Memaparkan catatan dengan label persidangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persidangan. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Julai 2012

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN DI SABAH

Tahniah admin ucapkan kepada seluruh pergerakan puteri UMNO di Sabah yang sudah melaksanakan tanggungjawab mereka bermesyuarat perwakilan peringkat bahagian sepanjang 3 minggu ini. Dan kepada sahabat puteri bahagian lain yang masih membuat persiapan melaksanakan mesyuarat berkenaan, admin ucapkan selamat bersidang.
mesyuarat perwakilan Puteri Ranau
mesyuarat Perwakilan Puteri Tuaran

Mesyuarat Perwakilan Puteri Kota belud

mesyuarat Perwakilan Puteri Kota Kinabalu

Mesyuarat Perwakilan Puteri Papar
mesyuarat Perwakilan Puteri Sipitang


Mesyuarat perwakilan Puteri Batu Sapi

Mesyuarat perwakilan Puteri Libaran

Mesyuarat Perwakilan puteri Kimanis

Gambar-gambar ini yang dapat admin perolehi dari sahabat-sahabat puteri UMNO Bahagian-Bahagian

Isnin, 6 Jun 2011

PERSIDANGAN PUTERI BELURAN


pada 29hb Mei 2011. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Beluran telah melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO bahagian yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Beluran sendiri. Mesyuarat tersebut dihariti oleh Latifah Tahir mewakili Puteri UMNO Sabah.

RUJUK KEMBALI SEJARAH UNTUK MEMAHAMI MAKNA PERJUANGAN-

Penyampaian Cenderakenangan kepada Ketua UMNO Bahagian Lukisan Mawar
putih
“Jika menilai usia Puteri UMNO baru 10 tahun. Pandangan melihatnya sebagai usia yang sangat muda . tetapi usia 10 tahun ini telah memberi banyak pelajaran sepanjang tempoh kewujudannya sebagai sebahagian parti keramat UMNO. Dalam tempoh 10 tahun ini, 2 PRU telah dilalui oleh Puteri UMNO , PRK telah dilalui sejak 2001-2011. Pelbagai pengalaman ditimba” antara ucapan yang disampaikan oleh Dg Maimunah Sidek ketua pergerakan puteri UMNO Sipitang dalam ucapannya semasa Majlis perasmian Mesyuarat perwakilan pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang pada 20hb mei 2011

“Jangan usia 10 tahun ini membuatkan Puteri UMNO lupa asal usul UMNO. Jangan usia yang dikatakan kanak-kanak, Puteri UMNO lebih gemar sesuatu yang indah-indah belaka serta leka dalam dunia syok sendiri mereka sehinggakan mereka lalai dari menyedari perubahan dunia politik terlalu cepat sehingga memerlukan mereka sentiasa siap siaga menghadapi musuh serta menarik sahabat baru yang lain.” Sambungnya lagi
“ Rujuk semula Sejarah perjuangan Kepimpinan yang terdahulu untuk mencapai kemerdekaa. Sejarah amat penting untuk kita mengetahui asas mengapa kita perlu berjuang dengan keihlasan dalam UMNO demi kebajikan masyarakat seluruhnya”- antara ucapan balas ketua UMNO Bahagian Sipitang YB Datuk Sapawi Ahmad dalam ucapannya merasmikan Mesyuarat tersebut.
Beliau juga menggesa agar Puteri lebih aktif menarik belia dan beliawanis untuk menyertai UMNO. Terdapat beberapa sekolah menengah di bawah parlimen Sipitang yang memiliki pelajar tingkatan enam atas yang layak menyertai Parti tersebut. Selain itu pastikan juga ahli puteri yang mencecah usia 21 tahun, layak mengundi untuk mendaftar sebagai pengundi bagi persiapan PRU yang akan dating. Jangan kita Gah dengan ahli yang ramai, tetapi menangis ketiak mengundi kerana ramai yang leka dari mendaftar” sambungnya.

Mesyuarat perwakilan puteri UMNO Sipitang berlangsung di Dewan Mini perpustakaan Sipitang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Suriati Adam mewakili Puteri UMNO negeri yang merupakan ketua puteri UMNO Papar, YB Kamarlin hj Ombi timbalan ketua UMNO Bahagian, Alaudin Mohamad, Setiausaha UMNO bahagian, Ismail hj Kambar, Abd Rahman Mohd Noh dan Hj Ahmad Mumin sebagai perwakilan UMNO ke perwakilan Puteri serta beberapa jawatankuasa Pemuda yang diketuai Naib ketua pemuda saudara matbali Musa serta jawatankuasa wanita.

Perwakilan Puteri telah memberi kejutan kepada ketua UMNO bahagian dengan menghadiahkan lagu Warisan di akhir ucapan ketua Pergerakan puteri UMNO bahagian sebagai simbol kesedaran mereka sebagai pewaris perjuang mempertahankan Bangsa, Agama dan negara.

Isnin, 9 Mei 2011

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BATU SAPI




8hb mei, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi seperti mana bahagian lain melaksanakan tanggungjawab tahunan dengan jayanya telah mengadakan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Bahagian. mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh ketua pergerakan puteri UMNO Negeri Sabah, Hjh Musliati Moslimin.




Selain melaksanakan tanggungjawab tersebut, pergerakan puteri UMNO Batu sapi juga menyambut ulang tahun puteri UMNO ke-10 dan meraihkan sambutan hari ibu dengan melakukan majlis memotong kek beramai-ramai dengan meriahnya. turut hadir dalam majlis tersebut, ketua pergerakan Wanita UMNO bahagian Batu sapi.

Ahad, 8 Mei 2011

KOTA MARUDU: PUTERI USUL 1 KERUSI UNTUK UMNO



Pergerakan puteri UMNO Bahagian Kota Marudu seperti tahun sebelumnya masih mengekalkan usul mereka iaitu usul agar 1 kerusi diberikan kepada UMNO bagi Pilihanraya akan datang. Tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak ahli UMNO yang ramai di kawasan tersebut.



Perkara ini telah disampaikan sendiri oleh ketua pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu, Redohan Bahanda. Dalam ucapannya, Ketua sayap tersebut menegaskan bahasa sudah tiba masanya kepimpinan memandang serius permintaan akar umbi ahli UMNO yang berada di kawasan tersebut.



Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu telah diadakan pada 7hb Mei 2011, bertempat di dewan SMK II Kota marudu dan telah berjaya dihadiri keseluruh perwakilan cawangan Puteri sebanyak 58 cawangan. Persidangan tersebut dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, merangkap Timbalan Menteri kesihatan Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut Dg Maimunah Sidek (wakil Puteri Negeri, Exco Puteri UMNO Malaysia, Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota marudu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Ketua Wanita UMNO Kota Marudu Puan Tina, Mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu Fina Abdullah dan mazrin serta jawatan kuasa UMNO Kota marudu dan jawatankuasa pemuda UMNO.


Sambutan meraihkan ulang tahun Puteri UMNO ke-10 disambut beriringan dengan meraihkan sambutan hari ibu. Upacara pemotongan dilakukan beramai-ramaik bersama perwakilan Puteri yang lain.