Rabu, 9 Februari 2011

JALINKAN PERPADUAN KAUM DALAM KONSEP 1MALAYSIA : ROSNAH



by liza din

Papar : 9 Feb 2011.Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menyeru kaum Tionghua di daerah Papar agar sentiasa memelihara dan menjalin hubungan muhibbah dan harmoni antara satu sama lain secara berterusan.

Beliau berkata perpaduan adalah kunci utama ke arah kestabilan politi dan memang wajar ia diteruskan dan dipupuk dengan subur. Katanya melalui perpaduan dapat membantu dalam melaksana dan menjayakan rancangan-rancangan kerajaan dari semasa ke semasa. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis 1 Malaysia Tahun Baru Cina 2011 anjuran MCA Bahagian Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, Papar disini malam tadi. Program tersebut dihadiri lebih kurang 1,000 orang dari pelbagai kaum.

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata dalam konteks gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita dan yakin semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum akan terus terjalin dan mantap. Tambahnya bagi mencapai kemajuan dalam semua aspek pembangunan fizikal, modal insan dan kerohanian rakyat keseluruhannya.

“Faktor ini penting memandangkan kemakmuran dan kemajuan sesebuah Negara tidak hanya bergantung kepada kemakmuran hasil bumi yang di miliki semata-mata. “Ia juga melibatkan semangat perpaduan yang tinggi dikalangan rakyat untuk bersama-sama berganding bahu mengurus hasil ekonomi dan permuafakatan politik yang padu supaya dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang antara pembangunan ekonomi politi9k dan sosial.

Menurut Rosnah apa yang penting akhirnya kebaikannya akan jatuh kepada rakyat yang akan mendapat manfaat dari semangat toleransi yang tinggi yang ditunjukkan di kalangan setiap lapisan masyarakat. Tegas beliau kita telah menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai status negara maju dan pada ada tahun 1997 kita menghadapi krisis ekonomi di sebabkan spekulasi mata wang

Tambahnya ini kerana disebabkan kita mempunyai pemimpin dan rakyat yang mengamalkan konsep perpaduan yang jitu, akhirnya kita berjaya keluar daripada belenggu krisis tersebut disebabkan kerajaan dapat melaksanakan perancangan dan dasar yang disokong oleh rakyat tanpa ada sebarang protes dan tunjuk perasaan seperti mana yang berlaku di Negara-negara jiran yang lain. rosnah berkata pada hari ini pula kita telah dikejutkan oleh krisis yang berlaku di negara Mesir dan impaknya bukan hanya dirasai oleh rakyat Mesir tetapi turut melibatkan ekonomi dunia dan inilah yang perlu kita elakklan agar kerajaan BN yang menaungi seluruh kaum yang terdapat di negara ini akan terus kukuh dan mantap.

Rosnah menambah semua bangsa di Malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk membangunkan kemakmuran ekonomi Negara. “Misalnya bangsa Melayu dengan bahagian pentadbiran ititu perjawatan awam yang terbesar, bangsa Cina dengan pembangunan ekonomi Negara iaitu perniagaan manakala bangsa India dengan pembangunan pertanian iaitu dalam bidang perladangan,ujarnya.

Dalam majlis itu Rosnah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa penganjur majlis yang dipengerusikan oleh Chee Kui Fook atas penghormatan yang diberikan dan menjemput beliau dan menyampaikan ucapan sempena Majlis sambutan Tahun Baru Cina 2011 pada malam ini yang bertemakan "1 MaLAYSIA" anjuran MCA Bahagian Papar.

Katanya,secara perbadi dan mewakili masyarakat dan rakyat kawasan Parlimen Papar beliau mengucapkan Gong Xi F Chai kepada seluruh masyarakat kaum Tionghua yang merayakan perayaan ini dan berharap keluarga masing-masing menyambut suasana tahun baru ini dengan rasa seronok dan penuh kegembiraan,ujar beliau.

Rosnah berkata beliau difahamkan mengikut kepercayaan masyarakat kaum Tionghua tahun 2011 jatuh pada tahun Arnab merupakan tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun ini adalah tahun yang baik untuk perniagaan dan pengeluaran.

“Kita berdoa dan berharap ekonomi negri serta negara kita Malaysia akan terus berkembang maju dann kehidupan rakyatnya akann terus aman,damai,sejahtera dann harmoni keseluruhannya,” katanya. Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kerjaan Tempatan dan Perumahaan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yang Wakil Rakyat kawasan Kawang, Pegawai Daerah Papar,.Iman Ali, Ketua MCA Papar, Kalvin Lim, Kapitan Cina Papar, .Peter Lee, Kapitan Cina Kinarut,.Richard Kah, Pengerusi Lembaga Papar Middle School, Vincent Chee Man Foh, Pengarah Hospital Daerah Papar, Dr. Abd Kahar Abd Asisi dan wakil Ketua Polis Daerah merangkap Ketua Polis Balai Papar, SM Dahlan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan