Khamis, 24 Mei 2012

KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH BT ABD. RASHID SHIRLIN, TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KEJADIAN KERACUNAN MAKANAN YANG DISYAKI BERPUNCA DARIPADA PENGAMBILAN SUSU UHT BERJENAMA MAT PINTAR DI BAWAH PROGRAM SUSU KERAJAAN NEGERI SABAH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar
Borneo Post bertarikh 20 Mei 2012 mengenai kejadian keracunan makanan
di SJK (C) Lok Yuk pada 18 Mei 2012. Berita tersebut melaporkan sejumlah 44 orang pelajar dari SJK(C) Lok Yuk di Menggatal, Sabah telah dilaporkan mengalami simptom sakit perut selepas minum susu coklat sewaktu rehat.

Kejadian ini disyaki berpunca daripada pengambilan susu UHT berjenama Mat Pintar yang diedarkan di bawah program susu kerajaan negeri Sabah. KKM sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian keracunan makanan di SRJK(C) Lok Yuk, Menggatal, Sabah. Sampel telah diambil untuk analisis. Sebagai langkah pencegahan, KKM telah melak semua baki stok susu UHT di sekolah tersebut.

Sementara itu, bagi kejadian di SK St Francis Convent, Kota Kinabalu yang melibatkan 8 orang pelajar, siasatan sedang dijalankan dan sampel susu UHT berjenama Mat Pintar telah diambil bagi analisis. KKM telah melak semua baki stok susu UHT di sekolah tersebut.

Sehubungan ini, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu telah dimaklumkan supaya susu UHT tidak diedarkan kepada pelajar di sekolah-sekolah terbabit di sekitar Kota Kinabalu buat sementara waktu.


YB DATUK ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

25 Mei 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HBN2012 : MESEJ PERPADUAN : SIMBOLIK HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini.

Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.

Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung.

Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.

"Saya dapat  rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya.

Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.

Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain.

"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini.

"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya.

Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia.

"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.

#seketeriat himpunan jutaan belia 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MUZAKARAH HANYA PERMAINAN POLITIK PAS : ROSNAH

Kuala Lumpur, 23 Mei- Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang menolak spekulasi cadangan muzakarah antara UMNO dan PAS dan mengaitkan bahawa ini adalah permainan politik UMNO menggambarkan ada pihak-pihak yang tertentu yang mengawal tindak-tanduk parti itu.

Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin berkata, ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin parti ini mungkin bertuankan dengan pihak yang lain di luar daripada PAS dan mempunyai agenda politik yang peribadi.

"Sebenarnya, Presiden PAS tersebut tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak cadangan muzakarah tersebut yang dicadangkan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini.  Di kalangan para pemimpin PAS itu sendiri ada yang menolak cadangan muzakarah tersebut.

Oleh itu, jelas kecelaruan pendapat di kalangan para pemimpin parti ini. Walau bagaimanapun, Mursyidul Am PAS itu pula telah menerapkan tiga syarat kepada UMNO sebelum mengadakan muzakarah ini. Tetapi, yang nyatanya para pemimpin PAS itu sendiri perlu bermuzakarah sesama mereka untuk mencapai sepakat bahawa muzakarah dengan UMNO dapat direalisasikan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pergerakan Puteri UMNO menggesa supaya segala kekeliruan terutamanya di kalangan pemimpin PAS ini dapat diselesaikan dan muzakarah antara UMNO dan PAS dapat diadakan. Muzakarah yang hendak dilakukan harus mengenepikan segala fahaman politik mana-mana parti demi kesarwajagatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Jika mana-mana pihak terus menerus memberikan alasan dan dolak-dalik dalam usaha untuk mencapai kesepakatan, bangsa Melayu akan terus rugi dan berpecah dan pihak-pihak lain yang berkepentingan peribadi pasti akan mengambil kesempatan atas kelemahan ini.

Sewajarnya, harapan Puteri UMNO ialah agar muzakarah yang hendak dilakukan dapat membantu menyelesaikan belenggu masalah-masalah yang membabitkan umat Islam di negara ini. Yang paling penting bahawa niat yang ikhlas perlu ada bagi memastikan muzakarah yang hendak dilakukan mencapai matlamatnya," tambahnya lagi.

Sumber: malaysianview portal

 



Sent from Samsung Galaxy Note

Ahad, 20 Mei 2012

PELANCARAN BN PILIHAN ORANG MUDA LENSA PUTERI

PELANCARAN BN PILIHAN ORANG MUDA OLEH YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN, KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH DI DEWAN MASYARAKAT TAWAU PADA 18HB MEI 2012
PC selepas majlis pelancaran BN PILIHAN ORANG MUDA Sabah

Semangat ketua-ketua puteri UMNO Bahagian

Mengambil aura sokongan puteri dan pemuda

kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang turut serta


Ketua puteri UMNO bahagian mengebarkan bendera BN

Gelombang pink dan biru menambah semangat

ketibaan YAB DSP Musa Aman ketua Menteri Sabah dalam majlis

Lagu GEMURUH menambah semangat yang hadir

Jawatankuasa pemuda Sabah menanti di luar dewan Tawau
Penyambut tetamu kebudayaan yang setia menanti
ketibaan Tetamu dinanti. YAB Ketua menteri Sabah DSP Musa aman
Gelombang Pink dan biru. malahan puteri tak menolak menyarungkan juga baju biru sebagai sokongan BN
ketua-ketua puteri UMNO Bahagian menanti di atas pentas

 

Sabtu, 19 Mei 2012

PROGRAM AYUK SIHAT PUTERI SABAH

PROGRAM AYUK SIHAT PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA. LOKASI: DEWAN MASYARAKAT TAWAU PADA 18HB MEI 2012. DIRASMIKAN OLEH: YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA.

Ketua Puteri bahagian : Inahwati Jaini (tenom), Norhafizah Muhaimin (pensiangan), Saridah DSP Mohd Dun (Beaufort), Suriati Adam (Papar) dan Latifah Tahir (Batu Sapi)

Rombongan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu
Ketibaan YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin disambut oleh ahli puteri yang hadir
Gelombang Pink yang memberi semangat, memenuhi dewan

Nazliah Ali (Tawau), Ratini Abdullah (SUK Puteri Negeri) dan Juliana (Staf Puteri sabah)
Pn Hjh Musliati Muslimin Ketua Puteri UMNO Sabah memberi ucapan alu-aluan
Duduk dan berposing sambil mendengar ucapan
YB Dtk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberi ucapan perasmian
Memberi sumbangan kepada kanak-kanak KZM yang dipilih melalui senarai klinik kawasan Tawau
Juara pertandingan masakan yang dianjurkan sebelum ini
Antara Puteri Tuaran yang turut hadir dalam program
Nazliah Ali menyampaikan cenderakenangan
Bunga-bunga matahari, cenderamata dari Puteri Tawau
Jambangan Bunga mawar merah jambu dari Puteri Kalabakan yang disampaikan oleh Noraini Abd Ghaffur
Acara Memotong kek sempena sambutan hari ibu yang diraih bersama ketua wanita UMNO Tawau
Ketua puteri bahagian : Effaridun Ismail (Tuaran), Redona Bahanda (Marudu), Siti Haibah Majid (Sandakan) dan Mizma Appedullah (Silam)
Mengabdikan kenangan  bersama Ketua puteri UMNO Malaysia : Inahwaty Jaini (Tenom), Suriati Adam (papar) dan Nordiana Shafie (Ketua penerangan Puteri UMNO Malaysia)
Gadis dan bunga tak boleh dipisahkan.
PC bersama media yang hadir dalam program

sumber : Dg Maimunah Sidek (ketua puteri Sipitang)
CT Team Puteri

Sabtu, 12 Mei 2012

7 PRINSIP UTAMA: PANDUAN UNTUK RAKYAT BUAT PENILAIAN

Ucapan YAB PM semasa himpunan Sambutan ulangtahun UMNO ke-66 di studium bukit Jalil pu3 abadikan dalam bentuk teks pada pengumumannya 7 prinsip utama sebagai panduan. Baca ya.

Perdana Menteri menggariskan tujuh prinsip sebagai panduan untuk rakyat membuat penilaian dan pertimbangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke -13

YAB DS Najib menjelaskan tujuh prinsip yang dikemukakannya adalah berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO berjasa kepada negara.

"Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepemimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!

"Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri... sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal. 
"Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini," katanya.

Seterusnya, Najib berkata, rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini. 


Prinsip keempat, katanya, rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.

"Kelima, siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? Keenam, siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?" katanya.

Prinsip terakhir, kata Perdana Menteri, adalah rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Berikutan 'demam' pilihan raya mula melanda rakyat, Najib secara berseloroh berkata, beliau mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

"Oleh kerana bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudah pun kena demam pilihan raya... saya lihat malam ini hebat... rasa-rasanya esok saya nak menghadap Agong. Kita sudah sedia? Boleh menang?" Soal Najib yang sekali lagi menerima sorakan semangat yang hebat daripada anggota UMNO yang hadir. 

Najib berkata, perhimpunan malam tadi menjadi bukti sokongan dan dukungan kaum Melayu yang semakin meningkat kepada UMNO dan BN. 

"Di malam yang bertuah dan bersejarah ini biarlah stadium ini jadi saksi kita semua umat Melayu berkumpul dengan penuh semangat dan keyakinan. Siapa kata sokongan dan dukungan Melayu pada UMNO sudah menurun?

"Hari ini kita saksikan sokongan kita yang semakin meningkat. Saya nak tanya kalau kedudukan perlembagaan orang Melayu, apabila Islam diasak, institusi negara diperlekeh... siapa ke depan pertahankan kalau bukan UMNO?" katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memelihara kemakmuran yang sudah dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.

"Ayuhlah! Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.

"Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti UMNO, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun UMNO,"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 2 Mei 2012

BUDAK DEMO BERSIH DIHADAPKAN MAHKAMAH

Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) kini berada di mahkamah pusat pengajian tinggi itu untuk menghadapi perbicaraan berhubung kesalahan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.

Mereka bangga di dakwa

Ketiga-tiga mereka, pemimpin dan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dilihat masuk ke bilik hal ehwal pelajar UM untuk dibicarakansekitar jam 9.30 pagi.

Keputusan dijangka diumumkan pada jam 11.

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

Mereka menerima notis hadir perbicaraan pada 26 April lalu.

Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu Undang-Undang.

Ketiga-tiga mereka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di ibu negara dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii), didakwa memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Sumber: blog bro jinggo

Ceh! Bangga didakwa? Banyaklah bangganya mereka ni. Emak bapa depa banggaker nk membayar kesalahan anak yang ada otak tapi tak berakal ni?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUDAK DEMO BERSIH 3.0 MANGSA POLITIK

BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial. Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.
Jika benar niatnya adalah untuk memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang ditawarkan kerajaan? Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka, iaitu kawasan yang dilarang? Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh perlu menawan kubu penting musuh. Justeru, apa pentingnya Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan? Kenapa perlu mengambil risiko tercedera, tergadai nyawa, terjejas masa depan mengambil risiko dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka?

Jika sekadar ingin duduk bantah dan mempamerkan sokongan yang ramai, maka duduk sajalah di dalam stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH.

Mungkinkah kerana ingin menutup jumlah sokongan yang terlalu sedikit, maka BERSIH perlu membuat huru-hara?

Apapun tujuan dan alasannya, apa yang pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung.

Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan sengajanya menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah. Seolah-olah nyawa peserta BERSIH, iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung!

Dan apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar kawalan, mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab. Malah Ambiga secara terang-terangan, meletakkan kesalahan 100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah mengarahkan mereka untuk bertindak ganas. Pemimpin-pemimpin pembangkang pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan memukul rakan sendiri.

Sedangkan bukan mereka tidak tahu bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan kecederaan. Jika tidak, kenapakah dalam setiap demonstrasi di mana-mana negara di dunia, kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti rusuhan untuk bersedia.

Pasukan polis punya kuasa dan hak untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi undang-undang. Sekiranya perusuh bertindak ganas, polis juga bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk 'menundukkan' perusuh. Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini, peserta demo telah dengan nyata merusuh, melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka.

Ini bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru, maka tindakan Ambiga enggan bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.

Beliau melihat penyokong-penyokongnya bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu. Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan dengannya.

Ambiga juga langsung tidak bertanya siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas perhimpunan itu.

Selesai BERSIH 3.0, Ambiga, Anwar, Kit Siang, Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran, kemusnahan, kecederaan dan kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara.

Fikirlah, jika penyokong sendiri yang sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup 'lembukan', maka sekiranya mereka memerintah negara ini, pastinya rakyat juga akan mereka anjingkan.

Sumber: minda hijrah blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.