Rabu, 29 Disember 2010

Salam Malaysia BOLEH!

xperlawanan akan bermula tidak lama lagi. Macam-macam slogan digunapakai oleh hampir seluruh lapisan masyarakat  tisak kira juga apa aliran perjuangan. Semua melambangkan sorakan untuk kremenangan  pasukan yang mewakili negara tercinta.Satu fsuasana yang sedar atau tak sedar, semua boleh duduk bersama , tiada perdebatan parti. semua 1 keinginan, Malaysia menang. 

Isnin, 27 Disember 2010

SENARAI PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

27.12.2010. (Isnin)
Setiausaha Agong Datuk Seri Tengku Adnan umum perlantikan semula Pengerusi Perhubungan Dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri-negeri yang melibatkan 13 buah negeri, yang berkuatkuasa 1hb Jan 2011.

1. Perlis : Pengerusi : YAB Dato' Seri Dr Mohd Isa Bin Sabu . Timb Pengerusi : YB Dato' Seri Shahidan Kassim
2. Kedah : Pengerusi : YB Bato' Paduka Ahmad Basha Md Hanipah. Timb Pengerusi : YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir
3. Kelantan : Pengerusi : YB Dato' Sri Mustapa Mohamed. Timb. Pengerusi: YB Sen. Dato' Dr Awang Adek Hussin
4. Terengganu : Pengerusi : YAB Dato' Seri Ahmad Said. Timb. Pengerusi : YB Yahya Khatib Mohamad
5. Pulau Pinang : Pengerusi : YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Osman. Timb. Pengerusi : YB Sen. Datuk Hj Musa Hj Sheikh Fadzir.
6. Perak: Pengerusi : YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd kadir. Timb Pengerusi : YB Dato' Seri Hj Ahmad Husni Hanadzlah
7. Pahang: Pengerusi: YAB Dato' Sri Adnan Yaakob. Timb. Pengerusi: YB Dato' Hj Mohd Sharkar Shamsudin
8. Selangor : Pengerusi: YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak. Timb Pengerusi: YB Dato' Seri Noh Omar
9. W. Persekutuan : YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin. Timb Pengerusi: YB Sen. Datuk Raja Nong Chik Dato' Raja Zainal Abidin
10. Negeri Sembilan : YAB Dato' Seri Utama Mohamad Hassan., Timb. Pengerusi : YB Dato' Shaziman Hj Abu Mansor
11. Melaka : Pengerusi: YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam . Timb. pengerusi ; YB Datuk Wira Abu Seman Yusop
12. Johor : Pengerusi : YAB Dato' Hj Abdul Ghani Othman. Timb. Pengerusi: YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad
13. Sabah : Pengerusi ; YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman. Timb. Pengerusi : YBhg Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said

Pergerakan Puteri UMNO Sabah Merakamkan ucapan Tahniah kepada YAB Datuk Seri Panglima Hj Musa Aman atas perlantikan tersebut.

Jumaat, 24 Disember 2010

PENINGKATAN KEPUTUSAN PMR SABAH MEMBERANGSANGKAN

PMR menunjukkan peningkatan untuk 4 matapelajaran teras yang mana 96.6% lulus dalam Bahasa Melayu dengan peningkatan sebanyak 0.51%, 67.2% untuk Bahasa Inggeris dengan peningkatan 3.88%, 89.9% lulus untuk Matematik dengan peningkatan 3.44% dan 94.7% Sains dengan peningkatan 0.07%. Menut pengumuman Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Haji Muhiddin Yasin pencapaian dengan peningkatan sebanyak 0.75% berbanding keputusan PMR 2009.

SM Sains Lahad Datu mencatat pelajar yang paling ramai memperolehi 8A dengan 67 orang pelajar diikuti SM Sains Kota Kinabalu seramai 49 orang. Kedua sekolah ini merekodkan lulus 100% . 6 buah sekolah memperolehi sekolah terbaik Gred Putara Sekolah (GPS) SM Sains Lahad Datu 1.08, SM Sains Kota Kinabalu 1.15, SM Agama Kota Kinabalu 1.57, SMK Agama Inanam 1.7, SMK Tawau 1.95 dan SM St Micheal Penampang 1.95.

Pergerakan Puteri UMNO Sabah Mengucapkan TAHNIAH kepada seluruh calon PMR yang lulus pada tahun ini.

Rabu, 22 Disember 2010

JOM MASUK KAMPUNG PUTERI UMNO PENAMPANG

22 warga emas, ibu tunggal terima bantuan KrismasPenampang : 23 Dec 2010Kira-kira 22 orang warga emas dan ibu-ibu tunggal dari sekitar Kampung Kandazon, Pernampang semalam menerima sumbangan daripada Puteri UMNO Penampang bersama Puteri UMNO Sabah sempena Program Jom Masuk Kampung,Program tersebut disertai Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin, exco Puteri UMNO Malaysia, Dg Maimunah Sidek yang juga Ketua Puteri UMNO Sipitang, Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO Kudat, Normala Rascik, dan disertai ahli-ahli Puteri UMNO Penampang, ketua-ketua cawangan Puteri dan para penerima bantuan.




































Program Jom Masuk Kampung merupakan program kemasyarakatan dan kebajikan untuk ahli-ahli Puteri mendekati rakyat di akart umbi umbi. Program Jom Masuk Kampung di Kampung Kandazon merupakan anjuran Puteri UMNO Negeri dengan Puteri UMNO Bahagian Penampang. Sumbangan yang diberikan berupa hamper sempena Hari Krismas.


Menurut Musliati program kemasyarakatan tersebut merupakan program utama Puteri UMNO untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi“Saya sering menekan kepada pemimpin Puteri UMNO perlu kembali kepada politik fundamental jika mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti pemerintah iaitu kerajaan Barisan Nasional melalui konsep turun padang setiap program,” katanya.Tegas Musliati jika pemimpin dulu dahulu sanggup turun padang bertemu rakyat sehingga ke kawasan pedalaman, mengapa Puteri UMNO sebagai sayap bungsu tidak mengikuti jejak langkah tersebut.
“Kita sebagai pemimpin Puteri di peringkat bahagian mestilah sentiasa bersama rakyat. Kita perlu mendekati rakyat melalui pelbagai program pada setiap hujung minggu seperti Program Merentas Lautan menghulur sumbangan,” jelasnya.
Selain Program Jom Masuk Kampung, Puteri UMNO juga sedang mempergiatkan program penambahan keahlian merupakan salah satu agenda penting kepada Puteri UMNO dan matlamatnya bukan sekadar untuk menambah angka-angka baru tetapi menambah pemimpin-pemimpin pelapis muda untuk parti.














Beliau berkata Puteri UMNO tidak boleh memandang remeh dengan program penambahan keahlian ini dan kita tidak boleh terlepas pandang untuk menarik ahli-ahli meski pun hanya seorang.Beliau berkata masih terdapat golongan muda yang belum mendaftar sebagai ahli Puteri dan diharapkan dengan kempen-kempen keahlian itu lebih ramai penyertaan dapat dikumpulkan.

Tambahnya Puteri UMNO tidak mahu golongan wanita muda ini ketinggalan daripada mengikuti dan menyertai pelbagai program yang dilaksanakan oleh pergerakan dan diharapkan dengan menjadi ahli mereka akan lebih terdedah dengan aktiviti-aktiviti semasa sama ada dalam bentuk sosial dan ekonomi.Jelasnya, Puteri UMNO kehilangan ramai tenaga penggerak berwibawa yang selama ini dididik, diasuh dan dipersiapkan dengan kemahiran kepimpinan sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat.



Rabu, 13 Oktober 2010

Puteri UMNO Sabah sasar kutipan jualan lelong RM12,500 ribu

PERGERAKAN Puteri UMNO Sabah menyasarkan hasil kutipan amal jualan lelong pakaian sebanyak RM12,500 di seluruh negeri Sabah. Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin berkata jualan lelong berjalan serentak pada hari ini ini di 25 Puteri UMNO bahagian untuk mengumpulkan dana Tabung Prihatin Puteri UMNO Malaysia bagi membantu mangsa bencana di Pakistan. Beliau berkata setiap Puteri UMNO bahagian akan mengutip paling minima sebanyak RM500 dan itu bergantung kepada hasil lelongan jualan pakaian-pakaian terpakai tersebut. “Hasil kutipan akan diserahkan kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO Maloaysia 20 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur,” jelas Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pasar Mimggu Jalan Gaya di sini pagi tadi. Turut hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmi Sarinoh dan ahli-ahli jawatankusa Puteri UMNO Kota Kinabalu.

Menurut Musliati untuk Puteri UMNO Kota Kinabalu kebanyakkan barangan yang dilelong adalah sumbangan daripada ahli-ahli UMNO termasuk ahli Puteri UMNO Kota Kinabalu. “Sekiranya program amal ini berjalan lancar, Puteri UMNO akan mengadakannya secara berterusan.

Sementara itu Musliati menambah untuk pilihan raya kecil di Dun Galas, Puteri UMNO Sabah akan bergerak ke Dun Galas pada 25 Oktober hingga 4 November. “Seramai 10 Ketua Puteri UMNO bahagian termasuk ahli-ahli Puteri UMNO terbabit pada pilihan raya tersebut. Memandangkan pilihan raya kecil berlangsung selepas perhimpunan agung UMNO kemungkinan lebih ramai jentera Puteri UMNO akan diturun ke Dun Galas untuk membantu jentera Puteri UMNO Malaysia dan Barisan Nasional.

Puteri UMNO Sabah akan menjaga Daerah Mengundi Sungai Terah di mana terdapat 1,890 pengundi Melayu yang bermula 25 Okt hingga 5 Nov akan berada di PRK Dun Galas diketuai Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin serta ketua-ketua Puteri dan ahli Puteri UMNO yang lain seramai 10 orang.

Khamis, 30 September 2010

Kempen Mengumpul Pakaian & Jualan Lelong Bagi Tabung Bencana Pakistan

Bencana Banjir yang melanda Pakistan, yang terburuk sejak 100 tahun lalu benar-benar merintih perhatian dan bantuan masyarakat sejagat. Mangsa terkorban, hanyut dan mati sudah semakin meningkat mencecah ribuan orang. Meskipun mangsa telah dipindahkan ke tempat penempatan sementara yang lebih selamat namun, keadaan masih tidak boleh terjamin selamat memandangkan keadaan kian teruk dengan ketiadaan bekalan air bersih, tempat tinggal, makanan dan semua ini akhirnya akan membawa wabak penyakit. Keadaan banjir ini dijangka akan menjadi lebih teruk menjelang musim sejuk tidak lama lagi….Dikhabarkan, sudah banyak NGO menghulurkan dana dan bantuan termasuk dari Negara kita, namun tidak semua kawasan yang dilanda banjir dalam dikunjungi.

Sudah tiba masanya, Puteri UMNO Sabah meluaskan langkah ke Negara luar mengutip pengalaman membantu saudara yang memerlukan di sana... Sempena Kempen Mengumpul Pakaian dan Jualan Lelong bagi mengisi Tabung Bencana Paksitan, Puteri UMNO Sabah akan mengadakan kempen dan pengisian di semua peringkat Parlimen dan Bahagian di seluruh Sabah. Acara ini bermula serentak pada 10 Oktober ini dan melibatkan semua Puteri UMNO di 25 Parlimen.

Kepada mereka yang ingin membantu, menderma atau memberi pakaian kepada mangsa yang memerlukan ini bolehlah menemui Puteri UMNO di Bahagian anda pada tarikh berkenaan atau berhubung terus kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian masing-masing.

Sebarang pertanyaan dan maklumat, bolehlah menghubungi Puan Efaridun Datuk Haji Ismail. Semoga usaha murni ini mendapat meringankan beban mangsa banjir di Pakistan dan menyucikan hati sesiapa yang menderma… terima kasih

Ahad, 19 September 2010

Puteri Umno Sabah Lancar Bilik Gerakan

PELANCARAN Bilik Gerakan Pilihanraya Puteri Umno Sabah telah disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Pejabat Puteri UMNO Negeri Sabah pada 29 Ogos lepas. Majlis itu turut disaksikan oleh Naib Ketua PUteri UMNO Negeri Sabah, Zakiah Kalipunya, Penolong Setiausaha, Aziah Atoh, Penolong BEndahari, Effaridun Ismail, Ketua Penerangan, NAzliah Ali serta Ketua-ketua Puteri UMNO Bahagian.

Ahad, 12 September 2010

Program Sinar Ramadan Puteri UMNO Sabah

BERTEMPAT di Beverly Hotel, Kota Kinabalu pada 30 Ogos yang lepas, Puteri UMNO Sabah dengan kerjasama Puteri UMNO Malaysia telah mengadakan Program Sinar Ramadan bersama golongan yang memerlukan. Turut hadir dalam program berkenaan, Exco Puteri UMNO Malaysia, Siti Zawyah Zainuddiin yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Khidmat Sosial Puteri UMNO Malaysia, Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya, Exco Puteri UMNO Malaysia, Dayang Maimunah Sidek, Penolong Sertiausaha Pusat Zakat Sabah, Dahlan Marali, Penolong Setiausaha Puteri, Aziah Atoh, Penolong Bendahari Puteri, Effaridun Datuk Ismail, Ketua Penerangan Puteri, Nazliah Ali, ketua-ketua Puteri UMNO bahagian serta 20 ibu-ibu tunggal dan pertubuhan bukan kerajaan. Dalam majlis 20 ibu tunggal menerima satu kampit beras sumbangan bernas dan wang tunai sempena bulan Ramadan. Ibu-ibu tunggal itu daripada kawasan Papar hingga bandar raya Kota Kinabalu. Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sebagai ibu tunggal bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk membesar anak-anak dan menerusk kehidupan. Beliau berkata golongan ini perlu mempunyai semangat yang tinggi dan jangan berputus asa untuk mencari rezeki yang halal. Golongan ibu tunggal dinasihatkan supaya merenut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan sama ada dalam sektor pekerjaan, perkhidmatan dan melalui aktiviti-aktiviti sosioekonomi. "Kerjaan melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai program dan geran peruntukan bagi memulakan perniagaan. "Latihan untuk ibu tunggal bagi memperkasakan tahap kewangan dan ekonomi ada disediakan. Saya minta golongan ini dapat merujuk kepada agensi-agensi kerajaan untuk mendapat khidmat panduan dan nasihat," ujarnya. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menyarankan Puteri UMNO Sabah dapat membantu menyalurkan kepada saluran tertentu untuk membantu ibu-ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Beliau berharap usaha ini akan diteruskan dan menjadi aktiviti rutin Puteri UMNO Sabah untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Sehubungan itu, Rosnah berharap Program Jelajah Ramadan yang bakal dianjurkan setiap negeri-negeri dapat diberi sambutan dan diteruskan di setiap bahagian-bahagian mahupun dicawangan dengan memperluaskan golongan yang memerlukan bantuan. "Lebih banyak program untuk mendekati dan membantu rakyat lebih banyak usaha dapat kita salurkan dan ini memberi satu platform kepada ahli-ahli Puteri UMNO untuk melaksanakan lebih bermanfaat," tegas Rosnah. Teks beliau dibacakan oleh Exco Puteri UMNO Malaysia, Siti Zawyah Zainuddin.

Khamis, 22 Julai 2010

SALAM TAKZIAH

Seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah mengucapkan takziah kepada Allahyarhamah Mariatul Antony, Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Beluran pada pagi 22 Julai 2010. Semoga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Al-Fatihah, Amin.

Selasa, 20 Julai 2010

Kaamatan dirai dengan pelbagai kaum tanda keunikkan orang Sabah : Rosnah



KOTA KINABALU: Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Pesta Kaamatan bukan sahaja diiktiraf oleh Kerajaan dan diraikan oleh kaum KadazanDusun tetapi perayaan ini diraikan oleh kaum-kaum lain di negara ini.
Beliau Timbalan Menteri Kesihatan berkata perayaan ini juga menjadi platform untuk sanak saudara dan keluarga berkumpul untuk beramah mesra dan juga mengeratkan lagi silaturahim serta membuktikan keunikan masyarakat di Sabah
Tambahnya nilai-nilai kesatuan dalam begitu terserlah dalam kalangan kita, sehinggakan Perdana Menteri sendiri telah mengiktiraf kita di negeri Sabah sebagai contoh terbaik bagi kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu dalam suasana penuh harmoni.
Katanya semua masyarakat sama ada sebagai pemimpin, penjawat awam, ahli parti dan rakyat keseluruhannya mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi memastikan negeri Sabahterus kukuh, stabil dan makmur.

“Ini amat penting bagi membolehkan kita menjayakan pelbagai rancangan dan agenda pembangunan terutama di kawasan luar bandar dengan lebih berkesan dan menyeluruh untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan kita bersama.,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Hari Guru, Hari Belia dan Hari Jururawat 2010 di Dewan SMK Limbanak Penampang di sini hari ini. Program merupakan anjuran bersama Puteri UMNO Malaysia dan Puteri UMNO Sabah.
Turut hadir sama Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslini dan ketua-ketua Puteri UMNO bahagian.

Rosnah yang juga Ketua Puteri UMNO Malaysia turut menasihati golongan belia yang merupakan sebagai tulang belakang masa depan negara agar sentiasa lengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini yang mampu memajukan diri ke hadapan.
Jelasnya, belia hari ini haruslah mencari erti jati diri dan belajar menghargai generasi terdahulu dan sejarah agar hidup dalam panduan yang lebih terarah dan berpaksikan kepada nilai Negara Malaysia yang kita cintai.
Rosnah juga berharap para Guru dan Jururawat sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan depan yang lebih mencabar terutamanya dalam era digital dan globalisasi.
“Saya yakin dan percaya, kita semua pernah melalui zaman muda belia, semua pernah ke sekolah dan ada juga yang sakit dan pernah dirawat di klinik dan hospital.
“Dalam apa jua keadaan, samada kita sebagai pelajar, sebagai pesakit mahupun sebagai anggota masyarakat, kita sentiasalah cuba memahami dan menyelami peranan masing-masing agar kita hidup dengan lebih selesa, harmoni dan bahagia bersama,” tambah beliau lagi.
Dalam majlis itu turut diadakan pertandingan Little Unduk Ngadau dan persembahan kebudayaan.

Pelancaran Kempen Keahlian "Puteri UMNO Pilihanku"

PADA Mac 2010, Puteri UMNO Sabah telah melancarkan Tagline dan Poster Kempen Keahlian "Puteri UMNO Pilihanku" di Dewan Masyarakat Semporna.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Ramlee Marhaban dan turut disertai Puan Hajah Mosliati Muslimin. Pelancaran tersebut anjuran Biro Keahlian Puteri UMNO Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Puteri UMNO Bahagian.











Skuad Bencana Alam

Rancakkan Usaha Membantu Rakyat
Skuad Bencana Alam merupakan program utama PUTERI UMNO SABAH untuk mendekati rakyat di setiap peringkat akar umbi. Ia juga antara lain membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa dalam bencana alam yang berlaku, seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.

Dalam misi berkenaan, Skuad Bencana Alam PUTERI UMNO SABAH ke Kota Belud, Kota Marudu, dan Kudat dan Kinabatangan pada awal tahun ini.

Antara yang turut serta, Puan Hajah Musliati Moslimin, Puan Effaridun Ismail, Puan Redonah Bahada dan Puan Normalah Rasik.




Puteri Singgah Berbakti Di Kota Koboi

SELESAI menjelajah ke timur Sabah, Puteri UMNO Sabah meneruskan misi ‘Jom Masuk Kampung’ ke Pantai Barat Utara, Kampung Kuala Abai, Kota Belud. Diberi jolokan ‘Koboi Town’, daerah ini terletak kira-kira 70 kilometer dari pusat Bandar Kota Kinabalu dan memakan masa perjalanan menggunakan kira-kira sejam. Pemandangan tanah bendang menghijau saat tiba di persimpangan Kota Belud-Kudat, memberi ketenangan buat rombongan kali ini. Kota Belud, berasal daripada bahasa Bajau iaitu majority penduduk di daerah ini iaitu ‘Kota’ yang bermaksud kubu pertahanan manakala ‘belud’ pula bermaksud bukit. Justeru, Kota Belud diertikan sebagai ‘Kubu Pertahanan Di Atas Bukit’. Teringat pula pada hidangan enak Ikan Masin Liking dan Jus limau kasturi yang menyelerakan di Restoran Mayang Sari, yang terletak di atas bukit berhampiran Taman Tun Said. Satu tempat makan yang berlatarbelakangkan pemandangan seluruh Bandar Kota Belud. Rombongan ‘Jom Masuk Kampung’ yang diketuai oleh Puan Hajah Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah diteruskan, bersama Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong, Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda serta ahli-ahli Puteri UMNO Kota Belud. Suasana damai menghijau dibalik teratak rumah kampung, udara segar menusuk hidung, jauh dari hiruk pikuk kota, rombongan Puteri singgah bertanya khabar menghilang letih sambil meneruskan misi destinasi ke sebuah kampung. Di sebuah teratak, mungkin kelihatan kediaman mereka terlalu usang untuk didiami oleh sebuah keluarga yang ramai. Namun, itulah syurga mereka sekeluaga. Keluarga Zainah Dung, wanita tabah mempunyai 7 orang dan salah seorang anaknya disahkan Orang Kurang Upaya (Bertutur). Membesarkan anak tanpa suami di sini bukanlah satu tugas yang mudah. Tambah-tambah dalam kedaifan yang ditanggung keluarga ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Kami terharu melihat ketabahan ibu tunggal ini, melalui saat pahit dan manis bersama anak-anaknya. Destinasi Jom Masuk Kampung diteruskan ke Kampung Lingkodon yang berada dalam DUN Usukan. Menjejak insan yang memerlukan dan menghulur apa yang kurang, memberi apa yang termampu. Dalam pada itu Musliati berkata, usahlah berasa malu memiliki anak sedemikian rupa malah terimalah dengan hati yang terbuka kerana ada hikmah disebaliknya. Malah, beliau menyeru ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak istimewa agar menghantar mereka ke PPDK bagi membolehkan kanak-kanak terlibat mengikuti program asas seperti pembelajaran dan program bantu diri.

Fiesta Tarian Kreatif Melayu julang budaya

BUAT julung kalinya, Biro Kebudayaan Pergerakan Puteri UMNO Sabah menganjurkan Fiesta Tarian Kreatif Melayu pada 15 Februari 2010 di Shangri-La Tanjung Aru. Program yang dipengerusikan oleh Puan Normala, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Turut hadir Puan Hajah Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri sabah, Datuk Nasrun dan YB Datuk Bolkiah.
Antara lain program berkenaan adalah untuk menarik minat golongan wanita muda di bawah umur 35 tahun yang menyertai program-program yang dianjurkan. Ia juga bertujuan untuk menambah keahlian di setiap Bahagian sebagai ahli puteri UMNO. Program ini juga mampu memartabatkan budaya melayu dan bumiputera terutama orang wanita muda. Program itu menyaksikan pertandingan tarian kreatif dan fesyen kebaya dan Kumpulan Tarian dari Kota Kinabalu dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan itu manakala peserta daripada Tuaran muncul Johan dalam pertandiangan fesyen Ratu Kebaya.