Jumaat, 23 November 2012

HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA

Ayuh wanita2 muda sekalian, kita gegarkan dewan tun razak 1, pwtc pd 25 nov (ahad) dari jam 8.00am - 6.00pm di HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA 2012. Pelbagai aktiviti dan pameran/jualan menarik bakal berlangsung disana nanti. Jommm!!! Maklumat lanjut - www.wanitamuda.my


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 25 Oktober 2012

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

1.     Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

2.     Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

3.     Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina baru-baru ini.

4.     Pengorbanan Kerajaan Malaysia yang sanggup bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro ini pastinya adalah satu pengorbanan yang amat membanggakan. Komitmen jitu kita dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah Negara menyebabkan kita diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik. Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama yang terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang telah melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini.

5.     Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik."
6.     Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat...

7.     Saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam Malaysia dan di mana jua mereka berada. Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah
 
MALAYSIA NEWS NAJIB RAZAK AIDIL ADHA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 8 Oktober 2012

SELAMAT MENGHADAPI PMR

Bermula hari ini. Seluruh calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan menghadapi ujiannya.

Semoga adik-adik menjawab dengan sempurna dan memberikan jawapan terbaik

All the best! Kami menantikan keputusan lahirnya lagi Pelajar Cemerlang 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 30 September 2012

SEMOGA BERJAYA

Bermula hari ini sehingga 5hb oktober. sekolah-sekolah Agama Rendah negeri Sabah (SAN) yang memeiliki calon peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRU) tahun 6. Dan calon-calon peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU). Di sekolah menengah Agama negeri Sabah tingkatan 4.

All the best anak-anak dan adik-adik.
Jawablah soalan kertas dengan berhati-hati. Berikan tumpuan. Jangan kelam kabut ketika menjawab.

Semoga keputusan kelak semuanya memperolehi keputusan MUMTAZ bagai setiap matapelajaran. Menjadi pelajar Cemerlang dalam pengajian Agama Islam.

Selamat menghadapi Peperiksaan SRU dan SMU 2012.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 28 September 2012

BAJET 2013 (MEMAKMURKAN NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT, SEBUAH JANJI DITEPATI)

PEMBERIAN BANTUAN RAKYAT SATU MALAYSIA, BERJUMLAH LIMA RATUS RINGGIT DITERUSKAN UNTUK PUSINGAN KEDUA, DISASARKAN KEPADA ISIRUMAH BERPENDAPATAN BAWAH TIGA RIBU RINGGIT SEBULAN/

IA TURUT DIPERLUASKAN KEPADA INDIVIDU BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS, DENGAN PENDAPATAN KURANG DUA RIBU RINGGIT SEBULAN/

KERAJAAN JUGA MENERUSKAN PEMBERIAN SUBSIDI TERHADAP BAHAN ASAS SEPERTI MINYAK/

SEMENTARA ITU, KERAJAAN JUGA MENGUMUMKAN PENAMBAHAN 57 KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA DI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN, BAGI MEMASTIKAN LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA/

55 RIBU NELAYAN TURUT MENDAPAT INSENTIF APABILA DIBERI ELAUN SARA HIDUP 200 RINGGIT SEBULAN, SELAIN SKIM PERLINDUNGAN INSURANS SEHINGGA SERATUS RIBU RINGGIT/

LAIN-LAIN BANTUAN TERMASUK DISKAUN 50 PERATUS KE ATAS TAMBANG PENUMPANG SERTA KENDERAAN KOMERSIL FERI SARAWAK, LABUAN SABAH.

PERUNTUKAN TERBESAR 38.7 BILION RINGGIT MELIBATKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025, SEPERTI YANG DIUMUMKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN AWAL BULAN INI/ IA MELIPUTI USAHA MENINGKATKAN KEMAHIRAN GURU BAGI SUBJEK BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS/

SEMENTARA ITU, SEJUMLAH 5.4 JUTA PELAJAR DARI TAHUN 1 SEHINGGA TINGKATAN LIMA AKAN MENERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN SERATUS RINGGIT/

MANAKALA 1 PERPULUHAN TIGA JUTA PELAJAR UNIVERSITI DAN TINGKATAN ENAM AKAN MENERIMA BAUCAR BUKU SATU MALAYSIA BERJUMLAH 250 RINGGIT/

SELAIN ITU, KERAJAAN JUGA MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN DISKAUN 20 PERATUS BAGI PENYELESAIAN SEKALI GUS PINJAMAN PERBADANAN PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL, PTPTN, SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2013/

DISKAUN 10 PERATUS SETAHUN JUGA DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG MEMBAYAR PINJAMAN SECARA KONSISTEN

DIBAWAH SPNB DUA SKIM DIPERKENALKAN IAITU RUMAH MESRA RAKYAT..DAN APRTMENT KOS RENDAH DAN SEDERHANA//

GFX1
21 RIBU UNIT RUMAH MESRA RAKYAT AKAN DIBINA DENGAN PEMBERIAN SUBSIDI 20 RIBU UNIT DAN SUBSIDI 2 PERATUS KADAR FAEDAH//

SEMENTARA 22 RIBU 855 UNIT APARTMENT KOS RENDAH DAN SEDERHANA DENGAN HARGA SEUNIT DALAM LINGKUNGAN 120 RIBU RINGGIT KE 220 RIBU RINGGIT SEUNIT//

GFX2
DIBAWAH PRIMA..SISTEM PENGUNDIAN TERBUKA AKAN DIWUJUDKAN BAGI 50 RIBU UNIT RUMAH DENGAN HARGA ANTARA 100 RIBU RINGGIT HINGGA 400 RINBU RINGGIT//

PRIMA JUGA BAKAL MENAWARKAN DANA PEMUDAHCARA PERUMAHAN BERNILAI 500 JUTA RINGGIT DENGAN KERJASAMA PEMAJU PERUMAHAN SWASTA.. BAGI 30 RIBU UNIT DIMANA HARGA SEUNIT RUMAH AKAN MENJADI 20 PERATUS LEBIH RENDAH DIPASARAN//

GFX3
DIBAWAH JABATAN PERUMAHAN NEGARA..KERAJAAN AKAN MEMPERKENALKAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEBANYAK 20 RIBU 454 UNIT DENGAN HARGA SEUNIT 30 RIBU HINGGA 40 RIBU RINGGIT//

GFX 4
KERAJAAN TURUT AKAN MENAMBAHBAIK SKIM RUMAH PERTAMAKU DIMANA HAD PENDAPATAN UNTUK PINJAMAN INDIVIDU DITAMBAH KEPADA 5 RIBU RINGGIT BERBANDING 3 RIBU RINGGIT SEBELUM INI// SEMENTARA HAD PINJAMAN SUAMI ISTERI JUGA DITAMBAH KEPADA 10 RIBU RINGGTI BERBANDING 6 RIBU RINGGIT SEBELUM INI//

GFX 5 NILAI BAGI MAKSIMUM BAGI KELAYAKAN HARTANAH JUGA DITAMBAH KEPADA 400 RIBU RINGGIT BERBANDING 220 RIBU RINGGIT// SELAIN ITU PENGECUALIAN DUTI SETEM SEBANYAK 50 PERATUS AKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2014

BAJET YANG DIUMUMKAN PERDANA MENTERI, MEMFOKUSKAN KEPADA 5 PERKARA ASAS TERMASUK MERANSANG AKTIVITI PELABURAN DAN MENSEJAHTERAKAN RAKYAT.

BAJET INI MENYAKSIKAN PERUNTUKAN SEBANYAK 251 PERPULUHAN 6 BILLION RINGGIT. DARIPADA JUMLAH BERKENAAN 49.7 BILLION RINGGIT AKAN DIGUNAKAN UNTUK PEMBANGUNAN.MASUK GAMBAR SUNGAI KELANGIA AKAN TURUT MEMPERUNTUKKAN LEBIH 3 BILLION RINGGIT BAGI PERLAKSANAAN 12 NKEA.
INI TERMASUK PENGINDAHAN SUNGAI KELANG DAN PENGGANTIAN RANGKAIAN PAIP DAN BAIK PULIH PEMBENTUNGAN.

FOKUS BAJET 2013
1. MERANSANG AKTIVITI PELABURAN
2. MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN
5. MEMBAWA INOVASI, MENINGKAT PRODUKTIVITI
4. KONSOLIDASI FISKAL DAN MEMPERCEKAP PERKHIDMATAN AWAM
5. MENSEJAHTERAKAN RAKYAT.

Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan. Ia melibatkan 50,371 pesara

Rebat RM200 beli Handphone 3G utk belia berumur 21-30thn bpendapatan bawah RM3000

Kerajaan setuju beri bayaran insentif khas dengan kadar RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM berkuatkuasa 1 Januari 2013

Penjawat Awam dapat BONUS! Satu setengah bulan gaji. Dan yg pencen terima RM500 bonus.

Ps: akan dikongsikan lagi info bajet selepas pu3 terima maklumat

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 15 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Tidak lama lagi berakhirnya Bulan Ramadahan. Bulan Penuh berkah dan hadiah kepada smua umat Islam yang sukakan melaksanakan amalan peribadatan

Sempena menjelang Syawal Mulia. Kami Seluruh Warga Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah mengucapkan. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Jumaat, 20 Julai 2012

MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA

PENGUMUMAN PADA RAKAN MEDIA SOSIAL

Salam~Majlis Media Sosial 1Malaysia telahpun diluluskan bernombor pendaftaran~PPM-013-20072012

Bagi pihak Majlis,sahabat-sahabat dialu-alukan untuk turut serta menjadi ahli Majlis ini dengan menghubungi Setiausaha Agung saudara Saiful 0133655339 utk keterangan lanjut~terima kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 13 Julai 2012

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN DI SABAH

Tahniah admin ucapkan kepada seluruh pergerakan puteri UMNO di Sabah yang sudah melaksanakan tanggungjawab mereka bermesyuarat perwakilan peringkat bahagian sepanjang 3 minggu ini. Dan kepada sahabat puteri bahagian lain yang masih membuat persiapan melaksanakan mesyuarat berkenaan, admin ucapkan selamat bersidang.
mesyuarat perwakilan Puteri Ranau
mesyuarat Perwakilan Puteri Tuaran

Mesyuarat Perwakilan Puteri Kota belud

mesyuarat Perwakilan Puteri Kota Kinabalu

Mesyuarat Perwakilan Puteri Papar
mesyuarat Perwakilan Puteri Sipitang


Mesyuarat perwakilan Puteri Batu Sapi

Mesyuarat perwakilan Puteri Libaran

Mesyuarat Perwakilan puteri Kimanis

Gambar-gambar ini yang dapat admin perolehi dari sahabat-sahabat puteri UMNO Bahagian-Bahagian

Selasa, 26 Jun 2012

PERUTUSAN KETUA PUTERI UMNO SABAH SEMPENA PERSIDANGAN PUTERI UMNO 2012




Kata-kata Aluan

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....salam 1Malaysia

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas rahmat dan kurnianya dapat kita sekali lagi berhimpun bersama-sama dalam satu majlis muhibbah dan menjadi wadah perjuangan kepada seluruh perwakilan Puteri UMNO di semua peringkat bahagian..
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua kerana telah berjaya mengadakan persidangan cawangan bagi tahun 2012 dengan lancar dan teratur. Sesungguhnya, persidangan cawangan amat penting bagi kita semua dalam menunaikan tanggungjawab ke arah merealisasikan transformasi parti agar terus relevan dan unggul.
Saya doakan agar mesyuarat perwakilan Puteri UMNO bahagian yang akan berlangsung ini juga akan berjalan dengan lancar dan baik sesuai dengan tatacara mesyuarat dan perlembagaan parti.
Bahang pilihanraya ke-13 semakin  terasa. justeru itu, saya ingin menyeru kepada semua agar memperhebatkan gerakan dan usaha mengenalpasti dan menarik sokongan pengundi terutama pengundi muda. Komitmen yang tinggi daripada semua amatlah diperlukan kerana PRU pada kali ini merupakan PRU yang paling sukar dan paling kritikal yang akan kita hadapi.
Akhir kata, perpaduan dan persefahaman perlulah kita kekalkan untuk parti yang kita kasihi  ini agar kekal menjadi parti yg terbaik selama-lamanya. Mudah-mudahan apa juga agenda untuk perjuangan parti keramat ini akan mendapat restu daripada Allah S.W.T.

sekian, Terimah kasih.

Walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

 salam homat dan selamat bersidang.




PN MUSLIATI MOSLIMIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH

Isnin, 25 Jun 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA SABAH ZON 5

Sahabat rakan FB , twitter, Blogger dan youtube yang berada di kawasan zon 5 atau di mana sahaja kawasan berdekatan. Jumpa di dewan sri Libaran, Sandakan pada 30hb Jun 2012. Pendaftaran masuk bermula jam 7:00 pagi.

Jom datang beramai-ramai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 23 Jun 2012

IMG-20120623-00013.jpg

Selamat hari jadi ketua-ketua puteri UMNO bahagian-bahagian FEB - JUN 2012


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 20 Jun 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL SABAH (ZON 5)

Atas sambutan hebat rakan media sosial pada konvensyen media sosial negeri Sabah 17hb mac 2012 di universiti malaysia sabah. Seketeriat media sosial memenuhi permintaan rakan media sosial yang jauh dari kawasan kota kinabalu untuk memulakan jelajah konvensyen media sosial negeri sabah.

Kali ini jelajah bermula zon 5 ( Sandakan, Libaran, Beluran, Kinabatangan dan Batu Sapi) pada

Tarikh : 30hb jun 2012 (sabtu)
Masa : 7.00 pagi (pendaftaran masuk)
Tempat : dewan sri libaran, sandakan
Dirasmikan : Y.A.B Ketua Menteri Sabah
DSP Musa Aman

Rakan media Sosial dijemput menyertai konvensyen media sosial ini. Penyertaan rakan-rakan amat kami harapkan.

Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh hubungi ke talian : 088448778 (Ratini Abdullah) atau

Email : puteriumnosabah@gmail.com
Mediasosial1malaysiasabah@gmail.com

FB : Pergerakan puteri UMNO Sabah.

Pihak seketeriat akan memaklumkan perkembangan konvensyen dari masa ke masa.

Terima kasih

Dg maimunah Sidek
Penyertaan dan pendaftaran
Konvensyen media sosial 1 Malaysia
Sabah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 14 Jun 2012

RENUNGAN KISAH KAUM NABI LUTH

Wahai pejuang kesongsangan di di bumi malaysia. Kembalilah ke jalan yang benar .Ambillah iktibar apa yang berlaku kepada kaum nabi luth

KISAH KAUM NABI LUTH لو ط


Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1). Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum, iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.

Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual. Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya. Maksud ayat-ayat ini:

(165 ) "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;

(166) "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)"!

(167) Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

(168) Nabi Luth berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum. Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:172-173:

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)

(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.


Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah Al-'Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)". Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini(2).

Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-'Ankabut maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya". Inilah untung nasib kesudahan yang tabi'i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.


rujukan

1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2004, m/s:52.

2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Jilid:12, m/s:394.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 24 Mei 2012

KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH BT ABD. RASHID SHIRLIN, TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KEJADIAN KERACUNAN MAKANAN YANG DISYAKI BERPUNCA DARIPADA PENGAMBILAN SUSU UHT BERJENAMA MAT PINTAR DI BAWAH PROGRAM SUSU KERAJAAN NEGERI SABAH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar
Borneo Post bertarikh 20 Mei 2012 mengenai kejadian keracunan makanan
di SJK (C) Lok Yuk pada 18 Mei 2012. Berita tersebut melaporkan sejumlah 44 orang pelajar dari SJK(C) Lok Yuk di Menggatal, Sabah telah dilaporkan mengalami simptom sakit perut selepas minum susu coklat sewaktu rehat.

Kejadian ini disyaki berpunca daripada pengambilan susu UHT berjenama Mat Pintar yang diedarkan di bawah program susu kerajaan negeri Sabah. KKM sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian keracunan makanan di SRJK(C) Lok Yuk, Menggatal, Sabah. Sampel telah diambil untuk analisis. Sebagai langkah pencegahan, KKM telah melak semua baki stok susu UHT di sekolah tersebut.

Sementara itu, bagi kejadian di SK St Francis Convent, Kota Kinabalu yang melibatkan 8 orang pelajar, siasatan sedang dijalankan dan sampel susu UHT berjenama Mat Pintar telah diambil bagi analisis. KKM telah melak semua baki stok susu UHT di sekolah tersebut.

Sehubungan ini, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu telah dimaklumkan supaya susu UHT tidak diedarkan kepada pelajar di sekolah-sekolah terbabit di sekitar Kota Kinabalu buat sementara waktu.


YB DATUK ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

25 Mei 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HBN2012 : MESEJ PERPADUAN : SIMBOLIK HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini.

Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.

Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung.

Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.

"Saya dapat  rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya.

Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.

Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain.

"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini.

"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya.

Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia.

"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.

#seketeriat himpunan jutaan belia 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MUZAKARAH HANYA PERMAINAN POLITIK PAS : ROSNAH

Kuala Lumpur, 23 Mei- Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang menolak spekulasi cadangan muzakarah antara UMNO dan PAS dan mengaitkan bahawa ini adalah permainan politik UMNO menggambarkan ada pihak-pihak yang tertentu yang mengawal tindak-tanduk parti itu.

Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin berkata, ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin parti ini mungkin bertuankan dengan pihak yang lain di luar daripada PAS dan mempunyai agenda politik yang peribadi.

"Sebenarnya, Presiden PAS tersebut tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak cadangan muzakarah tersebut yang dicadangkan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini.  Di kalangan para pemimpin PAS itu sendiri ada yang menolak cadangan muzakarah tersebut.

Oleh itu, jelas kecelaruan pendapat di kalangan para pemimpin parti ini. Walau bagaimanapun, Mursyidul Am PAS itu pula telah menerapkan tiga syarat kepada UMNO sebelum mengadakan muzakarah ini. Tetapi, yang nyatanya para pemimpin PAS itu sendiri perlu bermuzakarah sesama mereka untuk mencapai sepakat bahawa muzakarah dengan UMNO dapat direalisasikan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pergerakan Puteri UMNO menggesa supaya segala kekeliruan terutamanya di kalangan pemimpin PAS ini dapat diselesaikan dan muzakarah antara UMNO dan PAS dapat diadakan. Muzakarah yang hendak dilakukan harus mengenepikan segala fahaman politik mana-mana parti demi kesarwajagatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Jika mana-mana pihak terus menerus memberikan alasan dan dolak-dalik dalam usaha untuk mencapai kesepakatan, bangsa Melayu akan terus rugi dan berpecah dan pihak-pihak lain yang berkepentingan peribadi pasti akan mengambil kesempatan atas kelemahan ini.

Sewajarnya, harapan Puteri UMNO ialah agar muzakarah yang hendak dilakukan dapat membantu menyelesaikan belenggu masalah-masalah yang membabitkan umat Islam di negara ini. Yang paling penting bahawa niat yang ikhlas perlu ada bagi memastikan muzakarah yang hendak dilakukan mencapai matlamatnya," tambahnya lagi.

Sumber: malaysianview portal

 



Sent from Samsung Galaxy Note

Ahad, 20 Mei 2012

PELANCARAN BN PILIHAN ORANG MUDA LENSA PUTERI

PELANCARAN BN PILIHAN ORANG MUDA OLEH YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN, KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH DI DEWAN MASYARAKAT TAWAU PADA 18HB MEI 2012
PC selepas majlis pelancaran BN PILIHAN ORANG MUDA Sabah

Semangat ketua-ketua puteri UMNO Bahagian

Mengambil aura sokongan puteri dan pemuda

kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang turut serta


Ketua puteri UMNO bahagian mengebarkan bendera BN

Gelombang pink dan biru menambah semangat

ketibaan YAB DSP Musa Aman ketua Menteri Sabah dalam majlis

Lagu GEMURUH menambah semangat yang hadir

Jawatankuasa pemuda Sabah menanti di luar dewan Tawau
Penyambut tetamu kebudayaan yang setia menanti
ketibaan Tetamu dinanti. YAB Ketua menteri Sabah DSP Musa aman
Gelombang Pink dan biru. malahan puteri tak menolak menyarungkan juga baju biru sebagai sokongan BN
ketua-ketua puteri UMNO Bahagian menanti di atas pentas

 

Sabtu, 19 Mei 2012

PROGRAM AYUK SIHAT PUTERI SABAH

PROGRAM AYUK SIHAT PERGERAKAN PUTERI UMNO SABAH DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA. LOKASI: DEWAN MASYARAKAT TAWAU PADA 18HB MEI 2012. DIRASMIKAN OLEH: YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA.

Ketua Puteri bahagian : Inahwati Jaini (tenom), Norhafizah Muhaimin (pensiangan), Saridah DSP Mohd Dun (Beaufort), Suriati Adam (Papar) dan Latifah Tahir (Batu Sapi)

Rombongan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu
Ketibaan YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin disambut oleh ahli puteri yang hadir
Gelombang Pink yang memberi semangat, memenuhi dewan

Nazliah Ali (Tawau), Ratini Abdullah (SUK Puteri Negeri) dan Juliana (Staf Puteri sabah)
Pn Hjh Musliati Muslimin Ketua Puteri UMNO Sabah memberi ucapan alu-aluan
Duduk dan berposing sambil mendengar ucapan
YB Dtk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberi ucapan perasmian
Memberi sumbangan kepada kanak-kanak KZM yang dipilih melalui senarai klinik kawasan Tawau
Juara pertandingan masakan yang dianjurkan sebelum ini
Antara Puteri Tuaran yang turut hadir dalam program
Nazliah Ali menyampaikan cenderakenangan
Bunga-bunga matahari, cenderamata dari Puteri Tawau
Jambangan Bunga mawar merah jambu dari Puteri Kalabakan yang disampaikan oleh Noraini Abd Ghaffur
Acara Memotong kek sempena sambutan hari ibu yang diraih bersama ketua wanita UMNO Tawau
Ketua puteri bahagian : Effaridun Ismail (Tuaran), Redona Bahanda (Marudu), Siti Haibah Majid (Sandakan) dan Mizma Appedullah (Silam)
Mengabdikan kenangan  bersama Ketua puteri UMNO Malaysia : Inahwaty Jaini (Tenom), Suriati Adam (papar) dan Nordiana Shafie (Ketua penerangan Puteri UMNO Malaysia)
Gadis dan bunga tak boleh dipisahkan.
PC bersama media yang hadir dalam program

sumber : Dg Maimunah Sidek (ketua puteri Sipitang)
CT Team Puteri