Khamis, 22 Julai 2010
SALAM TAKZIAH
Selasa, 20 Julai 2010
Kaamatan dirai dengan pelbagai kaum tanda keunikkan orang Sabah : Rosnah

KOTA KINABALU: Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Pesta Kaamatan bukan sahaja diiktiraf oleh Kerajaan dan diraikan oleh kaum KadazanDusun tetapi perayaan ini diraikan oleh kaum-kaum lain di negara ini.
Beliau Timbalan Menteri Kesihatan berkata perayaan ini juga menjadi platform untuk sanak saudara dan keluarga berkumpul untuk beramah mesra dan juga mengeratkan lagi silaturahim serta membuktikan keunikan masyarakat di Sabah
Tambahnya nilai-nilai kesatuan dalam begitu terserlah dalam kalangan kita, sehinggakan Perdana Menteri sendiri telah mengiktiraf kita di negeri Sabah sebagai contoh terbaik bagi kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu dalam suasana penuh harmoni.
Katanya semua masyarakat sama ada sebagai pemimpin, penjawat awam, ahli parti dan rakyat keseluruhannya mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi memastikan negeri Sabahterus kukuh, stabil dan makmur.
“Ini amat penting bagi membolehkan kita menjayakan pelbagai rancangan dan agenda pembangunan terutama di kawasan luar bandar dengan lebih berkesan dan menyeluruh untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan kita bersama.,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Hari Guru, Hari Belia dan Hari Jururawat 2010 di Dewan SMK Limbanak Penampang di sini hari ini. Program merupakan anjuran bersama Puteri UMNO Malaysia dan Puteri UMNO Sabah.
Turut hadir sama Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslini dan ketua-ketua Puteri UMNO bahagian.
Rosnah yang juga Ketua Puteri UMNO Malaysia turut menasihati golongan belia yang merupakan sebagai tulang belakang masa depan negara agar sentiasa lengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini yang mampu memajukan diri ke hadapan.
Jelasnya, belia hari ini haruslah mencari erti jati diri dan belajar menghargai generasi terdahulu dan sejarah agar hidup dalam panduan yang lebih terarah dan berpaksikan kepada nilai Negara Malaysia yang kita cintai.
Rosnah juga berharap para Guru dan Jururawat sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan depan yang lebih mencabar terutamanya dalam era digital dan globalisasi.
“Saya yakin dan percaya, kita semua pernah melalui zaman muda belia, semua pernah ke sekolah dan ada juga yang sakit dan pernah dirawat di klinik dan hospital.
“Dalam apa jua keadaan, samada kita sebagai pelajar, sebagai pesakit mahupun sebagai anggota masyarakat, kita sentiasalah cuba memahami dan menyelami peranan masing-masing agar kita hidup dengan lebih selesa, harmoni dan bahagia bersama,” tambah beliau lagi.
Dalam majlis itu turut diadakan pertandingan Little Unduk Ngadau dan persembahan kebudayaan.
Pelancaran Kempen Keahlian "Puteri UMNO Pilihanku"


Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Ramlee Marhaban dan turut disertai Puan Hajah Mosliati Muslimin. Pelancaran tersebut anjuran Biro Keahlian Puteri UMNO Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Puteri UMNO Bahagian.
Skuad Bencana Alam

Dalam misi berkenaan, Skuad Bencana Alam PUTERI UMNO SABAH ke Kota Belud, Kota Marudu, dan Kudat dan Kinabatangan pada awal tahun ini.
Antara yang turut serta, Puan Hajah Musliati Moslimin, Puan Effaridun Ismail, Puan Redonah Bahada dan Puan Normalah Rasik.
Puteri Singgah Berbakti Di Kota Koboi


Fiesta Tarian Kreatif Melayu julang budaya
Turut hadir Puan Hajah Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri sabah, Datuk Nasrun dan YB Datuk Bolkiah.
Antara lain program berkenaan adalah untuk menarik minat golongan wanita muda di bawah umur 35 tahun yang menyertai program-program yang dianjurkan. Ia juga bertujuan untuk menambah keahlian di setiap Bahagian sebagai ahli puteri UMNO. Program ini juga mampu memartabatkan budaya melayu dan bumiputera terutama orang wanita muda.


