Selasa, 20 Julai 2010

Fiesta Tarian Kreatif Melayu julang budaya

BUAT julung kalinya, Biro Kebudayaan Pergerakan Puteri UMNO Sabah menganjurkan Fiesta Tarian Kreatif Melayu pada 15 Februari 2010 di Shangri-La Tanjung Aru. Program yang dipengerusikan oleh Puan Normala, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Turut hadir Puan Hajah Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri sabah, Datuk Nasrun dan YB Datuk Bolkiah.
Antara lain program berkenaan adalah untuk menarik minat golongan wanita muda di bawah umur 35 tahun yang menyertai program-program yang dianjurkan. Ia juga bertujuan untuk menambah keahlian di setiap Bahagian sebagai ahli puteri UMNO. Program ini juga mampu memartabatkan budaya melayu dan bumiputera terutama orang wanita muda. Program itu menyaksikan pertandingan tarian kreatif dan fesyen kebaya dan Kumpulan Tarian dari Kota Kinabalu dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan itu manakala peserta daripada Tuaran muncul Johan dalam pertandiangan fesyen Ratu Kebaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan