Selasa, 1 Februari 2011

MISI BANTUAN BANJIR VOUGE PUTERI UMNO SABAH











Pasukan VOUGE Puteri Sabah melaksanakan Misi penghantaran makanan kepada mangsa banjir Puteri diteruskan lagi, kali ini, penyerahan makanan disampaikan kepada mangsa yang ditempatkan di Dewan Belia Kg Sim-Sim, Sandakanpada 5:30 petang 01hb Februari 2011. Mangsa banjir seramai 280 orang iaitu melibatkan 54 buah keluarga kawasan ini telah dipindahkan di penempatan mangsa banjir ini sejak 29hb Januari hingga ke hari ini.






Pengagihan makanan berupa mentah makanan seperti beras, minyak, gula serta keperluan asas lain ini disempurnakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan diketuai ketua Pergerakannya Siti Haibah Majid , dan Rohhenizie Lamri , Pengerusi Biro Sukarelawan & Skuad Bencana Alam, VOUGE Puteri UMNO negeri Sabah merangkap Ketua pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kinabatangan. Turut serta dalam misi pengagihan bantuan makanan ini , Julie Sabran (Ketua Puteri UMNO Bahagian Beluran), Hameeda Sirip (Naib Ketua Puteri Batu Sapi), Rahimah (Pen Bendahari Puteri Batu Sapi, dan jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan