Sabtu, 5 Februari 2011
TERIMA KASIH
Kerajaan negeri telah mengumumkan menubuhkan seketeriat membawa kembali Pelajar Sabah di mesir dipengerusikan SKN Sabah. Ini adalah usaha bersungguh-sungguh dan keprihatinan kepimpinan negeri Sabah di bawah pengurusan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman yang sangat bertegas terhadap keselamatan anak-anak Sabah yang terperangkat di Mesir. Beliau sangat membimbangi ancaman keselamatan yang dihadapi oleh mereka.
Alhamdulillah. Pihak UNIT IT Puteri Sabah terima maklumat bahawa 40 pelajar Sabah pertama yang dibawa kembali dari Mesir dengan tajaan kerajaan negeri Sabah akan tiba di KLIA pada 8.40 pagi 6hb Februari dan akan diterbang terus pulang ke Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang.
Terima kasih YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman atas usaha kuat membawa pulang pelajar-pelajar sabah ini. Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan kongsikan lagi maklumat seterusnya dengan penerbangan seterusnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan