Ahad, 8 Mei 2011

MENYUSUR AKAR: PUTERI UMNO KOTA KINABALU



Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan meneruskan program menyusur akar dan mencari golongan daif, miskin dan tidak berupaya untuk diberi bantuan.Dengan kerjasama ahli-ahli UMNO peringkat cawangan mereka yang 'terlepas' pandangan daripada menerima pembelaan sebelum ini akan terus dijejaki supaya diberikan pembelaan.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Muslaiti Moslimin berkata, aktiviti menyusur akar itu akan terus bergerak dari satu kampung ke kampung lain bagi mencari mereka yang tertinggal dalam menerima bantuan sepatutnya.Setakat ini, katanya, Program Menyusur akar telah diperkenalkan pada tahun 2003 dan terus dijalankan oleh Puteri UMNO bahagian seluruh Sabah



“Puteri UMNO akan mengunjungi keluarga yang daif, miskin, warga emas, kurang upaya serta warga emas yang terlantar untuk pembelaan.Beliau berkata demikian selepas penyerahan bantuan kepada tiga buah keluarga warga emas di Flat Taman Keramat, Kota Kinabalu bersama Puteri UMNO Kota Kinabalu. Turut hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmi Sarinoh dan ahli-ahli Puteri UMNO Kota Kinabalu.

Tiga keluarga tersebut iaitu makcik Saudah Pundiman (79 tahun), Kinjau Isang, 69 dan Nenek Nenek Tiwok 80 tahun
Bagaimanapun, Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu meminta ketua kampung dan semua pemimpin masyarakat perlu bekerjasama membantu mereka mencari dan mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Program Menyusur Akar secara tidak langsung akan ahli-ahli dan pemimpin Puteri UMNO juga berpeluang mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar,” ujarnya.Justeru, beliau menggalakkan sektor swasta atau dermawan untuk sama-sama menyumbang dalam program berkenaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Dalam majlis itu Puteri UMNO Kota Kinabalu menyampaikan barangan keperluan harian dan sumbangan wang ringgit yang disampaikan oleh Musliati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan