Rabu, 12 Jun 2013

KUNJUNG HORMAT MENTERI KBS SABAH

Kota kinabalu. 10hb Jun 2013. Pergerakan Puteri UMNO Sabah diketuai Puan hajah musliati bersama barisan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian melakukan kunjung hormat YB Datuk Tawfiq Titingan di pejabatnya di Kementerian Belia Dan sukan Negeri Sabah.

Tahniah kepada YB Datuk Tawfiq yang diamanah memegang portfolio Menteri Belia dan suka  Negeri Sabah dari pergerakan Puteri UMNO Sabah.

Rabu, 5 Jun 2013

NURUL IZZAH WAJAR SEDAR: KETUA PUTERI SABAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakutu.

Apabila membaca desakan yang dibuat oleh YB Nurul Izzah dan juga rancangan peguam PKR Sabah ke atas YAB Musa Aman. Saya mewakili rakan ketua-ketua puteri UMNO bahagian di Sabah memandang berat ke atas apa yang berlaku.

Tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menyekat kemasukan YB. Nurul Izzah Anwar ke Sabah adalah satu langkah yang tepat sekali. Harus dingat negeri Sabah cukup menjaga keharmonian perpaduan kaum yang selama ini amat terpelihara dan menjadi wadah perpaduan pelbagai etnik masyarakat Negeri Sabah.

Sudah tentu jika dibenarkan YB. Nurul Izzah memasuki negeri Sabah, beliau akan menggunakan Pesta Kaamataan dijadikan gelangang untuk menghasut rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN Sabah dengan kononnya Pilihanraya ke 13 tidak adil. Persoalannya sekarang ialah YB. Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan pihak pembankang juga memenangi beberapa negeri, jika mereka mengikhtiraf PRU13 tidak adil maka seharusnya mereka dengan terhormat tidak menubuhkan kerajaan negeri di kawasan yang mereka menangi, tetapi indah khabar dari rupa. Saya menyeru kepada YB. Nurul Izzah Anwar agar menghormati aliran demokrasi  pilihan rakyat Sabah sepertimana pihak BN di kawasan beliau menghormati kemenangan beliau.

Sehubungan dengan itu, tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menjaga perpaduan dan keharmonian masayarakat Sabah adalah amat tepat sekali setelah rakyat Sabah menterjemahkan hati nurani mereka melalui undi dalam PRU-13 melalui kemenangan cemerlang BN Sabah dibawa kepimpinan YAB. Ketua Menteri Sabah.

Permintaan YB. Nurul Izzah Anwar supaya YAB. Ketua Menteri Sabah memohon maaf adalah tidak masuk akal kerana amanah rakyat Sabah menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri Sabah untuk beliau perjuangkan supaya keharmonian dan perpaduan masayarakat di negeri Sabah sentiasa dalam keadaan terpelihara dan aman.

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau, Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut. Undang-undang Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'. Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.  Tindakan disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah.  Namun,  mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia,  YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang  tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah. Anggapan  bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik, hanyalah 'tindakan keanakan' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'. Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, YAB Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas, malah tidak menghalang  menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.Sewajarnya mulai sekarang, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang  patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta, bukannya demonstrasi  atau membuat publisiti murahan 

Seharusnya YB Nurul Izzah sedar dengan 'sekatan' berkenaan dan  menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

Saya percaya dengan sokongan padu daripada rakyat Sabah, YAB. Ketua Menteri Sabah akan terus mengotakan janji dalam Manifesto BN untuk rakyat Sabah mendapat faedah yang berterusan.

Hjh Musliati Moslimin
Ketua Puteri UMNO Sabah
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
6hb Jun 2013

Jumaat, 8 Mac 2013

MISI PRIHATIN PUTERI SABAH DI LAHAD DATU

Pergerakan Puteri UMNO Sabah melaksnakan misi prihatin Puteri di  Lahad Datu membantu mangsa insiden berdarah di sana . SLOGAN PUTERI PRIHATIN diaplikasikan sepenuhnya oleh pergerakan Puteri UMNO Sabah . Semoga bantuan ini meringankan kesulitan mangsa.





Effaridun mewakili sahabat ketua puteri lain sendiri menghantar  Bantuan  yang disumbangkan. sebelum ini, usaha prihatin ini sudah dilakukan setiap masa tempoh insiden lahad datu oleh ketua Puteri UMNO Bahagian Silam Mizma Apphedullah.






rombongan misi kemanusiaan ini diberi perlindungan oleh anggota keselamatan yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang bantuan ini diagih-agihkan kepada penduduk yang dilindungi dalam kawasan ditetapkan.



TERIMA KASIH PDRM KERANA BERJUANG UNTUK KEAMANAN NEGARA. TERIMA KASIH ATM KERANA BERJUANG UNTUK KEDAULATAN NEGARA. KAMI TETAP MENYOKONG ATAS NAMA KECINTAAN KEAMANAN DAN KEUTUHAN KEDAULTAN NEGARA.

Jumaat, 23 November 2012

HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA

Ayuh wanita2 muda sekalian, kita gegarkan dewan tun razak 1, pwtc pd 25 nov (ahad) dari jam 8.00am - 6.00pm di HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA 2012. Pelbagai aktiviti dan pameran/jualan menarik bakal berlangsung disana nanti. Jommm!!! Maklumat lanjut - www.wanitamuda.my


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 25 Oktober 2012

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

1.     Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

2.     Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

3.     Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina baru-baru ini.

4.     Pengorbanan Kerajaan Malaysia yang sanggup bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro ini pastinya adalah satu pengorbanan yang amat membanggakan. Komitmen jitu kita dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah Negara menyebabkan kita diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik. Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama yang terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang telah melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini.

5.     Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik."
6.     Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat...

7.     Saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam Malaysia dan di mana jua mereka berada. Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah
 
MALAYSIA NEWS NAJIB RAZAK AIDIL ADHA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 8 Oktober 2012

SELAMAT MENGHADAPI PMR

Bermula hari ini. Seluruh calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan menghadapi ujiannya.

Semoga adik-adik menjawab dengan sempurna dan memberikan jawapan terbaik

All the best! Kami menantikan keputusan lahirnya lagi Pelajar Cemerlang 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 30 September 2012

SEMOGA BERJAYA

Bermula hari ini sehingga 5hb oktober. sekolah-sekolah Agama Rendah negeri Sabah (SAN) yang memeiliki calon peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRU) tahun 6. Dan calon-calon peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU). Di sekolah menengah Agama negeri Sabah tingkatan 4.

All the best anak-anak dan adik-adik.
Jawablah soalan kertas dengan berhati-hati. Berikan tumpuan. Jangan kelam kabut ketika menjawab.

Semoga keputusan kelak semuanya memperolehi keputusan MUMTAZ bagai setiap matapelajaran. Menjadi pelajar Cemerlang dalam pengajian Agama Islam.

Selamat menghadapi Peperiksaan SRU dan SMU 2012.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.