Penduduk Dun Tenang diminta memanfaatkan peluang untuk mengundi calon yang benar-benar berwibawa bagi membela nasib dan kebajikan rakyat serta menjamin masa depan yang lebih baik. Ahli Parlimen Kalabakan berkata, ramai di kalangan generasi muda hari ini tidak tahu bahawa mereka juga sebenarnya mempunyai kuasa penentu secara langsung kepada arah tuju politik negara.
-"Menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi amat penting kerana jika tersalah pilih, maka tidak lagi boleh berpatah balik sehinggalah diadakan semula pilihan raya. Saya minta semasa Pilihan Raya Kecil di Dun Tenang rakyat harus berfikiran positif agar membuat pilihan terbaik kepada diri sendiri dan untuk pembangunan di Tenang,” beliau berkata demikian semasa berada di Dun Tenang, Labis, kelmarin. Turut hadir sama Timbalan Ketua UMNO bahagian Kalabakan, Abdul Muis Picho yang juga Adun Sebatik.
Ghapur yang juga Ketua UMNO Kalabakan berkata, persoalan yang selalu ditimbulkan oleh golongan muda semasa berlangsung pilihan raya ialah apakah kebaikan kepada mereka jika mengundi calon tertentu. Katanya, kebaikan tersebut sebenarnya suatu yang subjektif kerana banyak perkara mungkin berlaku dalam keadaan para pengundi itu sendiri tidak sedar.
"Contohnya jika memilih calon daripada parti pembangkang yang tidak mampu berkhidmat kepada rakyat, dia bukan sahaja nanti akan gagal membela nasib golongan tidak berkemampuan, malah gagal melaksanakan program perancangan jangka panjang.
"Akibatnya nanti, rakyat di kawasan itu juga yang akan berhadapan dengan masalah, sedangkan mereka juga yang membuat keputusan memilih calon tersebut sebelum ini," jelas beliau. Ghapur turut meminta golongan muda juga perlu sedar bahawa pilihan raya bukan pentas untuk menguji populariti atau membalas dendam atas isu-isu peribadi tetapi lebih kepada menunai tanggungjawab membela nasib rakyat. Sehubungan itu, beliau meminta pengundi muda jangan terperangkap dengan strategi pembangkang. Keghairahan melakukan perubahan menyebabkan kita membuat perkara yang tidak sewajarnya kerana terikut-ikut dengan isu yang dimanipulasi oleh mereka.
"'Akhirnya, kita tidak mengetahui keutamaan sebenar membabitkan perkara-perkara yang dekat dengan hati dan kehendak rakyat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan