Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU



Sempena Sambutan Hari Ibu sedunia pada 8hb Mei ini, Kami mewakili pergerakan Puteri UMNO Sabah mengucapkan selamat hari ibu kepada semua pembaca yang bergelar ibu.




Bunga teratai bunga kemboja

indah berseri diselit ke rambut

kasih ibu bawa ke syurga

sayangnya dia tak kenal ribut



mawar jingga penyeri pagi,

tidak berbanding si bunga seroja

tanpamu ibu siapalah kami

kegigihanmu menjadi kebanggaan bangsa





samping diikat, diselit keris,

ayunan membuai, bak laksamana

tanpa ibu tiadalah waris

tiada bangsa apa tah negara




SELAMAT HARI IBU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan