Isnin, 14 Februari 2011

2,688 kes denggi dilaporkan setakat 10 Feb tahun ini







Papar : 15 Feb 2011 .Sebanyak 2010 sejumlah 2,688 kes setakat 10 Februari tahun ini telah dilaporkan diseluruh Negara dengan enam (6) kematian berbanding sebanyak 5,848 kes dengan 20 kematian dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas (2010) kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Beliau memberitahu pada tahun lepas (2010) sejumlah 46,171 kes denggi telah dilaporkan dengan 134 kematian. Tambahnya walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah kes dan angka kematian ini tidak bermakna kita boleh merasa selesa

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Gotong Royong Perdana dengan tema 'Jom Ganyang Aedes’ di Kampung Pengalat Besar dan Kampung Sekayang. Papar dekat sini. Lebih seribu orang menyertai gotong royong tersebut termasuk wira dan wirawati dari PLKN Kem Wawasan Ovai dekat sini. Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yang juga Adun Kawang, Pegawai Daerah Papar,.Iman Ali, parti-parti komponen Barisan Nasional dan pemimpin setempat.

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata aktiviti gotong royong perlu dipergiatkan dan program seperti ini amat kita galakan supaya usaha memerangi aedes tidak akan sia-sia. “Program gotong royong pada hari ini mempunyai dua objektif yang cukup murni. Pertama selain daripada menjalankan aktiviti ini sebagai landasan mengeratkan tali silatulrahim di antara semua yang terlibat.

“Kedua aktiviti ini mampu menjadi pencetrus kepada usaha membudayakan aktiviti gootong royong dan pengenalan pembersihan sebagai amalan kehidupan masyarakat kita”, tambah beliau. Tegas Rosnah kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan insiden jangkitan demam denggi dengan meningkatkan pengetahuan serta menterjemahkan kesedaran tentang bahaya demam denggi kepada pelaksanaan aktiviti pencegahan seperti gotong royong secara berterusan. Beliau seterusnya penglibatan masyarakat amat penting dalam Program COMBI- iaitu program komunikasi untuk perubahan tingkah laku, hampir 1,000 combi telah ditubuhkan diseluruh negara.

“Usaha termasuk aktiviti melepaskan nyamuk jantan aedes 'ajepti' untuk mengurangkan insiden nyamuk aedes dan pada ketika ini sudah dilepaskan di Bentong, Pahang. Rosnah berkata Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melaksanakan aktriviti 'fogging' dan mengenakan kompoun-kompoun terhadap premis-premis yang gagal mematuhi garis panduan kebersihan yang telah ditetapkan. Jelasnya pada tahun lepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempelbagaikan usaha untuk membenteras nyamuk aedes dan mengurangkan insiden demam denggi. Katanya selain membelanjakan jumlah kewangan yang tinggi ke atas pengiklanan dan publisiti di dalam usaha membenteras denggi, usaha ini termasuklah melantik personaliti terkenal, Aznil Nawawi dan menteri juga telah menjadikan usaha membenteras denggi sebagai salah satu KPI beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, agensi-agensi kerajaam terutama penduduk Kampung Besar dan Kampung Sekayan yang datang sejak awal pagi lagi menyertai gotong royong tersebut dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan Pasukan COMBI dapat di wujudkan di kampung tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan