Isnin, 15 Ogos 2011

32 WARGA EMAS FAKIR MISKIN, MASJID TERIMA SUMBANGAN:KOTA BELUD

Kota Belud : 14 Ogos 2011. Kira-kira 32 warga emas, fakir miskin meneri sumbangan berupa barangan dapur daripada Pergerakan Puteri UMNO Kota Belud di Kampung Tambilaung, Kota Belud semalam. Program Ziarah Ramadan dan penyampaian sumbangan peralatan pinggan mangkuk kepada surau Al-Hadari Kg. Menungui dan Masjid Kampung Sembirai diketuai Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong berserta ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Belud.

Menurut Masnatu, pemberian sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanda kasih dan sayang Puteri UMNO Kota Belud kepada golongan kurang berkemampuan khusus warga emas, fakir dan miskin.

“Usaha seumpamanya itu bukan sahaja akan meningkatkan rasa tanggungjawab, bahkan rasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik ini. Sepanjang Ramadan ini kata beliau, pihaknya telah mengatur pelbagai program kebajikan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini, termasuk warga emas dan fakir miskin tidak berasa disisih. Tambah beliau berharap usaha murni yang sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu itu diteruskan dan dicontohi kawasan kejiranan lain tambahan pula ia dijalankan berasaskan semangat persaudaraan sesama masyarakat.

"Saya berbangga melihat semangat dan permuafakatan ahli-ahli Puteri UMNO Kota Belud dan masyarakat setempat sedia bekerjasama untuk menjaya setiap program yang dianjurkan oleh Puteri Kota Belud.

``Apa yang kami lakukan ini juga adalah selaras dengan tuntutan agama agar golongan fakir miskin dan warga emas serta anak-anak yatim di bantu,'' ujarnya. Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian barangan keperluan dapur kepada 31 warga emas dan fakir miskin di Kampung Tambilaung, Kota Belud semalam. Turut hadir sama Ketua UMNO cawangan Kampung Tambilaung, Agum Dukasi, Ketua Puteri UMNo cawangan, Misah Ibrahim serta pemimpin masyarakat daripada Kampung Imam dan penerima sumbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan