Isnin, 22 Ogos 2011

ZIARAH RAMADHAN: 25 ORANG TERIMA SUMBANGAN DARI PUTERI UMNO SIPITANG DALAM KAWASAN DUN LUMADAN

makcik ni gembira menerima kunjungan mengejut tersebut
SIPITANG: Pergerakan Puteri UMNO Sipitang yang diketuai Dg Maimunah Sidek telah mengadakan Program Ziarah Ramadhan di sekitar Dewan Undangan negeri Lumadan. Seramai 25 orang terdiri warga emas, fakir miskin, ibu tunggal dan OKU telah menerima sumbangan dari Puteri UMNO Sipitang.

sebak mendengar cerita kehidupan mereka
Antara perkampungan yang diziarahi oleh Pergerakan tersebut di Kg Lubok, kg Kurian padas dmit, Kg Suasana, Kg Lupak, Kg Mantulut, kg Bangkalalak, Kg Kabajang, kg Gadong, Kg Bukau di bawah kawasan DUN Lumadan Parlimen Sipitang.

Menurut Dg Maimunah yang juga EXCO Puteri UMNO Malaysia, semua sumbangan berupa barangan keperluan Dapur dan duit raya untuk golongan berkenaan. Beliau berkata, umat Islam perlu menjadikan bulan ramadhan ini sebagai kesempatan memupuk perpaduan dan membina ummah.

"Kedatangan bulan Ramadhan mesti digunakan untuk mengakrabkan semula hubungan sesama kita. Sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab, tinggalkan sejenak politik kepartian di serambi rumah masing-masing dan jangan sekali membawa masuk fahaman-fahaman itu masuk ke masjid dan surau" katanya sambil menambah masing-masing perlu mencari jalan untuk meningkatkan perpaduan yang tentunya menguntungkan semua pihak.

Dg Maimunah berkata, perpecahan lebih besar perlu dielak dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bermuafakat antara satu sama lain dan megatasi apa juga masalah yang dialami masing-masing,

"jangan ada unsur kepartian dalam masjid dan apa yang perlu kita lakukan ialah meningkatkan taraf hidup dan perpaduan" katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan