Ahad, 12 September 2010

Program Sinar Ramadan Puteri UMNO Sabah

BERTEMPAT di Beverly Hotel, Kota Kinabalu pada 30 Ogos yang lepas, Puteri UMNO Sabah dengan kerjasama Puteri UMNO Malaysia telah mengadakan Program Sinar Ramadan bersama golongan yang memerlukan. Turut hadir dalam program berkenaan, Exco Puteri UMNO Malaysia, Siti Zawyah Zainuddiin yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Khidmat Sosial Puteri UMNO Malaysia, Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya, Exco Puteri UMNO Malaysia, Dayang Maimunah Sidek, Penolong Sertiausaha Pusat Zakat Sabah, Dahlan Marali, Penolong Setiausaha Puteri, Aziah Atoh, Penolong Bendahari Puteri, Effaridun Datuk Ismail, Ketua Penerangan Puteri, Nazliah Ali, ketua-ketua Puteri UMNO bahagian serta 20 ibu-ibu tunggal dan pertubuhan bukan kerajaan. Dalam majlis 20 ibu tunggal menerima satu kampit beras sumbangan bernas dan wang tunai sempena bulan Ramadan. Ibu-ibu tunggal itu daripada kawasan Papar hingga bandar raya Kota Kinabalu. Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sebagai ibu tunggal bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk membesar anak-anak dan menerusk kehidupan. Beliau berkata golongan ini perlu mempunyai semangat yang tinggi dan jangan berputus asa untuk mencari rezeki yang halal. Golongan ibu tunggal dinasihatkan supaya merenut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan sama ada dalam sektor pekerjaan, perkhidmatan dan melalui aktiviti-aktiviti sosioekonomi. "Kerjaan melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai program dan geran peruntukan bagi memulakan perniagaan. "Latihan untuk ibu tunggal bagi memperkasakan tahap kewangan dan ekonomi ada disediakan. Saya minta golongan ini dapat merujuk kepada agensi-agensi kerajaan untuk mendapat khidmat panduan dan nasihat," ujarnya. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menyarankan Puteri UMNO Sabah dapat membantu menyalurkan kepada saluran tertentu untuk membantu ibu-ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Beliau berharap usaha ini akan diteruskan dan menjadi aktiviti rutin Puteri UMNO Sabah untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Sehubungan itu, Rosnah berharap Program Jelajah Ramadan yang bakal dianjurkan setiap negeri-negeri dapat diberi sambutan dan diteruskan di setiap bahagian-bahagian mahupun dicawangan dengan memperluaskan golongan yang memerlukan bantuan. "Lebih banyak program untuk mendekati dan membantu rakyat lebih banyak usaha dapat kita salurkan dan ini memberi satu platform kepada ahli-ahli Puteri UMNO untuk melaksanakan lebih bermanfaat," tegas Rosnah. Teks beliau dibacakan oleh Exco Puteri UMNO Malaysia, Siti Zawyah Zainuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan