Ahad, 8 Mei 2011

LAGU WARISAN BERGEMA DI KOTA MARUDU

Satu kelainan telah dilakukan oleh ketua pergerakan Puteri UMNO Malaysia apabila pada pengakhiran ucapan sebelum lafaz merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri Kota Marudu. YB Datuk Rosnah Abdul Rasyid Shirlin telah mengajak seluruh perwakilan Puteri bangun dan menyanyikan lagu Warisan bersama-samanya.


Warisan


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

NOTA: Lagu Warisan menjadi lagu wajib pergerakan Puteri UMNO Malaysia selepas lagu khas Puteri UMNO. Lagu ini menjadi lagu kedua Pergerakan tersebut di setiap program sayap parti . Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tahun 2010.

1 ulasan:

  1. Setiap kali mendengar lagu ini, semangat dalam diri tambah membara.. jangan kata Puteri UMNO masih mentah, jangan kata Puteri UMNO lemah.. Kami Puteri UMNO bukan seperti rama2 yang sayapnya cantik namun rapuh.. Kami adalah Puteri Pewaris Bangsa yang cekap, tegar dan kukuh...

    BalasPadam