Rabu, 13 Oktober 2010

Puteri UMNO Sabah sasar kutipan jualan lelong RM12,500 ribu

PERGERAKAN Puteri UMNO Sabah menyasarkan hasil kutipan amal jualan lelong pakaian sebanyak RM12,500 di seluruh negeri Sabah. Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin berkata jualan lelong berjalan serentak pada hari ini ini di 25 Puteri UMNO bahagian untuk mengumpulkan dana Tabung Prihatin Puteri UMNO Malaysia bagi membantu mangsa bencana di Pakistan. Beliau berkata setiap Puteri UMNO bahagian akan mengutip paling minima sebanyak RM500 dan itu bergantung kepada hasil lelongan jualan pakaian-pakaian terpakai tersebut. “Hasil kutipan akan diserahkan kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO Maloaysia 20 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur,” jelas Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pasar Mimggu Jalan Gaya di sini pagi tadi. Turut hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmi Sarinoh dan ahli-ahli jawatankusa Puteri UMNO Kota Kinabalu.

Menurut Musliati untuk Puteri UMNO Kota Kinabalu kebanyakkan barangan yang dilelong adalah sumbangan daripada ahli-ahli UMNO termasuk ahli Puteri UMNO Kota Kinabalu. “Sekiranya program amal ini berjalan lancar, Puteri UMNO akan mengadakannya secara berterusan.

Sementara itu Musliati menambah untuk pilihan raya kecil di Dun Galas, Puteri UMNO Sabah akan bergerak ke Dun Galas pada 25 Oktober hingga 4 November. “Seramai 10 Ketua Puteri UMNO bahagian termasuk ahli-ahli Puteri UMNO terbabit pada pilihan raya tersebut. Memandangkan pilihan raya kecil berlangsung selepas perhimpunan agung UMNO kemungkinan lebih ramai jentera Puteri UMNO akan diturun ke Dun Galas untuk membantu jentera Puteri UMNO Malaysia dan Barisan Nasional.

Puteri UMNO Sabah akan menjaga Daerah Mengundi Sungai Terah di mana terdapat 1,890 pengundi Melayu yang bermula 25 Okt hingga 5 Nov akan berada di PRK Dun Galas diketuai Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin serta ketua-ketua Puteri dan ahli Puteri UMNO yang lain seramai 10 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan