Memaparkan catatan dengan label kawasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawasan. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Jun 2011

WANITA DIGESA JADI USAHAWAN KECIL : JAINAB

Kota Kinabalu : 12 Jun 2011 Golongan wanita digesa terutama surirumah dan ibu tunggal serta belia beliawanis menjadikan bidang keusahawanan bagi mengisi masa lapang mereka. Pembantu Menteri Pembangunan Sumber ...dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, golongan surirumah mempunyai banyak masa yang boleh dimanfaatkan dengan menimba ilmu perniagaan selain membantu suami menambah pendapatan keluarga. Beliau berkata, pelbagai jenis perniagaan kecil-kecilan boleh diceburi golongan itu boleh menceburi termasuk bidang jahitan, masakan, sulaman, pastri dan kek. Katanya, selain produk yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri, mereka juga boleh menjadi pengusaha dan usahawan yang berjaya apabila menghasilkan barangan yang berkualiti tinggi. ''Apabila dihasilkan sendiri untuk kegunaan keluarga, banyak perbelanjaan harian dapat dijimatkan dan ilmu yang diperolehi pula boleh diperluaskan.

YB Dtk Jainb, Aziah bersama pegawai MARA mencuba masakan yang
disediakan oleh peserta
 "Ini merupakan satu usaha untuk golongan wanita mengatasi kenaikan harga barangan pada masa kini," katanya semasa mengadakan Program Kursus Memasak Bersama Pusat Giat Mara dengan masyarakat setempat Kampung Tebobon, Menggatal. Turut hadir Ketua Puteri UMNO Sepanggar, Aziah Atoh, pemimpin masyarakat kampung dan pegawai daripada Pusat Giat Mara Sepanggar. Menurut Jainab yang juga Adun Karambunai berkata, golongan wanita yang mempunyai asas pengetahuan mudah untuk menjalankan perniagaan kecil kecilan seperti membuat katering kecil kecilan sekiranya ada majlis keramaian atau kenduri kahwin di kampung.

“Memang mudah untuk kita menjalankan perniagaan tersebut kerana kita sentiasa berada dirumah untuk mengerjakan kerja-kerja seperti memasak dan menjahit. Ini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan menambah ekonomi keluarga. Jelas Jainab wanita terutama surirumah digesa menjadi usahawan kecil bagi mengisi masa lapang mereka. “Golongan surirumah mempunyai banyak masa yang boleh dimanfaatkan dengan menimba ilmu perniagaan selain membantu suami menambah pendapatan keluarga. Apabila dihasilkan sendiri untuk kegunaan keluarga, banyak perbelanjaan harian dapat dijimatkan dan ilmu yang diperolehi pula boleh diperluaskan.

"Ini merupakan satu usaha untuk golongan wanita mengatasi kenaikan harga barangan pada masa kini," katanya.

Ahad, 8 Mei 2011

HANTAR ANAK KE PRASEKOLAH SEBELUM USIA LIMA TAHUN: KOTA BELUD



29 April 2011

Ibu bapa di saran perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang pendidikan prasekolah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) demi masa depan anak-anak mereka.

Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong berkata, usia bawah lima tahun merupakan usia formatif untuk membentuk minda manusia. Beliau berkata pendidikan serta asuhan kanak-kanak memerlukan kaedah yang bersesuaian supaya mereka boleh menjadi individu yang berkeyakinan tinggi, berfikiran kreatif, berbudi pekerti dan cerdas pemikiran.

''Walaupun ada pepatah menyebut melentur buluh biar dari rebung, namun untuk melentur, kita perlu memahami rebung yang ingin dilentur itu ada banyak jenis dan ragamnya. ''Jika ia dilentur dengan terlalu keras, akibatnya rebung tersebut akan terus lentur hingga tidak mampu untuk mendongak apabila menjadi buluh atau akan patah tanpa sempat menjadi buluh," katanya.


Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan pakaian silat kepada 15 pelajar kanak-kanak Tadika Kemas Pusat B Kampung Jawi- Jawi, Kota Belud hari ini. Turut hadir sama Guru Tadika Kemas, Darimata Hj. Toi dan ahli-ahli Puteri UMNO Kota Belud.

Beliau juga berkata, anak-anak yang dididik dengan cara kekerasan dan paksaan akan membesar sebagai insan yang sempit pemikiran dan jiwa sehingga hilang kecerdasan, malas dan bersikap kasar. Tambah beliau sokongan ibu bapa bukan sekadar dengan menghantar anak mereka ke pusat berkenaan, tetapi perlu aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan pihak pengurusan tabika berkenaan.

"Kita harus bersyukur dengan usaha Kemas memperkenalkan pendidikan prasekolah khususnya pada masyarakat luar bandar. ''Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan segala kemudahan yang telah disediakan itu tidak dipersia-siakan . Jelasnya pendidikan awal khususnya pada peringkat prasekolah perlu diutamakan oleh ibu bapa kerana ia akan mencorakkan masa depan kanak-kanak tersebut. Di peringkat ini nilai-nilai murni kehidupan akan dapat disemai ke dalam diri anak-anak dan di peringkat ini juga usaha mengenal pasti potensi kanak-kanak dapat dilakukan.

''Potensi yang telah dikenal pasti akan memudahkan usaha menggilap bakat dilakukan menjadikan pelajar tersebut cemerlang," katanya.

GENERASI MUDA DISARAN HARGAI KESENIAN KEBUDAYAAN : KOTA BELUD








30 April 2011

Generasi muda di daerah ini disaran supaya memelihara dan menghargai kesenian kebudayaan serta memastikan kesenian ini tidak dilupakan sepanjang zaman dan membentuk masyarakat agar prihatin terhadap kesenian budaya bangsa.

Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong berkata negara Malaysia khususnya Sabah di Bawah Bayu yang berbilang kaum, agama dan bangsa serta etnik sangat kaya dengan kepelbagaian budayanya. Katanya melalui kepelbagaian ini haruslah diurus dengan baik, dan ianya boleh dijadikan ramuan untuk menyatu padukan rakyat di daerah ini. Tambah beliau seni tari tidak kira milik kaum mana pun di negeri ini, mampu menjadi faktor penyatuan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia, sekaligus memperkasakan jatidiri bangsa Malaysia dalam konsep 1 Malaysia.
“Konsep 1Malaysia bukan setakat menyeru rakyat untuk memahami dan menghormati perbezaan itu, tetapi menerima perbezaan yang wujud dan bersama-sama meraih kekuatan daripada perbezaan itu untuk membina bangsa Malaysia yang rakyatnya hidup dengan harmonis, aman dan damai,” ujarnya, Beliau berkata demikian semasa merasmikan Malam Budaya 1 Malaysia anjuran Puteri UMNO cawangan Kg Lingkodon, Kota Belud semalam. Hadir sama Ketua Cawangan UMNO Kg Lingkodon, Mat Haji Abdullah.

Menurut Masnatu, adalah menjadi harapan beliau agar bahawa Malam Budaya ini akan dapat mencungkil dan mengasah bakat peserta dalam bidang kesenian dan kebudayaan, malahan dapat menonjolkan kreativiti pereka tari masing-masing khususnya dalam bidang senitari.

“Secara tidak langsung, penyertaan para peserta dalam pertandingan seperti ini akan dapat membina keyakinan dan sahsiah diri agar dapat membina diri yang lebih kreatif dan berdaya saing.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan hasil usaha ahli-ahli Puteri UMNO cawangan telah berjaya menonjolkan bakat-bakat yang boleh digilap ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Jelas beliau usaha itu berjaya menggerakkan serta meransang aktiviti kesenian kebudayaan di kalangan masyarakat setempat dengan ahli-ahli Puteri UMNO.

Sebanyak enam (6) kategori telah dipertandingankan Tarian 1 Malaysia antaranya kategori kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, dewasa (lelaki dan perempuan), lelaki dan wanita 45 tahun ke atas.

Objektif pertandingan Malam Budaya 1 Malaysia ialah mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan budaya serta memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing.

SOKONG KEPIMPINAN YAB DSP MUSA AMAN :PUTERI KOTA KINABALU




Mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu telah dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin , Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut Dtk Faisal selaku Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, bersama jawatankuasa UMNO bahagian yang sentiasa menyokong pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu. Aziah Atoh ( Wakil Puteri Negeri, pen. setiausaha Puteri Negeri, ketua Puteri UMNO Bahagian Sepanggar)


Dalam ucapan alu-aluan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Faisal mencadangkan agar 50% kouta diberikan kepada kepada wanita, pemuda dan puteri untuk menjadi calon Barisan nasional pada Pilihanraya umum kelak.



ketua Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu selaku ketua pergerakan puteri UMNO Sabah menegaskan dalam ucapannya memohon agar parti komponen Barisan Nasional mempunyai semangat setiakawan dan mengelakkan diri dari melakukan kritikan kepimpinan melalui media untuk menghargai kerukunan dalam satu keluarga. Beliau juga menerangkan bahawa Pergerakan tersebut telah melakukan tindakan yang drastik untuk memastikan penambahan pengundi muda dalam kawasan Kota Kinabalu sebagai antara langkah untuk menghadapi Pilihanraya umum yang bila-bila masa akan diumumkan.



Pergerakan Puteri uMNO Kota Kinabalu mengusulkan agar peluang diberikan kepada pemimpin dan ahli di bahagian Kota Kinabalu dilantik sebagai senator. serta menetapkan bahawa pergerakan tersebut menyokong kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang diterajui oleh YAB Datuk seri Panglima Musa Aman dan Timbalan pengerusi Datuk Seri Panglima Salleh Said.


Sempena majlis tersebut juga, Pergerakan Puteri UMNO telah menyampaikan anugerah 3 cawangan yang mempunyai keahlian puteri yang teramai serta melakukan pemotongan kek sempena sambutan Ulang Tahun puteri UMNO yang ke-10 serta usia 65 tahun UMNO yang akan diraihkan seluruh negara pada 11hb mei kelak.

PERASMIAN SERENTAK 3 SAYAP: KALABAKAN


Mesyuarat Perwakilan 3 sayap iaitu Wanita, Pemuda dan puteri UMNO Bahagian Kalabakan dirasmikan serentak oleh Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh.

Turut hadir persidangan tersebut, Mizma Apphedullah , (wakil Puteri Negeri, ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Silam), jawatankuasa UMNO Bahagian Kalabakan. Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO




Bahagian Kalabakan mengusulkan agar Kerusi DUN Merotai dikembalikan kepada UMNO. Hal ini dipersetujui sebulat suara oleh pergerakan Puteri UMNO cawangan-cawangan yang hadir semasa mesyuarat tersebut.

LAGU WARISAN BERGEMA DI KOTA MARUDU

Satu kelainan telah dilakukan oleh ketua pergerakan Puteri UMNO Malaysia apabila pada pengakhiran ucapan sebelum lafaz merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri Kota Marudu. YB Datuk Rosnah Abdul Rasyid Shirlin telah mengajak seluruh perwakilan Puteri bangun dan menyanyikan lagu Warisan bersama-samanya.


Warisan


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

NOTA: Lagu Warisan menjadi lagu wajib pergerakan Puteri UMNO Malaysia selepas lagu khas Puteri UMNO. Lagu ini menjadi lagu kedua Pergerakan tersebut di setiap program sayap parti . Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tahun 2010.

MENYUSUR AKAR: PUTERI UMNO KOTA KINABALU



Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan meneruskan program menyusur akar dan mencari golongan daif, miskin dan tidak berupaya untuk diberi bantuan.Dengan kerjasama ahli-ahli UMNO peringkat cawangan mereka yang 'terlepas' pandangan daripada menerima pembelaan sebelum ini akan terus dijejaki supaya diberikan pembelaan.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Muslaiti Moslimin berkata, aktiviti menyusur akar itu akan terus bergerak dari satu kampung ke kampung lain bagi mencari mereka yang tertinggal dalam menerima bantuan sepatutnya.Setakat ini, katanya, Program Menyusur akar telah diperkenalkan pada tahun 2003 dan terus dijalankan oleh Puteri UMNO bahagian seluruh Sabah



“Puteri UMNO akan mengunjungi keluarga yang daif, miskin, warga emas, kurang upaya serta warga emas yang terlantar untuk pembelaan.Beliau berkata demikian selepas penyerahan bantuan kepada tiga buah keluarga warga emas di Flat Taman Keramat, Kota Kinabalu bersama Puteri UMNO Kota Kinabalu. Turut hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmi Sarinoh dan ahli-ahli Puteri UMNO Kota Kinabalu.

Tiga keluarga tersebut iaitu makcik Saudah Pundiman (79 tahun), Kinjau Isang, 69 dan Nenek Nenek Tiwok 80 tahun
Bagaimanapun, Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu meminta ketua kampung dan semua pemimpin masyarakat perlu bekerjasama membantu mereka mencari dan mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Program Menyusur Akar secara tidak langsung akan ahli-ahli dan pemimpin Puteri UMNO juga berpeluang mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar,” ujarnya.Justeru, beliau menggalakkan sektor swasta atau dermawan untuk sama-sama menyumbang dalam program berkenaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Dalam majlis itu Puteri UMNO Kota Kinabalu menyampaikan barangan keperluan harian dan sumbangan wang ringgit yang disampaikan oleh Musliati.