Aziah PSU Pu3 negeri bersama Musliati membaca data sambil diperhatian redona serta Jawatankuasa Pergerakan puteri UMNO Kota Kinabalu |
Kota Kinbalu : 27 Mei 2011
Puteri UMNO peringkat bahagian diminta untuk memperlengkapkan dan menyediakan jentera parti untuk persiapan awal sebelum menjelang Pilihanraya umum yang akan datang. Ketua Puterinya, Musliati Moslimin berkata semua data-data mengenai pengundi, ahli-ahlii UMNO serta isu-isu semasa perlu dikumpul sebanyak mungkin maklumat yang ada dan sediakan strategi-strategi mendekati rakyat dan pengundi. Beliau seluruh Puteri UMNO di peringkat cawangan dan bahagian perlu mengenal pasti apa keperluan dan rungutan mereka untuk dibawa ke peringkat bahagian dan negeri.
“Bilik-bilik gerakan jentera parti perlu beroperasi dari sekarang bagi melaksanakan kerja-kerja di peringkat awal. Sebarang angin perubahan yang berlaku dalam kalangan pengundi kita, Jentera parti di peringkat cawangan perlu mempunyai deria mata, deria telinga dan deria fikiran yang tajam untuk menghidu perubahan yang berlaku di sekeliling kita,” tegas Musliati.
Beliau berkata demikian selepas mendengar penerangan Bilik Gerakan dan Jentera Pilihan Raya Puteri UMNO Kota Kinabalu di Wisma Emporium, Kota Kinabalu kelmarin. Taklimat itu telah disampaikan oleh Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmie Sarinoh dan dihadiri Pengerusi Unit Khas Pilihanraya, Aziah Atoh yang juga Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Timbalan Pengerusi Unit Khas Pilihanraya, Redonah Bahanda yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Marudu serta jawatankuasa Puteri UMNO Kota Kinabalu.
Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu memberitahu Puteri UMNO peringkat cawangan dan bahagian perlu sentiasa peka dan sensitif dengan angin perubahan. “Jiwa anak-anak muda yang akan menjadi pengundi baru kadangkala sukar dibaca secara kasar apa kemahuan mereka.
“Begitu juga dengan golongan dewasa dan golongan tua yang pastinya mempunyai angin perubahan tersendiri,” tegas beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan