Pergerakan puteri UMNO Bahagian Kota Marudu seperti tahun sebelumnya masih mengekalkan usul mereka iaitu usul agar 1 kerusi diberikan kepada UMNO bagi Pilihanraya akan datang. Tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak ahli UMNO yang ramai di kawasan tersebut.
Perkara ini telah disampaikan sendiri oleh ketua pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu, Redohan Bahanda. Dalam ucapannya, Ketua sayap tersebut menegaskan bahasa sudah tiba masanya kepimpinan memandang serius permintaan akar umbi ahli UMNO yang berada di kawasan tersebut.
Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu telah diadakan pada 7hb Mei 2011, bertempat di dewan SMK II Kota marudu dan telah berjaya dihadiri keseluruh perwakilan cawangan Puteri sebanyak 58 cawangan. Persidangan tersebut dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, merangkap Timbalan Menteri kesihatan Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut Dg Maimunah Sidek (wakil Puteri Negeri, Exco Puteri UMNO Malaysia, Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota marudu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Ketua Wanita UMNO Kota Marudu Puan Tina, Mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu Fina Abdullah dan mazrin serta jawatan kuasa UMNO Kota marudu dan jawatankuasa pemuda UMNO.
Sambutan meraihkan ulang tahun Puteri UMNO ke-10 disambut beriringan dengan meraihkan sambutan hari ibu. Upacara pemotongan dilakukan beramai-ramaik bersama perwakilan Puteri yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan