Rabu, 16 Februari 2011

PELAJAR DISERU LEBIH GIGIH MENIMBA ILMU




kerajaan komited dan memberi keutamaan terhadap agenda pembangunan pendidikan bagi memastikan setiap rakyat dilengkapi ilmu, sekali gus mampu membina tamadun yang disegani dunia.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tamadun yang kekal bukan berasaskan kepada kekuatan kuasa ketenteraan sebaliknya kuasa minda dan akhlak terpuji dimiliki rakyatnya. Beliau berkata golongan pelajar digesa supaya lebih terus berusaha dengan gigih untuk mengejar kejayaan dan tanpa usaha gigih dengan cara pembelajaran yang sisitematik serta pengurusan masa yang betul,agak sukar bagi seseorang itu merealsasikan cita-citanya. Katanya kecemerlangan yang diharapkan murid-murid juga hendaklah sentiasa mencintai dan membudayakan ilmu kerana dalam era sains dan teknologi ini manusia pelu memperlatakan ilmu untuk hidup,ujar beliau.

“Kejayaan negara-negara maju dalam bidang ekonomi dan sosial termasuk bidang pendidikan agama adalah kerana kecintaan warganegara mereka terhadap budaya ilmu,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 anjuran PIBG Sekolah Ugama Islam Sabah dan Tadika Jheains Kampung Pengalat Besar, Papar. Turut hadir sama Pengerusi PIBG SUIS Pengalat Besar, Yusof Asik, guru-guru dan para pelajar.

Beliau yang juga Ali Parlimen Papar menyeru para guru-guru yang menjadi pembimbing dan pendidik di sekolah ini wajarlah sentiasa memperbaharui semangat dan iltizam dalam melaksanakan tanggunjawab yang diamanahkan.tambahynya. Tambah beliau para guru perlu berfikiran terbuka dan bertekad melahirkan insan yang cemerlang di dunia dann juga akhirat.

“Ibubapa harus bersedia untuk bersama-sama mengembeling tenaga dengan sekolah didalam mendidik anak-anak. “Kerajaan banyak menyediakan pelbagai peluang menerusi rancangan pembangunannya akan terus memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif meliputi usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,ujar beliau. Tegas Rosnah selain itu langkah akan diambil untuk membentyuk individu muslim berintelek dalam bidang sains dan teknologi,menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif.
Jelasnya dalam konteks Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri nilai ketujuh yang diterapkan ialah pendidikan. pendidikan dan pengetahuan adalah pra syarat penting untyuk mana-mana negara mencapai kejayaan.

Menurut beliau selaku pemimpin di kawasan ini beliau dan Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan akan memastikan bidang pendidikan,khususnya bidang agama akan terus diberi keutamaan dan diperkasakan bagi membina modal insan yang cemerlang dan berdaya saing dalam semua bidang kehidupan,ujar beliau,. Sebagai contoh katanya, Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah akan berpindah ke lokasi baru di Kinarut dalam masa terdekat ini bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah usang di Sembulan. Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan peralatan pendidikan yang serba canggih dan moden bagi keselesaan pelajar ujarnya. Menurut beliau warga di kawasan Kampung Pengalat dan sekitarnya juga akan menikmati kemudahan-kemudahan pembelajaran yang canggih apabila siapnya sebuah lagi Sekolah Menengah yang sedang dalam pembinaan..

Rosnah juga menyeru kepada semua golongan ibubapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka supaya tidak mudah terpengaruh dan terjebak dengan pelbagai gejala negatif seperti menagih dadah, melakukan jenayah, merosakkan harta benda awam dan sebagainya yang boleh merosakkan akhlak dan jatidiri masa depan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan