. Pelbagai pengalaman ditimba” antara ucapan yang disampaikan oleh Dg Maimunah Sidek ketua pergerakan puteri UMNO Sipitang dalam ucapannya semasa Majlis perasmian Mesyuarat perwakilan pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang pada 20hb mei 2011

“Jangan usia 10 tahun ini membuatkan Puteri UMNO lupa asal usul UMNO. Jangan usia yang dikatakan kanak-kanak, Puteri UMNO lebih gemar sesuatu yang indah-indah belaka serta leka dalam dunia syok sendiri mereka sehinggakan mereka lalai dari menyedari perubahan dunia politik terlalu cepat sehingga memerlukan mereka sentiasa siap siaga menghadapi musuh serta menarik sahabat baru yang lain.” Sambungnya lagi
“ Rujuk semula Sejarah perjuangan Kepimpinan yang terdahulu untuk mencapai kemerdekaa. Sejarah amat penting untuk kita mengetahui asas mengapa kita perlu berjuang dengan keihlasan dalam UMNO demi kebajikan masyarakat seluruhnya”- antara ucapan balas ketua UMNO Bahagian Sipitang YB Datuk Sapawi Ahmad dalam ucapannya merasmikan Mesyuarat tersebut.
Beliau juga menggesa agar Puteri lebih aktif menarik belia dan beliawanis untuk menyertai UMNO. Terdapat beberapa sekolah menengah di bawah parlimen Sipitang yang memiliki pelajar tingkatan enam atas yang layak menyertai Parti tersebut. Selain itu pastikan juga ahli puteri yang mencecah usia 21 tahun, layak mengundi untuk mendaftar sebagai pengundi bagi persiapan PRU yang akan dating. Jangan kita Gah dengan ahli yang ramai, tetapi menangis ketiak mengundi kerana ramai yang leka dari mendaftar” sambungnya.

Mesyuarat perwakilan puteri UMNO Sipitang berlangsung di Dewan Mini perpustakaan Sipitang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Suriati Adam mewakili Puteri UMNO negeri yang merupakan ketua puteri UMNO Papar, YB Kamarlin hj Ombi timbalan ketua UMNO Bahagian, Alaudin Mohamad, Setiausaha UMNO bahagian, Ismail hj Kambar, Abd Rahman Mohd Noh dan Hj Ahmad Mumin sebagai perwakilan UMNO ke perwakilan Puteri serta beberapa jawatankuasa Pemuda yang diketuai Naib ketua pemuda saudara matbali Musa serta jawatankuasa wanita.

Perwakilan Puteri telah memberi kejutan kepada ketua UMNO bahagian dengan menghadiahkan lagu Warisan di akhir ucapan ketua Pergerakan puteri UMNO bahagian sebagai simbol kesedaran mereka sebagai pewaris perjuang mempertahankan Bangsa, Agama dan negara.

AHLI PUTERI UMNO DIAJAK SERTAI INDUSTRI JAHITAN : MUSLIATI

Kota Kinabalu : 23 Mei 2011
Musliati mengabadikan kenangan bersama peserta manik
Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin mahu semua ahli pergerakan itu berpandangan jauh untuk menjadi usahawan dan tidak hanya setakat menyertai seminar atau kursus semata-mata.

Beliau berkata, kursus atau bengkel yang diadakan ini bertujuan memberi peluang kepada orang lain yang lebih berminat dan bersungguh-sungguh untuk menjadi usahawan.

Katanya terutama ahli-ahli Puteri UMNO khusus golongan wanita muda yang berminat dan berkemahiran dalam seni jahitan berpeluang melibatkan diri dalam industri jahitan menerusi peluang-peluang yang disedikan oleh kerajaan untuk golongan tersebut.

Menurut Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO bahagian Kota Kinabalu berkata program itu bertujuan memberi latihan dan bimbingan kemahiran kepada wanita muda agar mereka dapat meningkatkan serta memperluaskan pengetahuan dalam seni kreatif kraf tangan atau jahitan.

''Kita berharap program ini dapat memberi motivasi kepada golongan wanita melalui kelas aktiviti yang dijalankan.

''Ini dapat meningkatkan pendapatan keluarga," katanya sewaktu merasmikan penutupan program berkenaan di sini semalam.

Bengkel Sulaman Manik dan dan Labuci di pejabat UMNO Kota Kinabalu semalam diadakan selama dua hari dengan disertai 50 peserta terdiri ahli-ahli Puteri UMNO Kota Kinabalu.Turut hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmie Sarinoh, tenaga pengajar Anne Sidiq serta para peserta bengkel.

Menurut Musliati hasil daripada pengalaman dari bengkel, di kalangan peserta boleh membuka kedai atau mencari peluang pekerjaan untuk menambah pendapatan keluarga. Menerusi usaha ini, kita berusaha melahirkan masyarakat berkemahiran dan berpotensi besar, apabila peserta yang bercita-cita boleh mengembangkan lagi bakat yang ada.Tambahnya, program itu dapat membentuk insan yang proaktif dan produktif serta berkeupayaan meningkatkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negeri ini.

PUTERI UMNO BAHAGIAN DIMINTA KUMPUL DATA MAKLUMAT : MUSLIATI

Aziah PSU Pu3 negeri bersama Musliati membaca data sambil diperhatian redona
serta Jawatankuasa Pergerakan puteri UMNO Kota Kinabalu
Kota Kinbalu : 27 Mei 2011
Puteri UMNO peringkat bahagian diminta untuk memperlengkapkan dan menyediakan jentera parti untuk persiapan awal sebelum menjelang Pilihanraya umum yang akan datang. Ketua Puterinya, Musliati Moslimin berkata semua data-data mengenai pengundi, ahli-ahlii UMNO serta isu-isu semasa perlu dikumpul sebanyak mungkin maklumat yang ada dan sediakan strategi-strategi mendekati rakyat dan pengundi. Beliau seluruh Puteri UMNO di peringkat cawangan dan bahagian perlu mengenal pasti apa keperluan dan rungutan mereka untuk dibawa ke peringkat bahagian dan negeri.

“Bilik-bilik gerakan jentera parti perlu beroperasi dari sekarang bagi melaksanakan kerja-kerja di peringkat awal. Sebarang angin perubahan yang berlaku dalam kalangan pengundi kita, Jentera parti di peringkat cawangan perlu mempunyai deria mata, deria telinga dan deria fikiran yang tajam untuk menghidu perubahan yang berlaku di sekeliling kita,” tegas Musliati.

Beliau berkata demikian selepas mendengar penerangan Bilik Gerakan dan Jentera Pilihan Raya Puteri UMNO Kota Kinabalu di Wisma Emporium, Kota Kinabalu kelmarin. Taklimat itu telah disampaikan oleh Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmie Sarinoh dan dihadiri Pengerusi Unit Khas Pilihanraya, Aziah Atoh yang juga Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Timbalan Pengerusi Unit Khas Pilihanraya, Redonah Bahanda yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Marudu serta jawatankuasa Puteri UMNO Kota Kinabalu.

Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu memberitahu Puteri UMNO peringkat cawangan dan bahagian perlu sentiasa peka dan sensitif dengan angin perubahan. “Jiwa anak-anak muda yang akan menjadi pengundi baru kadangkala sukar dibaca secara kasar apa kemahuan mereka.

“Begitu juga dengan golongan dewasa dan golongan tua yang pastinya mempunyai angin perubahan tersendiri,” tegas beliau lagi.