by Liza Din
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menyeru semua golongan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka supaya tidak mudah terpengaruh dan terjebak dengan berbagai-bagai gejala negatif.Beliau berkata gegala sosial seperti menagih dadah,melakukan jenayah merosakkan harta benda awam dan sebagainya yang boleh merosakkan aklhlak dan jati diri masa depan mereka.
“Ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa di rumah bersama anak-anak dengan mengambil berat tentang permasalahan yang mereka hadapi dan berusaha mengatasinya. “Anak-anak amat memerlukan kasih sayang dan perhatian kita,maka adalah tanggungjawab kita menyayangi dan mengasihi mereka sebelum mereka menagih kasih sayang atau beralih kepada rakan-rakan dan pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab yang boleh menghancurkan hidup masa depan mereka,” ujar beliau.
Rosnah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Padawan (MSSSZP) Papar kali ke-39 tahun di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Limputong dekat sini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khas Parlimen, Abdul Rahman Parhang.
Kejohanan MSSSZP kali ini adalah berlandaskan 2 teras yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras Ke-2: Membangun Modal Insan dan Teras Ke-3 Memperkasa Sekolah Kebangsaan,tambahnya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan kerana melalui kegiatan bersukan seorang atlet itu perlu menjalani latihan intensif, bukan sahaja dari segi latihan fizikal malah lebih penting lagi ialah melalui latihan persiapan mental dan spirituaL.
Jelasnya melalui latihan persiapan mental dan spiritual,seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yuang tinggi.Mental yang kuat perlu didorong oleh latihan fizikal yang teratur di samping pemakanan yang teratur dan seimbang.“Latihan fizikal dan pemakanan yang teratur menjadikan perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas. “Otak yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang. Pengetahuan yang sentiasa berkembang akan meningkat daya fikir.
Rosnah turut menyeru sekolah-sekolah di daerah Papar untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan pelajar yang memiliki minda kelas pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan sukan dan akan menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Tambahnya melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.
Menurutnya, sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan