Isnin, 6 Jun 2011

AHLI PUTERI UMNO DIAJAK SERTAI INDUSTRI JAHITAN : MUSLIATI

Kota Kinabalu : 23 Mei 2011
Musliati mengabadikan kenangan bersama peserta manik
Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin mahu semua ahli pergerakan itu berpandangan jauh untuk menjadi usahawan dan tidak hanya setakat menyertai seminar atau kursus semata-mata.

Beliau berkata, kursus atau bengkel yang diadakan ini bertujuan memberi peluang kepada orang lain yang lebih berminat dan bersungguh-sungguh untuk menjadi usahawan.

Katanya terutama ahli-ahli Puteri UMNO khusus golongan wanita muda yang berminat dan berkemahiran dalam seni jahitan berpeluang melibatkan diri dalam industri jahitan menerusi peluang-peluang yang disedikan oleh kerajaan untuk golongan tersebut.

Menurut Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO bahagian Kota Kinabalu berkata program itu bertujuan memberi latihan dan bimbingan kemahiran kepada wanita muda agar mereka dapat meningkatkan serta memperluaskan pengetahuan dalam seni kreatif kraf tangan atau jahitan.

''Kita berharap program ini dapat memberi motivasi kepada golongan wanita melalui kelas aktiviti yang dijalankan.

''Ini dapat meningkatkan pendapatan keluarga," katanya sewaktu merasmikan penutupan program berkenaan di sini semalam.

Bengkel Sulaman Manik dan dan Labuci di pejabat UMNO Kota Kinabalu semalam diadakan selama dua hari dengan disertai 50 peserta terdiri ahli-ahli Puteri UMNO Kota Kinabalu.Turut hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmie Sarinoh, tenaga pengajar Anne Sidiq serta para peserta bengkel.

Menurut Musliati hasil daripada pengalaman dari bengkel, di kalangan peserta boleh membuka kedai atau mencari peluang pekerjaan untuk menambah pendapatan keluarga. Menerusi usaha ini, kita berusaha melahirkan masyarakat berkemahiran dan berpotensi besar, apabila peserta yang bercita-cita boleh mengembangkan lagi bakat yang ada.Tambahnya, program itu dapat membentuk insan yang proaktif dan produktif serta berkeupayaan meningkatkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan