Memaparkan catatan dengan label ziarah kasih puteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ziarah kasih puteri. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mac 2013

MISI PRIHATIN PUTERI SABAH DI LAHAD DATU

Pergerakan Puteri UMNO Sabah melaksnakan misi prihatin Puteri di  Lahad Datu membantu mangsa insiden berdarah di sana . SLOGAN PUTERI PRIHATIN diaplikasikan sepenuhnya oleh pergerakan Puteri UMNO Sabah . Semoga bantuan ini meringankan kesulitan mangsa.





Effaridun mewakili sahabat ketua puteri lain sendiri menghantar  Bantuan  yang disumbangkan. sebelum ini, usaha prihatin ini sudah dilakukan setiap masa tempoh insiden lahad datu oleh ketua Puteri UMNO Bahagian Silam Mizma Apphedullah.






rombongan misi kemanusiaan ini diberi perlindungan oleh anggota keselamatan yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang bantuan ini diagih-agihkan kepada penduduk yang dilindungi dalam kawasan ditetapkan.



TERIMA KASIH PDRM KERANA BERJUANG UNTUK KEAMANAN NEGARA. TERIMA KASIH ATM KERANA BERJUANG UNTUK KEDAULATAN NEGARA. KAMI TETAP MENYOKONG ATAS NAMA KECINTAAN KEAMANAN DAN KEUTUHAN KEDAULTAN NEGARA.

Sabtu, 27 Ogos 2011

ZIARAH KASIH PUTERI SIPITANG IV DI KG LUMADAN

Sipitang: 27hb Ogos 2011. Tidak digambar ketika menerima kunjungan mengejut oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang yang diketuai sendiri ketua Puteri Bahagian Dg  Maimunah Sidek bersama Ahli Jawatankuasanya serta diiringi oleh AJK UMNO Bahagian yang merupakan Ketua Zon Lumadan En Muanam Mujiarto ke beberap buah rumah yang telah diputuskan semasa melakukan pemilihan penerima.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang berbincang seketika dengan tuan rumah bersama AJK UMNO Bahagian, En Muanam Mujiarto
Nenek ini hanya keluar dari rumah apabila mendapatkan rawatan di pusat kesihatan.  Walaupun dalam keadaan uzur, ia masih ingin melayan kunjungn rombongan Puteri UMNO bahagin ke rumahnya.
En Muanam sempat mengusik nenek ini ketika menyerahkan barang makanan diperhatikan oleh ketua Puteri UMNO bahagian Sipitang.  Merapatkan lagi kemesraan sesama saudara Islam.

WALAU TERPAKSA REDAH LUMPUR, ZIARAH KASIH III PUTERI SIPITANG TETAP DITERUSKAN

Sipitang 26hb Ogos 2011. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian sipitang melaksanakan sekali lagi Ziarah Ramadan sesi III. Kali ini ziarah fifokuskan kawasan Kg Pelakat, Kg Mesapol dan kg Weston. Kebetulan ketika itu, kg Pelakat dan Kg Mesapol baru sahaja mengalami banjir sehingga keadaan beberapa rumah yang hendak dikunjungi terpaksa diredah dengan halaman dan dalam rumah disaluti lumpur .

Keadaan berlumpur yang agak dalam selepas banjir di Kg Pelakat membuatkan penerima tidak membenarkan Ketua puteri Bahagian turun dari track keretanya. penerima meminta biar dia sahaja mendekati. Apa lagi keadaan rumahnya yang masih disaluti banjir lumpur

Ketua Puteri UMNO Bahagian Dg Maimunah bersama Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO tidak menhiraukan keadaan tersebut, dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda meredah lumpur  untuk sampai ke lokasi yang telah ditetapkan. kehadiran mereka disambut dengan kesyukuran oleh seorang ibu tunggal.
Walaupun mereka penerima sumbangan Pergerakan puteri Sipitang, tidak bermakna mereka tidak boleh dihormati sebagai seorang yang jauh usia. ketua pergerakan mencium tangan si ibu penerima sebagai menzahir penghormatnnya dan kasih sayangnya.
Nenek ini mempunyai masalah pendengaran. Bersama AJK UMNO Bahagian, en Ismail Hj ambar, Ketua puteri seketika berbual-bual dengannya.
Bersama Ketua kampung, menziarahi ibu tunggal di kg Hulu Weston.

PUTERI SEMPORNA BANTU 12 KELUARGA KURANG MAMPU


Semporna : 27 Ogos 2011. Program Ziarah Ramadan anjuran Puteri UMNO Bahagian Semporna adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan selain mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan memesongkan akidah mereka khususnya umat Islam.

Ketua Puterinya, Zakiah Kalipunya berkata, program itu diharap mampu membantu golongan tersebut dengan pelbagai cara selain meringankan beban mereka.

"Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk keperluan harian dan duit raya supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri dalam suasana ceria," katanya selepas Program Ziarah Kasih Ramadan dibeberapa buah kampung di Semporna kelmarin.

Sebanyak 12 keluarga terdiri golongan kurang bernasib baik seperti warga emas menerima bantuan daripada sayap Puteri UMNO Semporna itu, dari sekitar Kampung Seloka 4, Kg. Bugaya, Kg. Senallang Laut, Kg. Keramat, Kg. Bubul, Kg. Simunul Ice Box, Kg. Kabogan, Kg. Batu Hilas, Kg. Sri Jaya, Kg. Pababag, Kg. Perigi dan Kampung Bubul Hujung Airport. Sumbangan berbentuk beras, barangan dapur dan duit raya.

Menurut Zakiah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, menerusi program itu, pihaknya bergerak sendiri ke rumah golongan terbabit bagi mendekati dan menyelami masalah yang dihadapi mereka.

Jelasnya ahli-ahli Puteri UMNO boleh menjadikan Ramadan sebagai bulan muhasabah diri atau menilai semula apa yang dilakukan dalam usaha memperbaiki kelemahan yang ada.

“Ramadan mampu mengajar atau membentuk diri kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.

Jadi janganlah menjadikan puasa sekadar bulan pesta makan ketika menghampiri waktu berbuka atau pesta membeli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

ZIARAH RAMADHAN PUTERI SIPITANG KAWASAN DUN SINDUMIN

Sipitang. 26hb Ogos 2011: Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang yang diketuai Dg Maimunah Sidek , meneruskan jelajah Ramadhan. Kali ini, lokasi beralih ke kawasan DUN Sindumin. Mereka telah menetapkan unutk menziarah penerima sumbangan yang telah ditetapkan setelah melakukan penyenaraian calon penerima dengan berbincangan serta kerjsama kepimpinan tempatan kawasan tersebut.

Ketua Puteri Bahagian sendiri , memandu , bersama jawatankuasa Puteri serta seorang AJK Wanita Bahagian dan pegawai dari UPKR N28 Sindumin melaksanakan program yang telah ditetapkan

Kali ini, sasaran dalam Lokasi Kg Pasir Putih, Kg Pantai, Kg Ranau-Ranau, Kg Tali Air, Kg Banting, Kg Lubang Buaya, Kg Siputol, Kg Menengah, Kg Pelakat Skim, Kg Luagan sindumin dan kg Sindumin. Seramai 23 penerima disasarkan telah berjaya dikesan.

Isnin, 22 Ogos 2011

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN PUTERI UMNO KOTA MARUDU

KOTA MARUDU: Dalam kesyahduan menyambut Ramadhan serta kegirangan menanti Syawal, golongan yang kurang berkemampuan tidak disishkan termasuklah golongan irang kurang upaya (OKU), warga emas serta fakir miskin. Sehubungan itu, puteri UMNO Kota marudu telah menganjurkan Program ziarah Ramadhan di kg Bintasan Laut kelmarin.
Pergerakan itu turut menyampaikan sumbangan barangan makkanan dan duit raya selain menyumpang barangan hamper kepada kakitangan Islam Ibu pejabat Daerah kecil Matunggong.

Menurut Ketua puteri UMNO Kota Marudu, redona bahanda bahawa kepincangan instiutsi masyarakat boleh dielak jika semua pihak tidak kira individu, organisasi atau persatuan mempunyai kesedaran dan kesanggupan untuk memberi sokongan moral kepada golongan kurng bernasib baik.
Beliau berkata, perkara itu perlu difahami dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Walau semaju manapun sesebuah negara itu, amalan kemasyarakatan seperti tolong menolong dalam melakukan sesuatu perlu terus dipupuk demi mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera” katanya.

ZIARAH RAMADHAN: 25 ORANG TERIMA SUMBANGAN DARI PUTERI UMNO SIPITANG DALAM KAWASAN DUN LUMADAN

makcik ni gembira menerima kunjungan mengejut tersebut
SIPITANG: Pergerakan Puteri UMNO Sipitang yang diketuai Dg Maimunah Sidek telah mengadakan Program Ziarah Ramadhan di sekitar Dewan Undangan negeri Lumadan. Seramai 25 orang terdiri warga emas, fakir miskin, ibu tunggal dan OKU telah menerima sumbangan dari Puteri UMNO Sipitang.

sebak mendengar cerita kehidupan mereka
Antara perkampungan yang diziarahi oleh Pergerakan tersebut di Kg Lubok, kg Kurian padas dmit, Kg Suasana, Kg Lupak, Kg Mantulut, kg Bangkalalak, Kg Kabajang, kg Gadong, Kg Bukau di bawah kawasan DUN Lumadan Parlimen Sipitang.

Menurut Dg Maimunah yang juga EXCO Puteri UMNO Malaysia, semua sumbangan berupa barangan keperluan Dapur dan duit raya untuk golongan berkenaan. Beliau berkata, umat Islam perlu menjadikan bulan ramadhan ini sebagai kesempatan memupuk perpaduan dan membina ummah.

"Kedatangan bulan Ramadhan mesti digunakan untuk mengakrabkan semula hubungan sesama kita. Sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab, tinggalkan sejenak politik kepartian di serambi rumah masing-masing dan jangan sekali membawa masuk fahaman-fahaman itu masuk ke masjid dan surau" katanya sambil menambah masing-masing perlu mencari jalan untuk meningkatkan perpaduan yang tentunya menguntungkan semua pihak.

Dg Maimunah berkata, perpecahan lebih besar perlu dielak dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bermuafakat antara satu sama lain dan megatasi apa juga masalah yang dialami masing-masing,

"jangan ada unsur kepartian dalam masjid dan apa yang perlu kita lakukan ialah meningkatkan taraf hidup dan perpaduan" katanya.

Ahad, 21 Ogos 2011

ZIARAH RAMADHAN DAN BERSAHUR BERSAMA ANAK YATIM: PUTERI TUARAN


Tuaran 6hb Ogos 2011. Ketika umat Islam sedang nyenyak lenanya. Menunggu saat untuk bangun bersahur, Pergerakan Puteri UMNO Tuaran bersama Ketua UMNO Bahagian merek YB Datuk Hajiji bergerak bersama menuju ke tempat di mana anak-anak yatim berada. Kegelapan pagi yang bening dan sejuk tidak menghalang perjalanan mereka.

Lazimnya ziarah ramadhan dilakukan sebelah siang, berbeza untuk aktiviti kali ini, mereka bergerak selepas solat terawih menunju ke rumah-rumah penduduk yang memerlukan perhatian mereka sambil merapatkan lagi hubungan mesra dengan memilih rumah anak yatim sebagai penamat malam dengan memenuhi aktiviti bersahur bersama,
Saling berkunjungan bukan sahaja kita amalkan untuk Aidil Fitri malahan ianya lebih bermakna saat kita melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan.

Jumaat, 19 Ogos 2011

PUTERI KOTA BELUD EDAR 800 BUBUR KACANG


Kota Belud : 20 Ogos 2011. Kunjungan Pergerakan Puteri UMNO Kota Belud ke Hospital Kota Belud kelmarin ternyata membuatkan penghuninya ceria. Dalam kunjungan tersebut, kira-kira 400 bubur kacang telah diserahkan untuk pesakit dan kakitangan di hospital berkenaan menerima sumbangan bubur kacang daripada pergerakan itu.

Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong yang mengetuai rombongan berkenaan berkata, kunjungan sedemikian dapat menggembirakan para pesakit tersebut sekali gus menceriakan mereka sempena dalam bulan Ramadan ini.

Menurut Masnatu sepanjang bulan Ramadan ini, Puteri UMNO Kota Belud telah mengadakan program kebajikan dan kemasyarakatan antaranya pengagihan Program Amal Bubur Kacang kepada para pesakit Hospital Kota Belud 400 bungkusan, selain kakitangan Ibu Pejabat Polis Kota Belud 150 bungkusan, dan para jemaah di Masjid Kampung Jawi Jawi 100 bungkusan, untuk berbuka puasa serta 150 bungkusan bubur kacang untuk jawatankausa Puteri UMNO Kota Belud di sini kelmarin.

Beliau berkata adalah menjadi amalan Puteri UMNO Kota Belud untuk bersama-sama dengan masyarakat dan prihatin untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam melahirkan rasa keperihatinan kita terhadap mereka.

“Program ini secara tidak langsung dapat mendekati ahli-ahli Puteri dengan masyarakat setempat,”ujarnya.

Isnin, 15 Ogos 2011

5 BUAH MASJID TERIMA SUMBANGAN BUBUR DARIPADA PUTERI UMNO KK

Kota Kinabalu : 14 Ogos 2011. Puteri UMNO Kota Kinabalu tidak mahu ketinggalan untuk menjalankan kegiatan amal sempena kehadiran Ramadan tahun ini dengan mengagih-agihkan bubur dan kurma kepada para jemaah masjid. Sebanyak 1,000 bungkus bubur dan kurma akan diberikan secara percuma kepada lima buah masjid sempena bulan Ramadan Al Mubarak di sekitar bandar raya Kota Kinabalu di sini semalam.

Program Amal Bubur itu diketuai oleh Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin dengan ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Kinabalu.

Menurut beliau sumbangan bubur itu adalah untuk para jemaah masjid untuk berbuka puasa dalam Parlimen Kota Kinabalu. Lima buah masjid itu adalah Majid SDA Bandar Kota Kinabalu, Masjid Bukit Padang, Masjid Quarter Staff Hospital Bukit Padang, Masjid Taman Keramat dan Masjid Kraf tangan Kota Kinabalu.

“Program Amal ini merupakan usaha sama Puteri UMNO Kota Kinabalu dengan Esajadi Sdn Bhd,” katanya selepas penyerahan bubur di lima buah masjid sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu berkata Puteri UMNO Sabah telah menggerakkan ahlinya sepanjang bulan Ramadan ini untuk mendekati ahli-ahlinya di peringkat akar umbi khusus bagi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik melalu program Ziarah Kasih Ramadan, Pengagihan Bubur Lambuk, Shopping Raya bersama Anak-Anak Yatim yang dilancarkan sejak lebih tiga tahun lalu.

"Sebenarnya program kemasyarakatan dan kebajikan ini bukan hanya ketika bulan Ramadan ini saja tetapi pada bulan-bulan yang lain, seperti Program Jom Masuk Kampung, Back To School, Program Sumbangan Masjid, Program Insan Istimewa, Program Sirahtulrahim dan sebagainya. "Menerusi program ini, kita berpeluang mendekati rakyat yang memerlukan bantuan dan mendengar sendiri kesulitan yang mereka alami. Inilah antara nikmat yang kita peroleh hasil kestabilan kerajaan yang memerintah," katanya.

Jelas Musliati, Puteri Umno Sabah akan terus menjayakan program kemasyarakatan seumpama ini tidak kira di mana, kerana ini antara matlamat kami dalam membantu perjuangan Umno dan Barisan Nasional

32 WARGA EMAS FAKIR MISKIN, MASJID TERIMA SUMBANGAN:KOTA BELUD

Kota Belud : 14 Ogos 2011. Kira-kira 32 warga emas, fakir miskin meneri sumbangan berupa barangan dapur daripada Pergerakan Puteri UMNO Kota Belud di Kampung Tambilaung, Kota Belud semalam. Program Ziarah Ramadan dan penyampaian sumbangan peralatan pinggan mangkuk kepada surau Al-Hadari Kg. Menungui dan Masjid Kampung Sembirai diketuai Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong berserta ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Belud.

Menurut Masnatu, pemberian sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanda kasih dan sayang Puteri UMNO Kota Belud kepada golongan kurang berkemampuan khusus warga emas, fakir dan miskin.

“Usaha seumpamanya itu bukan sahaja akan meningkatkan rasa tanggungjawab, bahkan rasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik ini. Sepanjang Ramadan ini kata beliau, pihaknya telah mengatur pelbagai program kebajikan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini, termasuk warga emas dan fakir miskin tidak berasa disisih. Tambah beliau berharap usaha murni yang sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu itu diteruskan dan dicontohi kawasan kejiranan lain tambahan pula ia dijalankan berasaskan semangat persaudaraan sesama masyarakat.

"Saya berbangga melihat semangat dan permuafakatan ahli-ahli Puteri UMNO Kota Belud dan masyarakat setempat sedia bekerjasama untuk menjaya setiap program yang dianjurkan oleh Puteri Kota Belud.

``Apa yang kami lakukan ini juga adalah selaras dengan tuntutan agama agar golongan fakir miskin dan warga emas serta anak-anak yatim di bantu,'' ujarnya. Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian barangan keperluan dapur kepada 31 warga emas dan fakir miskin di Kampung Tambilaung, Kota Belud semalam. Turut hadir sama Ketua UMNO cawangan Kampung Tambilaung, Agum Dukasi, Ketua Puteri UMNo cawangan, Misah Ibrahim serta pemimpin masyarakat daripada Kampung Imam dan penerima sumbangan.

Selasa, 9 Ogos 2011

ZIARAH KASIH PUTERI UMNO MARUDU


Redona  beramah mesra dengan penghuni rumah yang dikunjungi

Jika merasa diri hidup susah. Sebenarnya masih ada yang lebih susah” itulah ayang diucapkan oleh Ketua pergerakan Puteri UMNO Kota Marudu sewaktu melaksanakan PROGRAM ZIARAH KASIH Puteri di kawasannya. Walaupun keletihan menjalankan ibadah puasa, namun Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu Redona Bahanda bersama jawatankuasa Puteri masih bersemangat menziarahi penduduk kg Damai Kota marudu hari ini. (9hb Ogos 2011).

Sabtu, 6 Ogos 2011

ZIARAH KASIH PUTERI KUDAT

ziarah kasih Puteri
penyerahan sejadah kepada pengerusi surau
Sempena bulan Ramadhan, seperti yang dilaksanakan oleh pergerakan Puteri Bahagian Lain, Pergerakan puteri UMNO Kudat juga dengan prihatin meelaksanakan program di bulan Mulia ini : Program Ziarah Kasih ke rumah-rumah masyarakat yang memerlukan perhatian serta mengagihkan sejadah-sejadah ke surau-surau sekitar parlimen Kudat.

PROGRAM ZIARAH KASIH PERGERAKAN PUTERI UMNO KEMBALI DI BULAN RAMADHAN INI.

KOTA BELUD :  Suasana bulan Ramadhan dinikmati bersama dengan masyarakat yang mendapat perhatian puteri UMNO Kota Belud dalam melaksanakan program Ziarah kasih menggantikan nama sebelum ini Menyusur Akar. Antara yang dilakukan oleh pergerakan Puteri UMNO Kota Belud dengan mengunjungi  individu yang memerlukan perhatian dengan menghulurkan sedikit bantuan berupa makanan dan keperluan kepada mereka.

Puteri Prihatin...Masnatu Satong bersama Puteri UMNO Kota Belud merakamkan gambar kenangan dengan Raimin Saudin dari Kampung Lentiggi, Kota Belud.