Bencana Banjir yang melanda Pakistan, yang terburuk sejak 100 tahun lalu benar-benar merintih perhatian dan bantuan masyarakat sejagat. Mangsa terkorban, hanyut dan mati sudah semakin meningkat mencecah ribuan orang. Meskipun mangsa telah dipindahkan ke tempat penempatan sementara yang lebih selamat namun, keadaan masih tidak boleh terjamin selamat memandangkan keadaan kian teruk dengan ketiadaan bekalan air bersih, tempat tinggal, makanan dan semua ini akhirnya akan membawa wabak penyakit. Keadaan banjir ini dijangka akan menjadi lebih teruk menjelang musim sejuk tidak lama lagi….Dikhabarkan, sudah banyak NGO menghulurkan dana dan bantuan termasuk dari Negara kita, namun tidak semua kawasan yang dilanda banjir dalam dikunjungi.
Sudah tiba masanya, Puteri UMNO Sabah meluaskan langkah ke Negara luar mengutip pengalaman membantu saudara yang memerlukan di sana... Sempena Kempen Mengumpul Pakaian dan Jualan Lelong bagi mengisi Tabung Bencana Paksitan, Puteri UMNO Sabah akan mengadakan kempen dan pengisian di semua peringkat Parlimen dan Bahagian di seluruh Sabah. Acara ini bermula serentak pada 10 Oktober ini dan melibatkan semua Puteri UMNO di 25 Parlimen.
Kepada mereka yang ingin membantu, menderma atau memberi pakaian kepada mangsa yang memerlukan ini bolehlah menemui Puteri UMNO di Bahagian anda pada tarikh berkenaan atau berhubung terus kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian masing-masing.
Sebarang pertanyaan dan maklumat, bolehlah menghubungi Puan Efaridun Datuk Haji Ismail. Semoga usaha murni ini mendapat meringankan beban mangsa banjir di Pakistan dan menyucikan hati sesiapa yang menderma… terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan