Selasa, 4 Januari 2011

PUTERI UMNO SABAH RAYU MENAIK TARAF SK GENTISAN

Pergerakan Puteri UMNO Sabah merayu Kemeneterian Pelajaran Malaysia supaya segera menaik taraf kemudahan di Sekolah kebangsaan Gentisan di Sepanggar yang berada dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.










Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Hjh Musliati Moslimin berkata, keadaan sekolah itu memerlukan pembaikan segera bagi membolehkan kira-kira 600 orang pelajar di sekolah tersebut mengikuti Pengajaran dan pembelajaran dalam kondisi yang selesa dan selamat.








Menurut beliau lagi, agak menyedihkan apabila sekolah berkenaan yang terletak tidak jauh daripada Bandar Raya Kota Kinabalu tetapi begitu terpinggir daripada perhatian Jabatan pelajaran Sabah dan Kementerian pelajaran Malaysia.



Sekolah ini telah dibina sejak tahun 1965 dengan bangunan kayu tidak mampu menampung jumlah pelajar yang setiap tahun bertambah jumlah kemasukannya. Kita mengharapkan perhatian dan tindakan pihak berkenaan memandangkan permohonan bagi menaiktaraf sekolah ini sudah lama dipohon". " Kita tidak mahu pelajar terus berada dalam keadaan bersesak semasa sesi P&P dalam bilik darjah , dalam masa yang sama mengharapkan pencapaian prestasi akademik mereka semakin membaik" katanya lagi semasa ditemui ketika menjayakan Program 'Back To School' di sekolah berkenaan yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Sabah dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.






Menurut Musliati lagi, hampir semua kemudahan di Pusat Sumber di sekolah tersebut atas inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tanpa bantuan peruntukan Kementerian pelajaran Malaysia, mahupun Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Walhal Pusat Sumber merupakan kemudahan yang sangat penting dalam menyemai budaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan pelajar.


Dengan perkembangan kemajuan negara dan negeri Sabah , keadaan prasarana di sekolah berkenaan sangat tidak kondusif dan tidak sesuai bagi sesi Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kondisinya sangat tidak wajar untuk kemajuan pembangunan negeri ini.

Berdasar maklumat yang diberikan, Sekolah ini hanya memiliki sebanyak 9 bilik darjah sahaja sedangkan jumlah pelajar di sekolah berkenaan adalah seramai 612. Sesi pembelajaran di sekolah tersebut dibuat dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Menurut Guru Besar, sekolah berkenaan memerlukan sekurang-kurangnya 3 bilik darjah sebagai bilik tambahan, memandang jumlah pelajar yang meningkat saban tahun.



Ketua pergerakan Puteri UMNO Sabah, memyatakan permasalahan ini, bukan tujuan untuk menimbulkan masalah kepada pihak berkaitan tetapi hanya sekadar untuk meminta agar pihak berkenaan memberi perhatian terhadap keperluan kemudahan mana-mana sekolah pinggir bandar mahupun luar bandar yang sering terpinggir dalam menerima kemudahan yang setaraf dengan kemudahan sekolah di bandar. ketua Puteri negeri memohon pihak berkenaan turun padang, melihat sendiri keadaan dan mengetahui dengan jelas permasalahan yang sebenar.

Keputusan UPSR 2010 calon ujian di sek Keb Gentisan mencapai 36.5% meningkat dari keputusan ujian yang sama pada tahun 2009 iaitu hanya sekadar 18% sahaja. Menurut Guru Besar sekolah tersebut, mereka mensasarkan sebanyak 38% lulus untuk Ujian penilaian tersebut pada tahun 2011. Untuk mencapai sasaran tersebut, Guru Besar menggesa penglibatan ibu bapa calon UPSR dalm memastikan anak-anak mereka menumpukan pembelajaran mereka di rumah juga.

Turut hadir ke program 'Back To School' Aziah Atoh, Penolong Setiausaha pergerakan Puteri UMNO Sabah yang juga ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepanggar,Puan Norhadayati Abdullah Guru Besar Sek Keb Gentisan, Awang Salleh Pg Jumat, Ketua kampung Gentisan, Guru-guru yang bertugas di sekolah berkenaan dan ahli Pergerakan puteri UMNO Bahagian Sepanggar.

seramai 80 orang pelajar kurang mampu menerima sumbangan berupa beg sekolah yang disumbangkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan