Selasa, 26 Jun 2012

PERUTUSAN KETUA PUTERI UMNO SABAH SEMPENA PERSIDANGAN PUTERI UMNO 2012




Kata-kata Aluan

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....salam 1Malaysia

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas rahmat dan kurnianya dapat kita sekali lagi berhimpun bersama-sama dalam satu majlis muhibbah dan menjadi wadah perjuangan kepada seluruh perwakilan Puteri UMNO di semua peringkat bahagian..
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua kerana telah berjaya mengadakan persidangan cawangan bagi tahun 2012 dengan lancar dan teratur. Sesungguhnya, persidangan cawangan amat penting bagi kita semua dalam menunaikan tanggungjawab ke arah merealisasikan transformasi parti agar terus relevan dan unggul.
Saya doakan agar mesyuarat perwakilan Puteri UMNO bahagian yang akan berlangsung ini juga akan berjalan dengan lancar dan baik sesuai dengan tatacara mesyuarat dan perlembagaan parti.
Bahang pilihanraya ke-13 semakin  terasa. justeru itu, saya ingin menyeru kepada semua agar memperhebatkan gerakan dan usaha mengenalpasti dan menarik sokongan pengundi terutama pengundi muda. Komitmen yang tinggi daripada semua amatlah diperlukan kerana PRU pada kali ini merupakan PRU yang paling sukar dan paling kritikal yang akan kita hadapi.
Akhir kata, perpaduan dan persefahaman perlulah kita kekalkan untuk parti yang kita kasihi  ini agar kekal menjadi parti yg terbaik selama-lamanya. Mudah-mudahan apa juga agenda untuk perjuangan parti keramat ini akan mendapat restu daripada Allah S.W.T.

sekian, Terimah kasih.

Walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

 salam homat dan selamat bersidang.




PN MUSLIATI MOSLIMIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH

Isnin, 25 Jun 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA SABAH ZON 5

Sahabat rakan FB , twitter, Blogger dan youtube yang berada di kawasan zon 5 atau di mana sahaja kawasan berdekatan. Jumpa di dewan sri Libaran, Sandakan pada 30hb Jun 2012. Pendaftaran masuk bermula jam 7:00 pagi.

Jom datang beramai-ramai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 23 Jun 2012

IMG-20120623-00013.jpg

Selamat hari jadi ketua-ketua puteri UMNO bahagian-bahagian FEB - JUN 2012


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 20 Jun 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL SABAH (ZON 5)

Atas sambutan hebat rakan media sosial pada konvensyen media sosial negeri Sabah 17hb mac 2012 di universiti malaysia sabah. Seketeriat media sosial memenuhi permintaan rakan media sosial yang jauh dari kawasan kota kinabalu untuk memulakan jelajah konvensyen media sosial negeri sabah.

Kali ini jelajah bermula zon 5 ( Sandakan, Libaran, Beluran, Kinabatangan dan Batu Sapi) pada

Tarikh : 30hb jun 2012 (sabtu)
Masa : 7.00 pagi (pendaftaran masuk)
Tempat : dewan sri libaran, sandakan
Dirasmikan : Y.A.B Ketua Menteri Sabah
DSP Musa Aman

Rakan media Sosial dijemput menyertai konvensyen media sosial ini. Penyertaan rakan-rakan amat kami harapkan.

Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh hubungi ke talian : 088448778 (Ratini Abdullah) atau

Email : puteriumnosabah@gmail.com
Mediasosial1malaysiasabah@gmail.com

FB : Pergerakan puteri UMNO Sabah.

Pihak seketeriat akan memaklumkan perkembangan konvensyen dari masa ke masa.

Terima kasih

Dg maimunah Sidek
Penyertaan dan pendaftaran
Konvensyen media sosial 1 Malaysia
Sabah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 14 Jun 2012

RENUNGAN KISAH KAUM NABI LUTH

Wahai pejuang kesongsangan di di bumi malaysia. Kembalilah ke jalan yang benar .Ambillah iktibar apa yang berlaku kepada kaum nabi luth

KISAH KAUM NABI LUTH لو ط


Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1). Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum, iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.

Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual. Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya. Maksud ayat-ayat ini:

(165 ) "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;

(166) "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)"!

(167) Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

(168) Nabi Luth berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum. Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:172-173:

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)

(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.


Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah Al-'Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)". Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini(2).

Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-'Ankabut maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya". Inilah untung nasib kesudahan yang tabi'i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.


rujukan

1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2004, m/s:52.

2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Jilid:12, m/s:394.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.