Sabtu, 6 Ogos 2011

PUTERI UMNO KOTA KINABALU EDAR 2,000 BUNGKUS BUBUR LAMBUK


bubur dedarkan di kawasan wisma merdeka
Kota Kinabalu : 7 Ogos 2011. Sebanyak 2,000 peket bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai di sekitar Jalan Tun Razak dan Jalan Datuk Salleh Sulong berhadapan dengan Wisma Yakim dan Wisma Merdeka, di bandar raya Kota Kinabalu dan beberapa buah Masjid SDA dan Masjid Kraftangan di sini semalam. Bubur lambuk sumbangan Puteri UMNO Kota Kinabalu dengan Esajadi Sdn Bhd. Program itu adalah kerja amal yang dilaksanakan oleh Puteri UMNO Kota Kinabalu tersebut setiap kali Ramadan.

Turut mengagihkan bubur lambuk berkenaan ialah Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmi Sarinoh dan ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Kinabalu. Musliati yang ditemui selepas program itu berkata, program ini sering diadakan saban tahun dijalankan oleh Puteri UMNO Kota Kinabalu dan ini merupakan kerja-kerja kemasyarakatan yang murni.

"Walaupun tidak dibuat secara besar-besaran, ia merupakan langkah terbaik yang perlu dicontohi semua pihak.

"Melaluinya, kita juga dapat memperkembangkan bubur lambuk sebagai makanan tradisi masyarakat sejak zaman berzaman kepada orang ramai dan pelancong sekitar bandar raya Kota Kinabalu terutama pemandu kenderaan," katanya. Tambahnya, kerajaan juga menggalakkan syarikat swasta melaksanakan amalan sedekah bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara ini.

"Ia sentiasa perlu di semarakkan bukan saja oleh kerajaan malah pihak swasta dan orang awam," ujarnya.

Pada 14 Ogos ini, 1,000 bubur cha cha akan diagih-agihkan kepada 5 buah masjid di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan