Rabu, 22 Disember 2010

JOM MASUK KAMPUNG PUTERI UMNO PENAMPANG

22 warga emas, ibu tunggal terima bantuan KrismasPenampang : 23 Dec 2010Kira-kira 22 orang warga emas dan ibu-ibu tunggal dari sekitar Kampung Kandazon, Pernampang semalam menerima sumbangan daripada Puteri UMNO Penampang bersama Puteri UMNO Sabah sempena Program Jom Masuk Kampung,Program tersebut disertai Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin, exco Puteri UMNO Malaysia, Dg Maimunah Sidek yang juga Ketua Puteri UMNO Sipitang, Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO Kudat, Normala Rascik, dan disertai ahli-ahli Puteri UMNO Penampang, ketua-ketua cawangan Puteri dan para penerima bantuan.




































Program Jom Masuk Kampung merupakan program kemasyarakatan dan kebajikan untuk ahli-ahli Puteri mendekati rakyat di akart umbi umbi. Program Jom Masuk Kampung di Kampung Kandazon merupakan anjuran Puteri UMNO Negeri dengan Puteri UMNO Bahagian Penampang. Sumbangan yang diberikan berupa hamper sempena Hari Krismas.


Menurut Musliati program kemasyarakatan tersebut merupakan program utama Puteri UMNO untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi“Saya sering menekan kepada pemimpin Puteri UMNO perlu kembali kepada politik fundamental jika mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti pemerintah iaitu kerajaan Barisan Nasional melalui konsep turun padang setiap program,” katanya.Tegas Musliati jika pemimpin dulu dahulu sanggup turun padang bertemu rakyat sehingga ke kawasan pedalaman, mengapa Puteri UMNO sebagai sayap bungsu tidak mengikuti jejak langkah tersebut.
“Kita sebagai pemimpin Puteri di peringkat bahagian mestilah sentiasa bersama rakyat. Kita perlu mendekati rakyat melalui pelbagai program pada setiap hujung minggu seperti Program Merentas Lautan menghulur sumbangan,” jelasnya.
Selain Program Jom Masuk Kampung, Puteri UMNO juga sedang mempergiatkan program penambahan keahlian merupakan salah satu agenda penting kepada Puteri UMNO dan matlamatnya bukan sekadar untuk menambah angka-angka baru tetapi menambah pemimpin-pemimpin pelapis muda untuk parti.














Beliau berkata Puteri UMNO tidak boleh memandang remeh dengan program penambahan keahlian ini dan kita tidak boleh terlepas pandang untuk menarik ahli-ahli meski pun hanya seorang.Beliau berkata masih terdapat golongan muda yang belum mendaftar sebagai ahli Puteri dan diharapkan dengan kempen-kempen keahlian itu lebih ramai penyertaan dapat dikumpulkan.

Tambahnya Puteri UMNO tidak mahu golongan wanita muda ini ketinggalan daripada mengikuti dan menyertai pelbagai program yang dilaksanakan oleh pergerakan dan diharapkan dengan menjadi ahli mereka akan lebih terdedah dengan aktiviti-aktiviti semasa sama ada dalam bentuk sosial dan ekonomi.Jelasnya, Puteri UMNO kehilangan ramai tenaga penggerak berwibawa yang selama ini dididik, diasuh dan dipersiapkan dengan kemahiran kepimpinan sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan