5 BUAH MASJID TERIMA SUMBANGAN BUBUR DARIPADA PUTERI UMNO KK
Kota Kinabalu : 14 Ogos 2011. Puteri UMNO Kota Kinabalu tidak mahu ketinggalan untuk menjalankan kegiatan amal sempena kehadiran Ramadan tahun ini dengan mengagih-agihkan bubur dan kurma kepada para jemaah masjid. Sebanyak 1,000 bungkus bubur dan kurma akan diberikan secara percuma kepada lima buah masjid sempena bulan Ramadan Al Mubarak di sekitar bandar raya Kota Kinabalu di sini semalam.
Program Amal Bubur itu diketuai oleh Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin dengan ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Kinabalu.
Menurut beliau sumbangan bubur itu adalah untuk para jemaah masjid untuk berbuka puasa dalam Parlimen Kota Kinabalu. Lima buah masjid itu adalah Majid SDA Bandar Kota Kinabalu, Masjid Bukit Padang, Masjid Quarter Staff Hospital Bukit Padang, Masjid Taman Keramat dan Masjid Kraf tangan Kota Kinabalu.
“Program Amal ini merupakan usaha sama Puteri UMNO Kota Kinabalu dengan Esajadi Sdn Bhd,” katanya selepas penyerahan bubur di lima buah masjid sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu berkata Puteri UMNO Sabah telah menggerakkan ahlinya sepanjang bulan Ramadan ini untuk mendekati ahli-ahlinya di peringkat akar umbi khusus bagi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik melalu program Ziarah Kasih Ramadan, Pengagihan Bubur Lambuk, Shopping Raya bersama Anak-Anak Yatim yang dilancarkan sejak lebih tiga tahun lalu.
"Sebenarnya program kemasyarakatan dan kebajikan ini bukan hanya ketika bulan Ramadan ini saja tetapi pada bulan-bulan yang lain, seperti Program Jom Masuk Kampung, Back To School, Program Sumbangan Masjid, Program Insan Istimewa, Program Sirahtulrahim dan sebagainya. "Menerusi program ini, kita berpeluang mendekati rakyat yang memerlukan bantuan dan mendengar sendiri kesulitan yang mereka alami. Inilah antara nikmat yang kita peroleh hasil kestabilan kerajaan yang memerintah," katanya.
Jelas Musliati, Puteri Umno Sabah akan terus menjayakan program kemasyarakatan seumpama ini tidak kira di mana, kerana ini antara matlamat kami dalam membantu perjuangan Umno dan Barisan Nasional
Masak tu pakai la tudung, nanti kelimumur masuk dlm periuk barulah terlebih masin..api masak tu panas agaknya..
BalasPadamOps , masuk dlm surau kenalah beradap sopan sikit kepada Allah, jangan pakai seluar nangka nak masak..perempuan elok pakai seluar/baju longgar tak nampak bentuk tubuh macam abang lebai tu..
BalasPadam