Sabtu, 27 Ogos 2011

PROGRAM SINAR RAMADHAN PUTERI UMNO SANDAKAN

SANDAKAN: Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan seperti mana yang dilaksanakan oleh Puteri UMNO bahagian lain, tidak melepaskan peluang dalam bulan Mulia ini dengan melaksanakan aktiviti kebajikan mereka. Pergerakan ini telah memilih aktiviti mendekati individu dalam masyarakat dengan menghulurkan sumbangan kepada fakir miskin dan ibu tunggal.

Ketua Puteri Bahgian, Siti Haibah Majid bersama jawatankuasa Puteri UMNO bahagian mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran terus dengan menziarahi rumah-rumah yang telah dikenalpasti. Belia mngatakan, dengan cara ini sahaja Pergerakan Puteri bahagian lebih mesra dan mendekati jiwa rakyat sesuai dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat di Dahulukan, pencapaian diutamakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan