Sipitang. 31hb ogos 2011. Pergerakan Puteri UMNO bahagian yang diketuai oleh ketuanya Dg maimunah sidek telah membuat laporan polis sebagai langkah membantah kenyataan yang dilakukan oleh timbalan presiden PAS mat sabu yang jelas mengangkat mereka yang menyerang anggota polis di bukit kepong itu sebagai pejuang negara.
dg maimunah mengatakan bahawa, tindakan mat sabu yang bukan sahaja mengangkat komunis sebagai pejuang negara malahan menyelar bahawa anggota polis ketika itu bukan pejuang kerana bekerja di bawah pemerintahan british yang merupakan penjajah tanah melayu ketika itu.
Ketua Puteri Sipitang sedang membuat laporan di kaunter IPD Sipitang |
" Jelas. Mat sabu berhasrat untuk meputar belit fakta sejarah dengan keinginan agar sejarah mampu diubahnya."
"Ini merupakan strategiknya untuk mempopularkan dirinya." Tegasnya. "Walaupun tindakan itu menunjukkan dia sangat jahil dengan sejarah negara. Tindakannya turut mengatakan bahawa lupa isi kandungan ucapan beliau sendiri menunjukkan sebenarnya beliau sudah tersepit dengan kelepasan pernyataan yang dibuat sendiri."
" Mat sabu wajib meminta MAAF kepada mereka yang terlibat"tegasnya ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Sipitang
Turut bersama pen bendahari rozaimah bali, ajk puteri hafizah jismil, dg zawanah jwtan pu3 cawangan serta ajk pemuda sipitang yang turut sama mebuat laporan tentang tersebut. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan