20 ANAK YATIM DAPAT BAJU RAYA
Semporna : 25 Ogos 2011. Keriangan jelas tergambar pada wajah 20 orang anak-anak yatim berusia antara tiga hingga 16 tahun kerana berpeluang membeli baju raya.
Anak-anak yatim dari sekitar Pekan Semporna ini dibawa membeli persiapan raya oleh Puteri UMNO Semporna di pusat beli-belah Fesyen Seri Intan, Semporna di sini semalam.
Turut menemani mereka membeli-belah ialah Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya serta ahli-ahli Puteri UMNO yang membantu mereka memilih pakaian masing-masing.
Zakiah yang juga Ketua Puteri UMNO Semporna berharap sumbangan itu dapat menceriakan anak- anak berkenaan yang memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing.
"Program amal Shopping Raya ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Puteri UMNO, selari dengan peranan kami sebagai Puteri UMNO yang prihatin, penyayang dan bertanggungjawab.
"Program ini merupakan acara tahunan dan sudah diadakan sejak tiga tahun lepas dan pada masa akan datang, lebih banyak lagi aktiviti kebajikan sebegini akan dilakukan tanpa mengira perayaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada semasa Program Shopping Raya Puteri UMNO Semporna Bersama 20 orang anak-anak Yatim dengan Pusat Zakat Sabah.
Setiap kanak-kanak menerima RM100 untuk membeli pakaian raya dan RM50 lagi untuk duit raya mereka sumbangan Pusat Zakat Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan