Sabtu, 27 Ogos 2011

PUTERI, PEMUDA KOTA KINABALU SUMBANG KUIH RAYA KE IPD KK

Kota Kinabalu 27 Ogos 2011. Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu dan Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO Kota Kinabalu menyumbang dua kotak kuih raya untuk anggota pasukan keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini semalam

Majlis penyerahan itu diwakili Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Musliati Moslimin dan Setiausaha Sektretariat Hal Ehwal Bandar, Sabrezani Ghani mewakili Ketua Pemuda UMNO Kota Kinabalu, Bahrul Redza Chuprat. Sementara itu IPD Polis Kota Kinabalu, diwaliki Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, DSP Peter Umbuas.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Musliati Moslimin berkata, program kemasyarakat ini hanyalah sebagai suatu kesempatan untuk menyedarkan ahli Puteri UMNOI sebagai rakyat betapa sumbangan bakti pasukan keselamatan kepada bangsa dan negara.

Jelasnya setiap rakyat di negeri ini perlu menghayati segala pengorbanan mereka ini sebagai komitmen dan tanggungjawab bersama.

Turut hadir sama ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan