KOTA BELUD: Rakyat diminta menjadikan semangat di bulan Ramadhan sebagai platform untuk terus mengukuhkan perpaduan dan semangat toleransi antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan budaya.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, semangat Ramadhan mempunyai seribu satu pengajaran bukan sahaja kepada. orang Islam tetapi kepada penganut agama lain.
"Pada bulan Ramadhan semangat tolong-menolong dan bantu-membantu terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik cukup tinggi dan semangat itulahnyang sepatutnya kita kekal dan perkukuhkan.
"Begitu juga perasaan saling hormat-menghormati antara kaum juga tinggi ketika orang Islam berpuasa dan bakal menyambut Hari Raya. Budaya dan semangat ini juga perlu kita perkukuhkan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke Hospital Kota belud anjuran Puteri Umno Malaysia dengan Puteri UMNO Kota Belud ke wad kanak-kanak dan wad thalessemia kira-kira seramai 50 orang kanak-kanak menerima bungkusan hamper daripada Rosnah.
Turut hadir Ketua Puteri Kota Belud Masnatu Satong, Ketua Puteri Sipitang merangkap EXCO Puteri UMNO Malaysia Dg Maimunah Sidek, Effaridun Ismail Ketua Puteri Tuaran, Redona bahanda Ketua Puteri Kota Marudu, Normala Rashick Ketua Puteri Kudat dan Pengarah Hospital Kota Belud.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, apa yang penting ialah semangat itu diteruskan aepanjang masa dan tidak terhad kepada bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.
"Perhatian dan keprihatinan banyak pihak terhadap golongan tidak bernasib seperti anak- anak yatim, ibu tunggal , warga emas dan golongan kurang upaya adalah sikap terpuji bagi menceriakan mereka ketika umat Islam bakal menyambut Syawal.
" namun, sebaiknya keprihatinan itu kita teruskan pada hari-hari biasa supaya mereka dapat dibantu dan dibimbing agar suatu hari nanti dapat berdikari dan membebaskan diri daripada segala kekurangan yang ada," ujarnya.
Beliau berkata, kerajaan hari ini telah membelanjakan berbilion ringgit setahun bagi membela golongan kurang bernasib tetapi sudah pasti akan ada kelemahan dan kekurangan dalam program-program kebajikan sehingga ada segelintir yang tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya.
sehubugan itu, beliau meminta masyarakat umum agar membantu agensi-agensi kerajaan dalam menyalurkan maklumag mengenai golongan berkenaan agar mereka juga mendapat pembelaan yang sewajarnya.
"kita tidak mahu apabila ada kes tertentu, hanya kerajaan sahaja dipersalahkan sedangkan rakyat juga perlu bertanggungjawab dan mempunyai peranan dalam membangu masyarakat di sekeliling mereka"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan