Jumaat, 8 Julai 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN PERLU PROAKTIF

Junaidah Ketua Puteri Keningau memberi penerangan Bilik Gerakan
Puteri UMNO Bahagian keningau diperhatikan oleh Jawatankuasa
Puteri lain.
Keningau : 8 Julai 2011. Semua Puteri UMNO bahagian-bahagian digesa supaya membantu menyemak ahli-ahli Puteri UMNO kawasan masing-masing yang belum mendaftar sebagai pemilih perlu didaftarkan dengan segera.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin meminta Ketua-ketua Puteri UMNO bahagian supaya menyediakan rancangan serta tindakan bersesuaian menerusi pendekatan yang relevan dengan golongan muda sebagai usaha memperkasakan Puteri UMNO.

“Kita tidak mahu mereka (ahli Puteri) harus menunggu sehingga saat akhir kerana sekiranya tempoh yang diperuntukkan tamat, mereka terpaksa menunggu tahun berikut untuk pendaftaran semula dan ia sesuatu yang merugikan negara dan golongan muda paling ramai belum mendaftar sebagai pemilih.

‘Saya mahu setiap Puteri UMNO bahagian-bahagian mesti ada iltizam dan proaktif untuk mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran para pengundi yang layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka berbuat demikian,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa melawat Bilik Gerakan Puteri UMNO Zon 4 di Keningau, Pensiangan dan Tenom.

Turut hadir sama Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah Aziah Atoh yang Pengerusi Unit Khas Pilihanraya, Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda yang juga Timbalan Pengerusi Unit Khas Pilihanraya, Ketua Puteri UMNO Keningau, Junaidah Sapli, Ketua Puteri Tenom, Inahwaty Jaini, Naib Ketua Puteri Keningau, Salbiah Salaidedh, Naib Ketua Puteri Pensiangan, Sitam Ansula serta ahli-ahli Puteri UMNO Keningau, Pensiangan dan Tenom.

Semalam Musliati telah mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Puteri UMNO Ranau termasuk dalam Puteri UMNO Zon 4. Esok beliau akan melawat Puteri UMNO Zon 6 di Semporna, Tawau dan Kalabakan untuk meninjau persiapan Bilik Gerakan di setiap Puteri UMNO bahagian-bahagiajn seluruh Sabah.

“Mereka (Jawatankuasa Puteri UMNO bahagian) mesti turun padang untuk mengenal pasti ahli-ahli Puteri UMNO yang belum membuat pendaftaran dan penyemakan daftar pengundi supaya berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kelak,” tegasnya.

“Paling utama bermula dari sekarang hingga pilihan raya umum ke-13 akan datang, setiap Puteri UMNO bahagian perlu mencari dan mengenalpasti dan mengadakan pelbagai program kemasyarakatan dan kebajikan menerusi Program Juara Rakyat di bahagian-bahagian untuk menarik golongan wanita muda mendaftar sebagai pemilih dan ahli UMNO, “ tegas Musliat yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu. Tegasnya, ia merupakan amanat penting beliau yang perlu disampaikan ke peringkat akar umbi bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi.

"Kita dapati masih ramai golongan muda yang belum mendaftar sebagai ahli Puteri seerta daftar pemilih diharapkan dengan kempen-kempen keahlian itu lebih ramai penyertaan dapat dikumpulkan.

"Kita tidak mahu remaja wanita kita ketinggalan mengikuti pelbagai program yang dilaksanakan oleh Pergerakan Puteri dan diharapkan dengan menjadi ahli mereka akan lebih terdedah dengan aktiviti-aktiviti semasa sama ada dalam bentuk sosial dan ekonomi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan