Rabu, 17 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA ZON 3 BERSAMA KETUA MENTERI SABAH

Bukan mudah melaksanakan program sehingga terlaksana dengan baiknya. Namun pelaksanaan yang baik tidak bermakna majlis tersebut mendapat sambutan yang baik. Sepertimana yang diharapkan oleh kepimpinan UMNO Zon 3 terutama tuan rumah UMNO Bahagian Sipitang. Majlis berbuka puasa
bukan sehari dua persediaannya malahan bermula sejak sebelum bulan Ramadhan lagi.

Sambutan yang begitu memberangsangkan oleh masyarakat kawasan dapat dirasai kemeriahannya. Sehingga diumpamakan kemeriahan sambutan rumah terbuka. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang sudi berkunjung ke dewn Muhibbah

Weston dan menikmati suasana berbuka ala pra-raya. Dalam majlis tersebut juga, YAB DSP Musa aman menyampaikan sumbangan kepada masyarakat fakir miskin sumbangan dari zakat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan