Isnin, 14 Februari 2011

GENERASI MUDA PERLU ADA IKON TENTU HALA TUJU DIRI : HAMISA




By liza din :
Ramai golongan belia dan generasi muda di negeri ini yang masih tidak tahu hala tuju mereka sehingga terbabit dalam gejala sosial seperti kegiatan mat rempit, vandalisma, penyalahan gunaan dadah kata Datuk Hamisa Samat

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, berkata kemungkinan perkara ini berlaku kerana mereka kurang pendedahan dan dorongan cara bagaimana menghadapi dunia serba canggih. “Saya lebih risau dengan golongan belia yang ketinggalan ini. Kalau belia yang tahu mengenai perkembangan semasa melalui internet dan akhbar, mereka sedikit sebanyak lebih berjaya.

“Saya percaya mereka yang tidak tahu perkembangan semasa ini adalah kelompok yang mendatangkan masalah kepada masyarakat pada masa akan datang. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran “Pilot Project”Program Cegah Jenayah Anjuran Bersama Wealthy Empire Management Sdn Bhd, Polis Diraja Malaysia dan SK Pasir Putih, Tawau di sini kelmarin. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Imran Abd. Rahman, guru-guru dan para pelajar.

Hamisa menambah belia masa kini belia kini, dilihat lebih berkeyakinan dan terdedah kepada banyak maklumat, malah mereka tahu banyak mengenai perkembangan semasa. Jelasnya golongan ini tidak takut bertanya dan memperbaiki kesilapan yang telah mereka lakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang sudah dilakukan. “Adakala mereka akan tersilap langkah apabila pergaulan secara bebas dan rakan-rakan sebaya membawa mereka kepada keruntuhan moral,” ujar beliau. Tegas Hamisa golongan belia perlu melihat sekeliling mereka untuk menentukan hala tuju dan apa yang mereka boleh buat dalam hidup masing-masing. Katanya, mereka juga perlu mengenal pasti kemahiran masing-masing bukan setakat minat saja. Belia perlu buat pengkhususan kemahiran dalam bidang tertentu bukan semata-mata terikut-ikut ‘trend’ semasa.

Sehubungan itu Hamisa yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga kawasan Kalabakan turut menyarankan agar usaha sebegini tidak terhenti setakat ini sahaja dan agenda perjuangan negara bagi membenteras jenayah perlulah disemai dari peringkat awal kanak-kanak lagi.

“Usaha yang berterusan dan lebih meluas oleh pihak agensi swasta seperti Wealthy Empire Management Sdn. Bhd. haruslah dicontohi. Idea sebegini merupakan satu ilham yang begitu dinamik dengan rasa keprihatinan yang begitu tinggi untuk melihat anak bangsa sedar begitu pentingnya pendidikan dalam kehidupan,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Imran Abd. Rahman berkata, statistik jenayah di Tawau secara keseluruhannya adalah terkawal. “Manakala statistik jenayah di sekolah adalah meningkat dari tahun ketahun-tahun. Peningkatan tersebut perlu diambil berat oleh semua pihak kerana golongan remaja adalah golongan yang paling mudah terjebak dalam jenayah. Menurut beliau penurunan kadar peratusan jenayah merupakan salah satu bidang NKRA negara dan menyeru agar Program Cegah Jenayah secara “reverse psychology” ini dapat diteruskan secara meluas ke sekolah-sekolah menengah.

Bagi menyahut seruan kerajaan dalam mencegah jenayah sejak di peringkat kanak-kanak lagi, pihak Wealthy Empire Manegement Sdn Bhd merancang untuk meneruskan usaha ini dengan memperkenalkan program ini ke beberapa buah sekolah di daerah Tawau mengikut saranan Jabatan Pendidikan. Para pelajar juga turut menjawab soalan kaji selidik yang disediakan oleh pihak syarikat bagi melihat maklumbalas keberkesanan program tersebut.

Pelancaran “Pilot Project” Program Cegah Jenayah menggunakan kaedah “reverse psychology” telah diadakan dan yang julung kali diadakan di Malaysia merupakan ilham dari syarikat anak watan Tawau iaitu Wealthy Empire Management Sdn. Bhd. sebagai tanggungjawab sosial bagi membantu memberi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak di samping melahirkan generasi yang bencikan jenayah. SK Pasir Putih telah dipilih sebagai peserta projek yang pertama bagi melihat keberkesan program tersebut. SukaTidak suka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan