Isnin, 31 Januari 2011

KEPRIHATINAN PUTERI TERHADAP MANGSA BANJIR DI SANDAKAN


Peredaran musim Monsun Timur Laut membawa kepada turunnya hujan yang banyakdan berpanjangan menyebabkan sebahagian besar kawasan tanah rendah akan diliputi air. Fenomena alam ini tidak lari berlaku di kawasan daerah Sandakan. Seramai 42 buah keluarga dipindahkan ke penempatan sementara untuk mangsa banjir bermula 29hb Januari 2011 hingga hari ini. Secara keseluruhannya melibatkan Jumlah penduduk yg dipindahkn adalah 166 orang. Mangsa banjir ini dipindahkan dengan bantuan pihak bomba dengan menggunakan bot.


Pagi tadi, pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah bersama pergerakan Puteri UMNO Bahagian Libaran yang diketuai Suharni, Ketua Puteri UMNO Bahagian Libaran telah melaksanakan Pengagihan Makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Kg Gum-Gum, Sandakan (Libaran) dan telah menyampaikan bekalan makanan yang disumbangkan oleh puteri UMNO negeri sebanyak 100 bungkus berdasarkan maklumat terakhir semalam 30hb jam 10.00pm.


Menurut laporan Pergerakan Puteri UMNO bahagian Libaran , mangsa banjir ini telah dilawati oleh YB Dtk Juslie Ajirol (MP Libaran) & YB Dtk Zakaria Mohd Edris (ADUN Gum-Gum) dan telah mengagihkan sumbangan bahan-bahan asas seperti Beras, Gula, Tepung, Minyak masak, Biskut dan sebagainya.

Selain bantuan dari kepimpinan kawasan , bantuan juga telah diterima daripada jabatan kebajikan yang berupa tikar, bantal dan makanan, Pihak rela, pertahanan awam, bomba & kementerian kesihatan yang berupa ubat-ubatan serta perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.

Mangsa banjir akan dijangka sekiranya hujan tidak turun pada petang ini, mangsa-mangsa banjir bolehlah pulang ke rumah masing memandangkan air telahpun surut sepenuhnya

Ahad, 30 Januari 2011

LAWATAN PUTERI KOTA MARUDU DI PENEMPATAN BANJIR




Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu, diketuai Ketua Pergerakan Redona Bahanda bersama Jawatankuasa Puteri telah melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sek. Keb Taritipan. Setakat ini telah menempatkan mangsa banjir seramai 220 orang.




Pergerakan Puteri UMNO Sabah menasihatkan rakan-rakan Puteri dan masyarakat Sabah menambil langkah berjaga-jaga sekiranya berada kawasan tanah rendah. cuaca hujan yang berpanjangn mungkin akan menyebabkan banjir.

TAHNIAH RAKAN DI JOHOR


Alhamdulillah. Apabila Pengerusi SPR mengumumkan keputusan pengiraan undian daripada 33 peti undi di DUN 05 Tenang. Lega, Lapang dan bersyukur kerana perjuangan, tanggungjawab serta tugas yang dilaksanakan berjaya. Angka 6699, mijoriti 3707 sangat cantik sekali.

Tetapi sebenarnya apa yang dilakukan oleh Jentera BN bukanlah penyebab sepenuhnya kemenangan ini, tetapi kebijaksanaan Pengundi DUN Tenang seramai 6699 itu memilih calon BN TOK AI dan yakin terhadap kemampuannya sebagai wakil rakyat. Semoga kewibawaan TOK AI kelak meyakinkan lagi 2772 pengundi yang mengundi calon PAS pula kelak.

SALAM TAHNIAH DARI KAMI DAN SALAM SAYANG KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO JOHOR YANG BEKERJA KERAS.

Ahad, 23 Januari 2011

PENDUDUK DUN TENANG DIMINTA MANFAATKAN MENGUNDI CALON BERWIBAWA

by liza Din

Penduduk Dun Tenang diminta memanfaatkan peluang untuk mengundi calon yang benar-benar berwibawa bagi membela nasib dan kebajikan rakyat serta menjamin masa depan yang lebih baik. Ahli Parlimen Kalabakan berkata, ramai di kalangan generasi muda hari ini tidak tahu bahawa mereka juga sebenarnya mempunyai kuasa penentu secara langsung kepada arah tuju politik negara.



-"Menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi amat penting kerana jika tersalah pilih, maka tidak lagi boleh berpatah balik sehinggalah diadakan semula pilihan raya. Saya minta semasa Pilihan Raya Kecil di Dun Tenang rakyat harus berfikiran positif agar membuat pilihan terbaik kepada diri sendiri dan untuk pembangunan di Tenang,” beliau berkata demikian semasa berada di Dun Tenang, Labis, kelmarin. Turut hadir sama Timbalan Ketua UMNO bahagian Kalabakan, Abdul Muis Picho yang juga Adun Sebatik.

Ghapur yang juga Ketua UMNO Kalabakan berkata, persoalan yang selalu ditimbulkan oleh golongan muda semasa berlangsung pilihan raya ialah apakah kebaikan kepada mereka jika mengundi calon tertentu. Katanya, kebaikan tersebut sebenarnya suatu yang subjektif kerana banyak perkara mungkin berlaku dalam keadaan para pengundi itu sendiri tidak sedar.

"Contohnya jika memilih calon daripada parti pembangkang yang tidak mampu berkhidmat kepada rakyat, dia bukan sahaja nanti akan gagal membela nasib golongan tidak berkemampuan, malah gagal melaksanakan program perancangan jangka panjang.

"Akibatnya nanti, rakyat di kawasan itu juga yang akan berhadapan dengan masalah, sedangkan mereka juga yang membuat keputusan memilih calon tersebut sebelum ini," jelas beliau. Ghapur turut meminta golongan muda juga perlu sedar bahawa pilihan raya bukan pentas untuk menguji populariti atau membalas dendam atas isu-isu peribadi tetapi lebih kepada menunai tanggungjawab membela nasib rakyat. Sehubungan itu, beliau meminta pengundi muda jangan terperangkap dengan strategi pembangkang. Keghairahan melakukan perubahan menyebabkan kita membuat perkara yang tidak sewajarnya kerana terikut-ikut dengan isu yang dimanipulasi oleh mereka.

"'Akhirnya, kita tidak mengetahui keutamaan sebenar membabitkan perkara-perkara yang dekat dengan hati dan kehendak rakyat," katanya.

Khamis, 20 Januari 2011

TAHZIAH. EXCO KERAJAAN MELAKA MENINGGAL DUNIA

Seluruh warga Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah mengucapkan tahziah kepada keluarga Allahyarham YB ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan 54 tahun , EXCO Kerajaan Melaka yang meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini , belaiu mengalami masalah jantung seminggu lepas, dan menerima rawatan di Hospital Pakar Putra.

Jenazah Beliau akan dikebumikan di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau sebelum Solat Jumaat esok.

Al-Fatihah. Semoga Roh pemimpin berjasa ini diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Selasa, 18 Januari 2011

JOM

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA SAHABAT PUTERI SABAH

KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA, YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN SUDAH MEMPUNYAI AKAUN DI TWITTER. JOM FOLLOW :
@RosnahARS


PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA , JOM FOLLOW
@Pu3JiwaRakyat

Ahad, 16 Januari 2011

PUTERI SABAH SEDIH DENGAN PENINGKATAN KES BUANG BAYI

Isu Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. pendedahan melalui media yang semakin rancak kebelakangan ini, menunjukkan peratusan kesedaran terhadap kasih sayang bayi yang tidak berdosa semakin berkurangan di kalangan segelintir individu masyarakat, atas desakan ketakutan menanggung permasalahan sosial yang ditanggung oleh mereka. Pergerakan Puteri UMNO Sabah mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan yang lebih serius dalam menangani isu pembuangan bayi .


Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah menyatakan bahawa pergerakan itu kecewa apabila kes pembuangan bayi terus meningkat dalam keadaan banyak pihak memperkatakan mengenai isu berkenaan. Menurut beliau, lima kes pembuangan bayi yang dilaporkan sejak 1 Januari lalu di Sabah sahaja membayangkan betapa masalah tersebut kini pada tahap kronik sehingga memerlukan penggemblengan tenaga daripada semua pihak.

"Kita berasa amat sedih dalam keadaan kita semua bercakap mengenai perkara itu termasuk hebahan dan siaran di media massa kes-kes pembuangan bayi terus berlaku sehingga hampir setiap hari. Sebab itu, kita mendesak pihak bertanggungjawab agar melaksanakan program membasmi masalah ini dengan lebih berkesan dan bukan sekadar dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada 17hb Jan 2011 (Isnin).







Lima kes membabitkan penemuan buang bayi di Gayang, Tuaran (1), 2 janin di Pusat Comercial Salut, bayi ditemui terapung di laut berhampiran Kampung Sing Kee di Tanah Merah, Sandakan dan janin di halaman Taman Perumahan Che Mei, Lido, Penampang (1). Statistik pihak polis di Sabah mendapati sejak tahun 2005 hingga Mac 2010, polis telah merekodkan sebanyak 75 kes pembuangan bayi di negeri ini. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 25 kes diikuti Tawau (14 kes) dan Sandakan (sembilan kes).

Masalah itu semakin kritikal dan memerlukan semua pihak memberi sumbangan bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Pergerakan Puteri menyeru agar tanggungjawab mencegah pembuangan bayi bukan harus dipikul oleh kerajaan semata-mata tetapi juga masyarakat keseluruhan yang boleh memainkan peranan dengan memantau aktiviti di kawasan masing-masing. Kita tidak boleh jangka bila dan di mana pihak yang tidak bertanggungjawab akan berbuat demikian.

Banyak kesan negatif akan dimanupulasikan jika permasalahan ini gagal ditangani, sekurang-kurangnya dikurangkan semaksima yang mungkin. Pergerakan Puteri Sabah merasa bimbang isu tersebut akan membawa imej negatif kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam jika ianya tidak ditangani segera. Pergerakan Puteri Sabah menyambut baik keputusan kerajaan agar kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes membunuh yang disifatkan sebagai kena pada masanya, menunjukkan bahawa kerajaan amat bimbang dengan isu ini.

Sehubungan itu, Puteri Sabah percaya masalah itu disebabkan oleh banyak faktor termasuk dalam aspek bergaulan sosial yang semakin sukar di sekat di kalangan remaja hari ini. Dengan kemudahan telefon bimbit serta medium Internet seperti chat room, facebook, friendstar, myspace dan sebagainya mungkin antara penyebab pergaulan yang melampaui batas berlaku. Ditambah dengan kurang penumpuan masyarakat terhadap perkembangan remaja masa sekarang serta kurang perhatian keluarga terhadap remaja itu sendiri. Terutama dari segi pendedahan awal pendidikan seks dan agama .

Pergerakan Puteri merasakan bahawa kekuatan jati diri adalah paling utama bagi mengelak daripada terjebak dengan pergaulan bebas sehingga terlanjur kepada seks tanpa ikatan perkahwinan juga menjadi antara menyebab kepada peningkatan kes pembuangan bayi. Apa yang penting hari ini ialah kita tidak boleh menuding jari kepada pihak tertentu sahaja kerana semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab. Kita tidak mahu isu pembuangan bayi menjadi satu budaya kerana pembuatan itu bukan sahaja amat hina tetapi yang lebih malang melibatkan nyawa bayi yang langsung tidak berdosa.

Rabu, 12 Januari 2011

SALAM TAHNIAH

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

TAHNIAH kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak yang telah dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Salam Kasih kami Pergerakan Puteri UMNO Sabah

Rabu, 5 Januari 2011

SYABAS dan TAHNIAH

Seluruh warga Pergerakan Puteri UMNO Sabah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin atas perlantikan ebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-10

Selasa, 4 Januari 2011

PUTERI UMNO SABAH RAYU MENAIK TARAF SK GENTISAN

Pergerakan Puteri UMNO Sabah merayu Kemeneterian Pelajaran Malaysia supaya segera menaik taraf kemudahan di Sekolah kebangsaan Gentisan di Sepanggar yang berada dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.










Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Hjh Musliati Moslimin berkata, keadaan sekolah itu memerlukan pembaikan segera bagi membolehkan kira-kira 600 orang pelajar di sekolah tersebut mengikuti Pengajaran dan pembelajaran dalam kondisi yang selesa dan selamat.








Menurut beliau lagi, agak menyedihkan apabila sekolah berkenaan yang terletak tidak jauh daripada Bandar Raya Kota Kinabalu tetapi begitu terpinggir daripada perhatian Jabatan pelajaran Sabah dan Kementerian pelajaran Malaysia.



Sekolah ini telah dibina sejak tahun 1965 dengan bangunan kayu tidak mampu menampung jumlah pelajar yang setiap tahun bertambah jumlah kemasukannya. Kita mengharapkan perhatian dan tindakan pihak berkenaan memandangkan permohonan bagi menaiktaraf sekolah ini sudah lama dipohon". " Kita tidak mahu pelajar terus berada dalam keadaan bersesak semasa sesi P&P dalam bilik darjah , dalam masa yang sama mengharapkan pencapaian prestasi akademik mereka semakin membaik" katanya lagi semasa ditemui ketika menjayakan Program 'Back To School' di sekolah berkenaan yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Sabah dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.






Menurut Musliati lagi, hampir semua kemudahan di Pusat Sumber di sekolah tersebut atas inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tanpa bantuan peruntukan Kementerian pelajaran Malaysia, mahupun Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Walhal Pusat Sumber merupakan kemudahan yang sangat penting dalam menyemai budaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan pelajar.


Dengan perkembangan kemajuan negara dan negeri Sabah , keadaan prasarana di sekolah berkenaan sangat tidak kondusif dan tidak sesuai bagi sesi Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kondisinya sangat tidak wajar untuk kemajuan pembangunan negeri ini.

Berdasar maklumat yang diberikan, Sekolah ini hanya memiliki sebanyak 9 bilik darjah sahaja sedangkan jumlah pelajar di sekolah berkenaan adalah seramai 612. Sesi pembelajaran di sekolah tersebut dibuat dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Menurut Guru Besar, sekolah berkenaan memerlukan sekurang-kurangnya 3 bilik darjah sebagai bilik tambahan, memandang jumlah pelajar yang meningkat saban tahun.



Ketua pergerakan Puteri UMNO Sabah, memyatakan permasalahan ini, bukan tujuan untuk menimbulkan masalah kepada pihak berkaitan tetapi hanya sekadar untuk meminta agar pihak berkenaan memberi perhatian terhadap keperluan kemudahan mana-mana sekolah pinggir bandar mahupun luar bandar yang sering terpinggir dalam menerima kemudahan yang setaraf dengan kemudahan sekolah di bandar. ketua Puteri negeri memohon pihak berkenaan turun padang, melihat sendiri keadaan dan mengetahui dengan jelas permasalahan yang sebenar.

Keputusan UPSR 2010 calon ujian di sek Keb Gentisan mencapai 36.5% meningkat dari keputusan ujian yang sama pada tahun 2009 iaitu hanya sekadar 18% sahaja. Menurut Guru Besar sekolah tersebut, mereka mensasarkan sebanyak 38% lulus untuk Ujian penilaian tersebut pada tahun 2011. Untuk mencapai sasaran tersebut, Guru Besar menggesa penglibatan ibu bapa calon UPSR dalm memastikan anak-anak mereka menumpukan pembelajaran mereka di rumah juga.

Turut hadir ke program 'Back To School' Aziah Atoh, Penolong Setiausaha pergerakan Puteri UMNO Sabah yang juga ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepanggar,Puan Norhadayati Abdullah Guru Besar Sek Keb Gentisan, Awang Salleh Pg Jumat, Ketua kampung Gentisan, Guru-guru yang bertugas di sekolah berkenaan dan ahli Pergerakan puteri UMNO Bahagian Sepanggar.

seramai 80 orang pelajar kurang mampu menerima sumbangan berupa beg sekolah yang disumbangkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

terlalu banyak peristiwa berlaku sepanjang 2010 dan ia akan menjadi sebahagian lipatan sejarah. tidak kira ia kenangan yang baik untuk diingat, ataupun sebalikya yang boleh dijadikan pengajaran.

apapun berlaku, tahun baru ini kita harus menuju ke misi yang bermanfaat buat diri kita semua.

kami pergerakan puteri umno sabah mengucapkan selamat taun baru 2011 untuk semua. 1 misi, 1 destinasi, 1 perjuangan 1 malaysia.