Jumaat, 16 Disember 2011

KURSUS AKSESORI MODEN PUTERI KOTA BELUD

KOTA BELUD: wanita secara lahiriahnya sangat sukakan sesuatu perhiasan untuk kelihatan menarik dan cantik. Sebagai golongan ini, perhiasan sangat sinonim kepada mereka. Memakai perhiasan sudah menjadi kemestian walaupun sekurang-kurangnya sebentuk cincin.

Batu kristal antara perhiasan yang popular selain permata ataupun mutiara. Gubahan bentuk yang kreatif menjadikannya sangat indah dan boleh disesuaikan untuk perhiasan menghadiri pelbagai suasana. Bergantung kreativiti yang membuatnya.

Asal sebiji kristal digabungjalin dengan jenis kristal lain mampu menjana pendapatan individu, tanpa menggunakan modal yang tinggi.

Atas kesedaran tersedaran itulah, pergerakan Puteri UMnO Kota Belud telah mengadakan kursus perhiasan atau aksesori moden untuk ahli puteri di kawasan tersebut yang dirasmikan sendiri oleh ketua Puteri Bahagian, masnatu satong.

Khamis, 3 November 2011

Bukan merdeka tapi seks bebas dan songsang !!

by Pergerakan Puteri Umno Malaysia on Thursday, November 3, 2011 at 3:38am

Pergerakan Puteri UMNO pelik dengan keghairahan pemimpin-pemimpin Pas menentang program seksualiti merdeka sedangkan mereka juga merupakan pihak yang paling memberi sokongan kepada Datuk S. Ambiga semasa perhimpunan haram yang dinamakan Bersih tidak lama dulu.
 
Nampaknya Pas terkeliru dengan perjuangan sendiri apabila perhimpunan menghimpunkan sejuta umat Islam bagi menangani gejala murtad tidak menerima sokongan parti itu tetapi dalam hal-hal gejala sosial seperti seks bebas dan songsang mereka beriya-iya pula menyatakan bantahan.
 
Puteri UMNO ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin Pas, " Adakah soal iman dan pegangan umat Islam kurang penting jika dibandingkan dengan seks bebas dan songsang? " sehingga Pas memilih yang kedua dan bukannya isu yang pertama untuk memberi suara bersifat sokongan.
 
Bukankah pendirian Pas sekarang amat bercelaru sehingga gagal mengenal pasti isu yang patut mereka perjuangkan dan isu yang sepatutnya ditolak?
 
Puteri UMNO juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan pemimpin PKR menyatakan pendirian tentang program Seksualiti Merdeka yang Ambiga merupakan salah seorang penganjurnya. Kita tidak mahu Anwar berdiam diri dalam hal ini, kerana berdiam diri membawa seribu makna tetapi lebih cenderung kepada bersetuju dengan program tersebut.
 
Pergerakan Puteri UMNO juga membidas Majlis Peguam yang kini dilihat semakin hilang arah tuju dan menjadikan isu-isu hak asasi manusia terlampau termasuk kebebasan seks sebagai perkara utama yang mendapat tempat dalam perjuangan mereka. Perkembangan terbaru yang menyaksikan sokongan Majlis Peguam terhadap program seksualiti merdeka atau ingin diubah namanya oleh Pergerakan Puteri UMNO sebagai program seks bebas dan sumbang jelas menunjukkan betapa pertubuhan itu kini semakin tersasar dan amat memalukan profesion undang-undang yang kini dilihat menjadi penggerak kepada agenda seks bebas dan songsang.
 
Pergerakan Puteri UMNO kesal kerana program yang amat bercanggah dengan kemuliaan agama dan tatasusila serta adab resam ini diagung-agungkan oleh Majlis Peguam dan 20 NGO lain serta individu tertentu seolah-olah mereka mahu mencabar kerajaan dan menunjukkan bahawa mereka adalah lebih berkuasa dalam menentukan corak masyarakat di negara ini.
 
Jika sebelum ini, Majlis Peguam menghalalkan hubungan sejenis menerusi sokongan terhadap individu tertentu yang diketahui umum mengamalkan gaya hidup songsang, kini mereka tidak lagi berselindung di sebalik sokongan sebaliknya menjadi penganjur untuk mempromosikan amalam seks bebas dan songsang di kalangan rakyat tanpa mengira agama yang dianuti.
 
Sehubungan itu, Pergerakan Puteri UMNO mendesak kerajaan bertegas dan menetapkan pendirian bahawa apa yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam tidak akan dibenarkan sama sekali bertapak di negara ini dan sesiapa sahaja yang didapati menjadi dalang untuk melaksanakan program seumpama itu mesti dihukum sekeras-kerasnya.
 
YB Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin
( Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia )

Sabtu, 15 Oktober 2011

DADAH MEMUSNAHKAN AKAL DAN IMAN. PROGRAM PUTERI SANDAKAN

Sandakan: Pergerakan Puteri UMNO bahagian Sanmdakan dengan kerjasama PEMADAM telah mengadakan pertandingan nyanyian bertemakan "Dadah memusnahkan Akal dan Iman" bertempat di dewan masyarakat Sandakan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 9 Oktober 2011

KEMUDAHAN KESIHATAN DI SABAH PERLU DINAIK TARAF

 Kota Kinabalu : 10 Okt 2011.  Kemudahan (fasiliti) kesihatan di negeri Sabah masih kurang 10 hingga 15 tahun ke belakang berbanding dengan apa yang ada di Semenanjung Malaysia dan Sabah memerlukan penambahbaikan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata kekurangan itu berdasarkan dari segi fasiliti terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.

Beliau berkata kita perlu sedar bahawa masih ramai penduduk luar bandar berpendapatan rendah dan sederhana.

“Golongan ini sering menghadapi masalah kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik mahupun hospital swasta. Tambahan pula hospital ataupun klinik kesihatan kerajaan yang sedia ada agak jauh dari lokasi penempatan mereka dan jumlah pesakit pula ramai yang jelas akan melambatkan proses mendapatkan rawatan yang dikehendaki dengan segera

Seperti hospital di Sabah katanya banyak tetapi kurang fasiliti dan begitu juga dengan Klinik Kesihatan dan Klinik Desa masih kurang kemudahan.

“Seperti staf (kakitangan) kalau di Sabah populasi dan nisbah adalah satu doktor bagi 2,000 orang, manakala di Semenanjung satu doktor bagi 900 orang. Kerajaan sedang berusaha untuk memberi keutamaan kepada Sabah untuk membangun fasiliti-fasiliti infrastruktur dan sumber manusia.

“Secara keseluruhannya kemudahan kesihatan di negeri ini masih kurang dan kita sedang berusaha untuk menambahbaikkan dan bercadang akan membina lebih banyak Klinik dan menaik taraf kemudahan fasiliti dari Klinik Desa kepada Kilnik Kesihatan pada Bajet 2012, ” jelasnya.

Beliau berkata demikiaan semasa ditemui sesi Taklimat Gerak Kerja Tranformasi Puteri dan Pelancara Program Projek Puteri Prihtan (3P) peringkat negeri Sabah di Dewan Sri Kinabalu, Kompleks Tabung Haji semalam. Majlis pelancaran di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Turut hadir sama Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Perumahan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar serta 22 ketua-ketua Puteri UMNO bahagian. Bengkel dua hari itu dihadiri ebih kurang 240 ahli-ahli Puteri UMNO dari 25 bahagian di seluruh Sabah.

Menurut Dr. Hassan ada banyak pihak boleh terlibat secara langsung untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dengan mengadakan program bersama dengan KKM seperti pertubuhan bukan kerajaan, parti-parti politik dan termasuklah persatuan-persatuan.

“KKM amat memerlukan penyertaan sukarelawan dan masyarakat untuk membantu memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Saya yakin Puteri UMNO salah satu ngo dan badan siasah yang sangat aktif membantu masyarakat.

Tambah beliau mereka (Puteri UMNO) dapat mewakili rakyat termasuk dalam golongan ibu dan remaja dan penglibatan mereka secara tidak langsung dapat membantu masyarakat yang tinggal di pinggir-pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman di Sabah.
Melalui Puteri UMNO masyarakat luar bandar memerlukan perkhidmatan kesihatan dapat dibantu dengan berurusan dengan pihak pengurusan klinik atau hospital membawa pegawai perubatan masuk ke kawasan yang agak terpencil untuk di beri rawatan melalui Kem Kesihatan atau Klinik Bergerak.

“Program ini adalah berterusan dan bukan one off dan kita berharap usaha Puteri UMNO dapat membantu masyarakat yang terpinggir dari mendapat perkhidmatan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin menyeru ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Sabah diminta menjayakan sepenuhnya program gerak kerja transformasi bagi memastikan ahli-ahli parti sentiasa dekat dan mesra dengan rakyat.

Katanya, program ini bagi menghubung jalin dan mengeratkan hubungan antara Puteri dengan rakyat di peringkat akar umbi itu perlu dilaksanakan secara berterusan dan bukan bermusim.

Menurut beliau, program seperti Projek Puteri Prihatin (3P) yang merupakan sebuah program kebajikan khidmat masyarakat itu juga sepatutnya dijadikan sebagai platform bagi mendekatkan Puteri dengan golongan muda.

"Kita amat berharap gerak kerja transformasi ini dilaksanakan secara lebih menyeluruh sama ada di peringkat bahagian atau di cawangan-cawangan.

"Program ini amat penting sebagai kesinambungan atau pengukuhan kepada program mesra rakyat yang dilaksanakan oleh Puteri selama ini," katanya.

Jelas beliau, program 3P lebih berbentuk kepada pendekatan kesihatan dan bebajikan seperti melalui program Klinik Bergerak Projek Puteri Prihatin di mana sukarelawan yang terdiri daripada ahli Puteri akan turun padang memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat.

Musliati berkata, program seperti itu adalah merupakan serampang dua mata kerana selain dapat meninjau sendiri masalah rakyat, ahli Puteri juga dapat mengenal pasti keperluan masyarakat akar umbi.
 

Khamis, 29 September 2011

SAMBUTAN RAYA MERDEKA PuTERI SIPITANG DI ZON LUPAK

Sambutan merdeka raya walaupun hampir kepenghujungnya tetap diraih oleh semua peringkat. Pergerakan puteri umno bahagian sipitang bersama puteri cawangan kawasan zon Lupak berjaya menjayakan jamuan mesra aidil fitri dengan kerjasama padu KEMAS di zon tersebut.

Majlis ini telah diadakan di dewan kg lupak. Selain dari memberi suntikan keceriaan kepada pelajara KEMAS dengan meraihkan ulang tahun serentak sepanjang tahun, ia juga bertujuan merapatkan lagi hubungan kepimpinan bersama kumpulan ibubapa dan masyarakat setempat.

Dalam majlis tersebut jawatan kuasa puteri bahagian dan puteri cawagan memakai pakaian seragam rasmi puteri umno untuk membangkitkan kembali aura batik puteri.

Ketua pergerakan puteri bahagian berkata " sudah lama sarung batik puteri umno hanya dipakai ketika persidangan sahaja. Pakaian ala pink atau merah jambu mengambil tempat dalam majlis2 rasmi umno atau kepimpinan sehingga ada yang sudah lupa corak batik kebanggaan puteri umno. "

" Kini sudah tiba masanya kita hidupkan semula aura batik puteri umno malaysia agar tidak dilupai. Bukan menidak warna tema pink sebagai sesuatu tema fleksible tetapi pink ini sangat sesuai disarungkan oleh seluruh peringkt usia. Malahan wanita sendiri juga menyukai warna ini. Namun imej sebagai warga puteri umno perlu menyemarakkan semula pakaian asas pergerakan agar semangat gelombang merah jambu semakin kukuh" tegasnya.

pergerakan puteri sipitang mengambil pendekatan mesra masyarakat dengan melaksanakan program kemasyarakatan seiring dengan pelaksanaan yang sama dilakukan oleh kepimpinan umno bahagian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 26 September 2011

INSAN ISTIMEWA DAPAT PERHATIAN PUTERI SANDAKAN

Walaupun mereka tidak sesempurna kanak-kanak lain. Tetapi keinginan mereka untuk diberi perhatian sama sahaja dengan kanak-kanak lain. Sempena bulan Syawal masih lagi dalam suasana raya, pergerakan puteri UMNO Sandakan. Menzahirkan keprihatinan mereka ke atas kanak-kanak istimewa dengan meraihkannya dalam majlis raya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 25 September 2011

PUTERI SIPITANG SERTAI KONTIJEN PerBaRISAN HARI MErDEKA DAERAH SIPITANG

Walaupun sambutan kemerdekaan telah berlalu, hari Malaysia juga telah berlalu, namun sambutan kemerdekaan yang menjadi rutin daerah sipitang tetap dilaksanakan pada tahun ini.

Kali ini pergerakan puteri uMNO Bahagian sipitang menyertai perarakan kemerdekaan peringkat daerah sipitang yang dirasmikan sendiri oleh YB datuk sapawi ahmad, ahli parlimen p 178 sipitang. Seramai 128 orang gabungan ahli puteri bersama pergerakan wanita, pemuda dan barisan jwtankuasa Umno bahagian dalam 1 pasukan mengibarkan jalur gemilang sepanjang perarakan yang bermula perkarangan IPD sipitang hingga ke esplanad sipitang

Ketua pergerakan puteri UmNO sipitang, dg maimunah sidek turut serta perarakan tersebut sebagai menambah semngat ahli-ahli puterim

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 21 September 2011

PUTERI SIPITANG RAIH ULANG TAHUN PELAJAR DLM MAJLIS MOTIVASI

Sipitang : pergerakan puteri UMNO Sipitang meneruskan aktivitinya dengan melaksanakan program motivasi untuk memberi semnagat kepada calon SRU (sijil Rendah Agama) yang bakal menjelang awal okt depan.

Majlis dimulakan dengan dengan melakukan solat Hajat yang diimamkan oleh ustaz Hj Razali diikuti bicara motivasi yang disampaikan oleh YDP en muanam mujiarto diikuti ucapan rangsangan semangat yg disampaikan sendiri Ketua Puteri Bahagian Sipitang dg maimunah sidek.

Majlis sederhana ini diadakan di SANS lumadan antara beberapa buah sekolah yang dipilih oleh pergerakan puteri sebagai cara mendekati generasi muda dan ibubapa.

Pergerakan puteri memberi kejutan dengan meraih hari jadi pelajar tahun 6 sekolah tersebut dengan upacara pemotongan kek diikuti penyerahan hadiah hari jadi kepada mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 20 September 2011

PUTERI PAPAR BERSAMA KETUA PUTERI MALAYSIA MENZIARAHI RUMAH ORANG TUA KINARUT

Sempena menyambut hari raya aidil fitri, pergerakan puteri UMNO bahagian Papar bersama YB Datuk Rosnah abd Rashid Shirlin, Ketua pergerakan Puteri UMNO Malaysia, timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar telah melakukan ziarah ke rumah orang tua di kinarut

Selain mendekati mereka yang memerlukan perhatian denga huluran kemesraan dan kasih sayang, rombongan ini mengambil kesempatan beramah mesra.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 15 September 2011

PERUTUSAN PERDANA MENTERI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

BERIKUT adalah perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia 16 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen pada jam 8.45 malam Khamis:

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham (was-was) mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada inisiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 14 September 2011

PUTERI UMNO SIPITANG RAIH RAYA MERDEKA

Sambutan merdeka raya sememangnya dirasai oleh seluruh umat Islam di malaysia. Perasaan sebegini dikongsikan oleh pergerakan puteri umno bahagian sipitang dengan memberikan kejutan dalam majlis jamuan raya merdeka raya aidil fitri bertempat perkarangan SMK gadong dengan acara pemotongan kek berbentuk bendera malaysia secara beramai2 dan tetmu hadir berpeluang menikmatinya

Selain itu pergerakan puteri juga yg sudah sinonim menyediakan doorgift telah memberi cenderamata berbentuk hiasan gelas bernama utk kenangan tetamu yang hadir memeriahkan majis berkenaan

Dianggarkan 5 ribu orang masyarakat datang ke jamuan rakyat dan berpeluang bermesra dengan seluruh kepimpinan umno bahagian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 4 September 2011

PUTERI SIPITANG MEMBUAT LAPORAN POLIS MEMBIDAS KEnYATAAN MAT SABU

Sipitang. 31hb ogos 2011. Pergerakan Puteri UMNO bahagian yang diketuai oleh ketuanya Dg maimunah sidek telah membuat laporan polis sebagai langkah membantah kenyataan yang dilakukan oleh timbalan presiden PAS mat sabu yang jelas mengangkat mereka yang menyerang anggota polis di bukit kepong itu sebagai pejuang negara.
dg maimunah mengatakan bahawa, tindakan mat sabu yang bukan sahaja mengangkat komunis sebagai pejuang negara malahan menyelar bahawa anggota polis ketika itu bukan pejuang kerana bekerja di bawah pemerintahan british yang merupakan penjajah tanah melayu ketika itu.

Ketua Puteri Sipitang sedang membuat laporan di kaunter IPD Sipitang
" Jelas. Mat sabu berhasrat untuk meputar belit fakta sejarah dengan keinginan agar sejarah mampu diubahnya."
"Ini merupakan strategiknya untuk mempopularkan dirinya." Tegasnya. "Walaupun tindakan itu menunjukkan dia sangat jahil dengan sejarah negara. Tindakannya turut mengatakan bahawa lupa isi kandungan ucapan beliau sendiri menunjukkan sebenarnya beliau sudah tersepit dengan kelepasan pernyataan yang dibuat sendiri."
" Mat sabu wajib meminta MAAF kepada mereka yang terlibat"tegasnya ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Sipitang
Turut bersama pen bendahari rozaimah bali, ajk puteri hafizah jismil, dg zawanah jwtan pu3 cawangan serta ajk pemuda sipitang yang turut sama mebuat laporan tentang tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 3 September 2011

RUMAH TERBUKA PUTERI SEPANGGAR DGN CAWANGAN PUTERI,

Sepanggar. 3hb ogos 2011. Sempena aidil fitri masih hangat dirasakan. Hari ke lima. Pergerakan puteri umno bahagian sepanggar dengan usaha lebih mesra bersama ahli puteri peringkt cawangan telah mengadakan rumah terbuka puteri di cawangan Tebobon. Labau dan tebobobon bukit

Turut hadir memeriahkan suasana ini. Ketua pergerakan puteri bahagian aziah atoh yg juga pen setiausaha puteri umno sabah serta jawatankuasa puteri bahagian sepanggar .

Salam aidil fitri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 2 September 2011

PUTERI KUDAT MERAIH SAUDARA BARU DI KG LAYANG KUDAT

Kudat. 3hb ogos 2011. Usaha merapatkan lagi keutuhan persaudaraan sesama Islam sangat penting untuk menentukan perjuangan mensyiarkan agama suci islam tetap terpelihara.

Sempena menyambut bulan lebaran mulia ini, pergerakan puteri UMno kudat mengadakan majlis menyampaikan sumbangan. Kepada saudara-saudara baru di kg layang pitas sebagai tanda bahawa mereka tidak dipinggirkan walaupun baru menganut agama islam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 1 September 2011

RUMAH TERBUKA KETUA PUTERI KUDAT

Kudat. 31hb ogos 2011. Bertempat perkarangan rumah ketua Puteri UMNO Kudat, normala rasick bersama puteri kudat telah mengadakan rumah terbuka.

Dalam majlis tersebut, selain menjamu makan kepada masyarakat setempat, pergerakan puteri juga menyumbangkan derma berupa makanan asas kepada mereka yang memerlukan bantuan . Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua UmnO bahagian kudat yB datuk bolkia yang turut hadir menjayakan majlis tersebut.

Turut hadir ketua pemuda kudat Shariff sahar serta jawatankuasa puteri kudat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 31 Ogos 2011

SAMBuTAN MERDEKA RAYA AIDIL FITRI UMNO SIPiTANG

Sipitang. 31hb ogos 2011. Sambutan rumah terbuka sempena raya aidil fitri umno bahagian sipitang pada tahun ini, bukan sahaja jatuh pada raya ke-2 malahan tarikh istimewa kerana berlangsung pada sambutan hari kemerdekaan malaysia.

Dewan sebaguna sipitang diwarnai kemeriahan , dengan kehadiran masyarakat yang memenuhi dewan untk bersama2 menyambut raya aidil fitri tidak kira pegangan agama.

Dalam majlis tersebut, pergerakan puteri umno sipitang telah melakukan kejutan dengan mengarak kek bendera malaysia diiringi lagu kemerdekaan masuk ke dewan. Upacara pemotongan kek bendera disaksikan oleh seluruh yang hadir dalam majlis tersebut.

Tema kuning keemasan sebagai tema pemakaian pada tahun ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA KETUA PUTERI MALAYSIA DAPAT SAMBUTAN

Papar: 1hb september 2011. Sambutan rumah terbuka Aidi Fitri 2011 YB datuk Rosnah Abdul rashid Shirlin di dewan masyarakat papar mendpat sambutan ramai dan di luar jangkaan kemeriahannya.

Turut hadir dalam majlis tersebut YAB ketua Menteri sabah DSP Musa Aman merangkap pengerusi perhubungan umno sabah bersama rombongannya terdiri dari ketua puteri Umno Sabah musliati moslimin dan ketua puteri sipitang merangkap exco puteri umno malaysia, dg maimunah sidek.

Dalalam majlis tersebut, kanak-kanak yang hadir telah mendapat keistimewaan menerima duit raya yg disampaikan oeh YAB ketua menteri dan yb dtk rosnah. Suasana lkemeriahan ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada orang dewasa, malahan disambut ceria oleh kanak-kanak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KEHADIRAN KETUA MENTERI SABAHMAJLIS RUMAH TERBUKA KETUA PuTERI UMNO MALAYSIA DI PAPAR

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 27 Ogos 2011

ZIARAH KASIH PUTERI SIPITANG IV DI KG LUMADAN

Sipitang: 27hb Ogos 2011. Tidak digambar ketika menerima kunjungan mengejut oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang yang diketuai sendiri ketua Puteri Bahagian Dg  Maimunah Sidek bersama Ahli Jawatankuasanya serta diiringi oleh AJK UMNO Bahagian yang merupakan Ketua Zon Lumadan En Muanam Mujiarto ke beberap buah rumah yang telah diputuskan semasa melakukan pemilihan penerima.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang berbincang seketika dengan tuan rumah bersama AJK UMNO Bahagian, En Muanam Mujiarto
Nenek ini hanya keluar dari rumah apabila mendapatkan rawatan di pusat kesihatan.  Walaupun dalam keadaan uzur, ia masih ingin melayan kunjungn rombongan Puteri UMNO bahagin ke rumahnya.
En Muanam sempat mengusik nenek ini ketika menyerahkan barang makanan diperhatikan oleh ketua Puteri UMNO bahagian Sipitang.  Merapatkan lagi kemesraan sesama saudara Islam.

WALAU TERPAKSA REDAH LUMPUR, ZIARAH KASIH III PUTERI SIPITANG TETAP DITERUSKAN

Sipitang 26hb Ogos 2011. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian sipitang melaksanakan sekali lagi Ziarah Ramadan sesi III. Kali ini ziarah fifokuskan kawasan Kg Pelakat, Kg Mesapol dan kg Weston. Kebetulan ketika itu, kg Pelakat dan Kg Mesapol baru sahaja mengalami banjir sehingga keadaan beberapa rumah yang hendak dikunjungi terpaksa diredah dengan halaman dan dalam rumah disaluti lumpur .

Keadaan berlumpur yang agak dalam selepas banjir di Kg Pelakat membuatkan penerima tidak membenarkan Ketua puteri Bahagian turun dari track keretanya. penerima meminta biar dia sahaja mendekati. Apa lagi keadaan rumahnya yang masih disaluti banjir lumpur

Ketua Puteri UMNO Bahagian Dg Maimunah bersama Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO tidak menhiraukan keadaan tersebut, dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda meredah lumpur  untuk sampai ke lokasi yang telah ditetapkan. kehadiran mereka disambut dengan kesyukuran oleh seorang ibu tunggal.
Walaupun mereka penerima sumbangan Pergerakan puteri Sipitang, tidak bermakna mereka tidak boleh dihormati sebagai seorang yang jauh usia. ketua pergerakan mencium tangan si ibu penerima sebagai menzahir penghormatnnya dan kasih sayangnya.
Nenek ini mempunyai masalah pendengaran. Bersama AJK UMNO Bahagian, en Ismail Hj ambar, Ketua puteri seketika berbual-bual dengannya.
Bersama Ketua kampung, menziarahi ibu tunggal di kg Hulu Weston.

PUTERI SEMPORNA BANTU 12 KELUARGA KURANG MAMPU


Semporna : 27 Ogos 2011. Program Ziarah Ramadan anjuran Puteri UMNO Bahagian Semporna adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan selain mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan memesongkan akidah mereka khususnya umat Islam.

Ketua Puterinya, Zakiah Kalipunya berkata, program itu diharap mampu membantu golongan tersebut dengan pelbagai cara selain meringankan beban mereka.

"Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk keperluan harian dan duit raya supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri dalam suasana ceria," katanya selepas Program Ziarah Kasih Ramadan dibeberapa buah kampung di Semporna kelmarin.

Sebanyak 12 keluarga terdiri golongan kurang bernasib baik seperti warga emas menerima bantuan daripada sayap Puteri UMNO Semporna itu, dari sekitar Kampung Seloka 4, Kg. Bugaya, Kg. Senallang Laut, Kg. Keramat, Kg. Bubul, Kg. Simunul Ice Box, Kg. Kabogan, Kg. Batu Hilas, Kg. Sri Jaya, Kg. Pababag, Kg. Perigi dan Kampung Bubul Hujung Airport. Sumbangan berbentuk beras, barangan dapur dan duit raya.

Menurut Zakiah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, menerusi program itu, pihaknya bergerak sendiri ke rumah golongan terbabit bagi mendekati dan menyelami masalah yang dihadapi mereka.

Jelasnya ahli-ahli Puteri UMNO boleh menjadikan Ramadan sebagai bulan muhasabah diri atau menilai semula apa yang dilakukan dalam usaha memperbaiki kelemahan yang ada.

“Ramadan mampu mengajar atau membentuk diri kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.

Jadi janganlah menjadikan puasa sekadar bulan pesta makan ketika menghampiri waktu berbuka atau pesta membeli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA PUTERI, PEMUDA DAN UMNO BAHAGIAN KUDAT

KUDAT: 27hb Ogos 2011. Walaupun Bulan Mulia Bulan Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya, tetapi majlis meraihkan mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan tetap masih berpeluang menikmati huluran ikhlas dari mereka yang sangat prihatinan. Berpandukan matkalamat perjuangan kebajikan ini. UMNO Bahagian Kudat bersama ADUN Pitas iaitu YB Datuk Bolkia telah mengajurkan majlis berbuka puasa untuk meraih golongan yang memerlukan bantuan.
YB DATUK BOLKIAH MEMBERI UCAPAN DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT DUN PITAS
NORMALA KETUA PUTERI BAHAGIAN MENGABADIKAN KENANGAN SEMENTARA MENANTI MASA BERBUKA PUASA DENGAN DUA AHLI JAWATNKUASANYA
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA KEPADA PENERIMA DARI KETUA UMNO BAHAGIAN YG BATUK BOLKIA DIIRINGI KETUA PUTERI DAN KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUDAT

ZIARAH RAMADHAN PUTERI SIPITANG KAWASAN DUN SINDUMIN

Sipitang. 26hb Ogos 2011: Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang yang diketuai Dg Maimunah Sidek , meneruskan jelajah Ramadhan. Kali ini, lokasi beralih ke kawasan DUN Sindumin. Mereka telah menetapkan unutk menziarah penerima sumbangan yang telah ditetapkan setelah melakukan penyenaraian calon penerima dengan berbincangan serta kerjsama kepimpinan tempatan kawasan tersebut.

Ketua Puteri Bahagian sendiri , memandu , bersama jawatankuasa Puteri serta seorang AJK Wanita Bahagian dan pegawai dari UPKR N28 Sindumin melaksanakan program yang telah ditetapkan

Kali ini, sasaran dalam Lokasi Kg Pasir Putih, Kg Pantai, Kg Ranau-Ranau, Kg Tali Air, Kg Banting, Kg Lubang Buaya, Kg Siputol, Kg Menengah, Kg Pelakat Skim, Kg Luagan sindumin dan kg Sindumin. Seramai 23 penerima disasarkan telah berjaya dikesan.

PROGRAM RAMADHAN PUTERI UMNO BELURAN

Masjid Al-Asibih Sugut Beluran
Mereka masih ada yang tetap menyayangi

Salah seorang fakir miskin penerima sumbangan dari Kg Rungus Sugut Beluran
Julie sabran bersama Jawatankuasa Puteri Bahagian Beluran berbuka puasa bersama-sama untuk merapatkan lagi hubungan kerjasama sesama mereka