Rabu, 5 Jun 2013

NURUL IZZAH WAJAR SEDAR: KETUA PUTERI SABAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakutu.

Apabila membaca desakan yang dibuat oleh YB Nurul Izzah dan juga rancangan peguam PKR Sabah ke atas YAB Musa Aman. Saya mewakili rakan ketua-ketua puteri UMNO bahagian di Sabah memandang berat ke atas apa yang berlaku.

Tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menyekat kemasukan YB. Nurul Izzah Anwar ke Sabah adalah satu langkah yang tepat sekali. Harus dingat negeri Sabah cukup menjaga keharmonian perpaduan kaum yang selama ini amat terpelihara dan menjadi wadah perpaduan pelbagai etnik masyarakat Negeri Sabah.

Sudah tentu jika dibenarkan YB. Nurul Izzah memasuki negeri Sabah, beliau akan menggunakan Pesta Kaamataan dijadikan gelangang untuk menghasut rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN Sabah dengan kononnya Pilihanraya ke 13 tidak adil. Persoalannya sekarang ialah YB. Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan pihak pembankang juga memenangi beberapa negeri, jika mereka mengikhtiraf PRU13 tidak adil maka seharusnya mereka dengan terhormat tidak menubuhkan kerajaan negeri di kawasan yang mereka menangi, tetapi indah khabar dari rupa. Saya menyeru kepada YB. Nurul Izzah Anwar agar menghormati aliran demokrasi  pilihan rakyat Sabah sepertimana pihak BN di kawasan beliau menghormati kemenangan beliau.

Sehubungan dengan itu, tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menjaga perpaduan dan keharmonian masayarakat Sabah adalah amat tepat sekali setelah rakyat Sabah menterjemahkan hati nurani mereka melalui undi dalam PRU-13 melalui kemenangan cemerlang BN Sabah dibawa kepimpinan YAB. Ketua Menteri Sabah.

Permintaan YB. Nurul Izzah Anwar supaya YAB. Ketua Menteri Sabah memohon maaf adalah tidak masuk akal kerana amanah rakyat Sabah menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri Sabah untuk beliau perjuangkan supaya keharmonian dan perpaduan masayarakat di negeri Sabah sentiasa dalam keadaan terpelihara dan aman.

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau, Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut. Undang-undang Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'. Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.  Tindakan disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah.  Namun,  mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia,  YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang  tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah. Anggapan  bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik, hanyalah 'tindakan keanakan' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'. Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, YAB Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas, malah tidak menghalang  menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.Sewajarnya mulai sekarang, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang  patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta, bukannya demonstrasi  atau membuat publisiti murahan 

Seharusnya YB Nurul Izzah sedar dengan 'sekatan' berkenaan dan  menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

Saya percaya dengan sokongan padu daripada rakyat Sabah, YAB. Ketua Menteri Sabah akan terus mengotakan janji dalam Manifesto BN untuk rakyat Sabah mendapat faedah yang berterusan.

Hjh Musliati Moslimin
Ketua Puteri UMNO Sabah
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
6hb Jun 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan