Rabu, 24 Ogos 2011

PUTERI UMNO SIPITANG BELI BAJU RAYA ANAK YATIM

Sipitang : 23 Ogos 2011. Pergerakan Puteri Umno Sipitang semalam telah membawa anak-anak yatim untuk membeli-belah keperluan hari raya di pusat membeli belah di Sipitang. Seramai 16 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu terdiri anak-anak yatim dan kurang berkemampuan dibawa membeli baju raya.

Ketua Puteri Umno Bahagian Sipitang, Dayang Maimunah Sidek berkata kanak-kanak itu dibawa ke pusat membeli belah dengan ditemani penjaga dan ahlia-hli Puteri UMNO bahagian berkenaan.

“Kita telah membawa kanak-kanak ini untuk membeli-belah keperluan hari raya seperti baju Melayu dan baju kurung dan kasut. Puteri UMNO Sipitang berharap sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mereka dan seterusnya memberi keceriaan kepada kanak-kanak ini untuk menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau yang juga Exco Puteri UMNO Malaysia berkata, penganjuran itu bertujuan memberi kesempatan kepada kanak-kanak terbabit merasai suasana sebenar dan kemeriahan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Mungkin selama ini mereka tidak berkesempatan untuk membeli-belah disebabkan. Menerusi aktiviti ini kita membawa mereka merasai suasana itu dan memberi peluang kepada mereka memilih sendiri pakaian dan kasut yang digemari.

“Saya percaya dengan sentuhan kasih sayang yang diberikan kakak-kakak angkat mereka ketika membeli-belah akan membuatkan mereka merasa lebih dihargai dan diberi perhatian,” katanya.

Turut hadir sama jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Sipitang.

Sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah yang membantu anak-anak itu untuk membeli baju dan kasut raya kepada 16 orang kanak-kanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan