Ahad, 26 Jun 2011

PUTERI SABAH LANCAR SEJUTA TANDA TANGAN BANTAH BERSIH

Jawatankuasa Puteri UMNO Kota Merudu memulakan tandatangan sejuta belia
sebagai sokongan bantahan berlangsung himpunan BERSIH
Kota Marudu : 25 Jun 2011. Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan melancarkan kutipan sejuta tanda tangan bagi membantah penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan (Bersih) yang dirancan diadakan pada 9 Julai ini.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, kutipan tanda tangan itu adalah bagi membuktikan majority rakyat tidak menyokong perhimpunan haram yang mempunyai tujuan bagi menimbulkan ketidaktenteraman kepada situasi politik negara. Menurut beliau, jika sebelum ini, majoriti rakyat lebih bersikap berkecuali dan mendiamkan diri dengan tindak-tanduk kumpulan tertentu yang didalangi parti politik pembangkang, namun tiba masanya mereka melahirkan protes kepada perhimpunan tersebut.


Penerangan Bilik Gerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat. Musliati mendengar
taklimat yang disampaikan sendiri oleh Normala Ketua Puteri UMNO bahagian
Beliau berkata demikian semasa melancarkan sejuta tanda tangan bagi membantah Perhimpunan Bersih di Kota Marudu hari ini. Musliati juga turut melawat Bilik Gerakan Zon 1 di Kudat dan Kota Marudu. Turut hadir sama Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Aziah Atoh yang juga Pengerusi Unit Khas Pilihanraya (UKP), Ketua Puteri UMNO Kudat, Normala Rasick, Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda yang juga Timbalan Pengerusi UKP serta Setiausaha Kerja, Rateni Abdullah serta ahli jawatankuasa Puteri UMMO Kudat dan Kota Marudu.

Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu berkata, kutipan sejuta tanda tangan itu diharap dapat menyedarkan penganjur Bersih bahawa mereka sebenarnya kumpulan kecil yang terpesong daripada aspirasi rakyat yang mahukan suasana aman dan tenteram selain kestabilan politik dan ekonomi. "Jika mereka mahu menuntut sesuatu lakukan secara berhemah dan bukannya secara perhimpunan haram yang akan menyusahkan banyak pihak, khususnya orang ramai dan para peniaga," katanya.

Beliau juga meminta ahli-ahli Puteri UMNO Sabah diminta agar lebih kreatif dan menggunakan pendekatan baru dalam melaksanakan gerak kerja turun padang bagi mendengar dan mengenal pasti masalah rakyat di peringkat akar umbi. Tegasnya, setiap ahli pergerakan itu juga perlu sentiasa kreatif mencari pendekatan terbaru untuk memenangi hati rakyat kerana keperluan dan pemikiran masyarakat hari ini sudah banyak berubah.

"Saya amat berharap seluruh pergerakan Puteri UMNO bekerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat dan langkah yang paling berkesan ialah dengan melaksanakan program turun padang menemui rakyat di peringkat akar umbi. "Seperkara yang kita jangan lupa ialah dalam melaksanakan gerak kerja itu, pendekatan yang diambil perlu sesuai dengan keperluan dan pemikiran rakyat kerana gerak kerja lima atau 10 tahun lalu mungkin tidak sesuai diguna pakai pada hari ini. "Kita tidak mahu dianggap sebagai gagal memenangi hati rakyat sedangkan kita merupakan golongan muda yang sepatutnya lebih memahami keperluan rakyat semasa," katanya.

Jelas Musliati, berdasarkan situasi politik pada pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengatur strategi baru supaya tsunami politik yang melanda ketika itu tidak berulang kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan