|
Saridah Kputeri Bahagian Beaufort memberi penerangan data
Bilik Gerakan Puteri UMNO Beaufort |
Beaufort : 28 Jun 2011. Ahli-ahli Puteri UMNO perlu melakukan satu program turun ke bawah dan diberi perhatian serius dalam melaksanakan program-program yang dapat menyentuh hati dan perasaan rakyat. Ketua Puterinya, Musliati Moslimin berkata program seperti itu tidak melibatkan kos yang tinggi dan masa yang banyak. Katanya sejak dahulu lagi UMNO dan BN telah memberi perhatian kepada kebajikan dan masalah rakyat.
“Namun mungkin usaha itu tidak cukup, kita perlu bekerja lebih kuat lagi supaya UMNO dan BN dekat dengan rakyat. "Adalah penting bagi kita bersemuka mendengar secara langsung masalah rakyat. Daripada situ rakyat akan melihat kesungguhan kita dan perbezaan kita dengan parti pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi langsung tidak bekerja untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melawat Bilik Gerakan Zon 3 di Sipitang, Beaufor, Kimanis dan Papar. Turut hadir sama Timbalan Pengerusi Unit Khas Pilihan raya (UKP), Rredonah Bahanda yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Ketua Puteri UMNo Sipitang, Dayang Maimunah Sidek dan Ketua Puteri UMNO Beaufort, Saridah Mohd Dun, Ketua Puteri UMNO Kimanis, Saudah Sarzaman dan Ketua Puteri UMNO Papar, Yanti Adam
Menurut Musliati, aspek yang juga perlu diberi penekanan oleh Puteri Sabah ialah melakukan pendaftaran pemilih dengan lebih agresif supaya tidak ada mana-mana rakyat Sabah yang mencapai usia 21 tahun tersisih daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Selain itu, katanya, usaha menambah keahlian Pergerakan Puteri juga perlu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada golongan muda menyertai aktiviti semasa pergerakan itu sekali gus melatih mereka sebagai pemimpin masa depan. "Dalam menambah keahlian Puteri ini, harus diingat, kita bukan mengejar kuantiti semata-mata tetapi kita juga mengejar kualiti bagi memastikan kesinambungan perjuangan membela agama, bangsa dan negara akan diteruskan oleh generasi muda akan datang.
"Kita juga mahu supaya setiap ahli Puteri mampu menghayati wadah penubuhan dan perjuangan Puteri serta parti UMNO kerana tanpa perjuangan orang-orang terdahulu, siapalah kita pada hari ini dan yang penting kita mampu bersedia menghadapi cabaran akan datang," katanya. Menyentuh mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Musliti menggesa jentera pergerakan itu supaya mula menubuhkan bilik gerakan masing-masing serta mengemas kini data pengundi bagi mengelak timbul sebarang masalah pada saat-saat akhir kelak. Tegas Musliati, ahli Pergerakan Puteri juga perlu bersedia menjelaskan isu-isu semasa yang diperkatakan rakyat termasuk isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti pembangkang.
Begitu juga dengan isu negara kebajikan yang diuar-uarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sekali gus menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang cukup mengelirukan ahli-ahli parti itu, katanya. Tambah beliau, penjelasan mengenai gagasan 1Malaysia juga perlu diperluaskan kepada rakyat kerana gagasan itu semakin diterima baik oleh seluruh lapisan rakyat bagi memupuk perpaduan dan mengekalkan permaukafatan antara satu sama lain.
"Kalau gagasan ini tidak berjaya, tidak mungkin kerajaan pakatan pembangkang di Selangor seperti takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga mengarahkan pihak berkuasa tempatan menurunkan semua papan tanda 1Malaysia. "Begitu juga dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin menunjukkan bahawa mereka sebuah kerajaan yang rasis apabila menekan dan menindas peniaga Melayu di Pulau Pinang sedangkan kerajaan BN sentiasa menjaga dan meningkatkan keselesaan peniaga semua kaum di negara ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan